Air keperluan harian untuk digunakan. Isu gangguan bekalan air di Selangor ni dah bertahun tak selesai juga, sampai sekarang masih ada masalah tu. Terbaca dari The Edge lapor bahawa kerajaan sedang rancang untuk naikkan tarif air seluruh negara sekali lagi seawal bulan Julai 2025 ini selepas kenaikan pada Jan 2024 lalu - itu kenaikan dua tahun berturut. Sampai bila isu ni akan berakhir ?
Gangguan Bekalan Air yang Berterusan
Pada 23 Julai 2024, Air Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan utama termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. Gangguan ini berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara. Kegagalan kepimpinan baharu dalam menangani pencemaran secara proaktif serta ketidakcekapan dalam pengurusan krisis.
Ini adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor:
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
2023: RM56.86
2024: RM68.25 (Naik 20.03%)
2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 28.40%)
Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 54.12%
Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369.
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan)
2023: RM220.65
2024: RM277.60 (Naik 25.81%)
2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 30.10%)
Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 63.68%
Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2023) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686.
Bulan Julai 2025 ini memang happening untuk Raykat selepas peluasan skop SST pada Mei 2025 dan kenaikan caj klinik swasta sebelum Mei 2025.
Peningkatan tarif bill air ni memang akan membebankan semua golongan baik rumahan atau peniaga. Bekalan air masih tak berkualiti , air pon masih dengan air klorin , kena guna pump filter air . Nak taknak memang bill air naik dan juga penggunaan elektrik akan naik juga .
Pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb oleh Kerajaan Selangor.
Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia berikutan jangkaan 49 peratus akaun pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal terkesan berikutan tarif baharu itu nanti.
Beliau berkata antara langkah yang akan diambil termasuk memastikan Skim Air Darul Ehsan (SADE) dapat diteruskan.
Sementara itu, Amirudin berkata pelarasan tarif air itu perlu dilaksanakan dalam usaha menjamin kelestarian modal dan pelan perniagaan Air Selangor untuk jangka masa panjang.
"Memang hampir semua (syarikat air) dan bukan hanya Air Selangor yang memerlukan peningkatan dari segi modal dan pelan perniagaan, kita memerlukan pelarasan tarif pada kadar tertentu dalam tempoh tahun-tahun tertentu," katanya.
Air Selangor bantu rakyat tak ?
Sebelum menaikkan tarif bill air , kualiti air perlu ditingkatkan. Bekalan air bersih sangat diperlukan , kalau kualiti air tak elok pon rakyat kena beli filter lagi .. bukan murah dekat nak seribu juga then automatik bill lektrik pon akan naik. Nak tak nak kena guna filter sebab air yang berklorin tinggi pun akan menjejaskan kesihatan .
Air Selangor akan meneruskan usaha penggantian paip sebanyak 300 kilometer setahun dan kemudiannya 400 kilometer setahun bermula 2034. Ini membolehkan 5,000 kilometer paip usang dapat diganti dalam tempoh 15 tahun (2040).
Tidak ketinggalan, usaha pemuliharaan air diletakkan sebagai agenda utama di bawah Pelan Hala Tuju Pemuliharaan Air 2025-2030 oleh Air Selangor bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih cekap dan Lestari, selaras dengan sasaran 160 liter per kapita sehari (LCD) menjelang 2030 yang disyorkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Adam Saffian turut berkongsi, Air Selangor komited melaksanakan semua inisiatif dengan cekap dan segera, sejajar aspirasi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menegaskan tahun 2025 adalah tahun tindakan untuk Negeri Selangor.
Kesimpulanya, Kenaikan tarif air yang diumumkan dalam keadaan bekalan air dan kualiti air yang tidak diatasi dengan efektif hanya akan menambah beban rakyat. Tanpa pembaharuan dalam pengurusan sumber air dan peningkatan kualiti bekalan air, kenaikan tarif ini dilihat sebagai langkah yang kurang bijak dan tidak adil. Pihak berkuasa perlu memberi penekanan yang lebih terhadap penyelesaian masalah asas terlebih dahulu sebelum sebarang kenaikan tarif dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.
Harapnya selepas ini pihak Air Selangor dapat mencari solusi untuk rakyat berkaitan bekalan air ini , dan aduan-aduan dari masyarakat didengar dan diselesaikan lebih cepat dan adil . Bekalan air merupakan salah satu keperluan asas utama untuk kehidupan manusia. Tanpa bekalan air yang bersih, manusia tidak dapat mandi, bersuci, ambil wuduk, basuh baju, minum air dan sebagainya.