Ad

Gangunan Bekalan Air Selangor, Bagaimana Solusinya?

Air keperluan harian untuk digunakan. Isu gangguan bekalan air di Selangor ni dah bertahun tak selesai juga, sampai sekarang masih ada masalah tu. Terbaca dari The Edge lapor bahawa kerajaan sedang rancang untuk naikkan tarif air seluruh negara sekali lagi seawal bulan Julai 2025 ini selepas kenaikan pada Jan 2024 lalu - itu kenaikan dua tahun berturut. Sampai bila isu ni akan berakhir ? 

Gangguan Bekalan Air yang Berterusan

Pada 23 Julai 2024, Air Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan utama termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. Gangguan ini berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara. Kegagalan kepimpinan baharu dalam menangani pencemaran secara proaktif serta ketidakcekapan dalam pengurusan krisis.




Ini adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor:
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
2023: RM56.86
2024: RM68.25 (Naik 20.03%)
2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 28.40%)
Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 54.12%
Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369.

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan)
2023: RM220.65
2024: RM277.60 (Naik 25.81%)
2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 30.10%)
Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 63.68%
Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2023) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686.

Bulan Julai 2025 ini memang happening untuk Raykat selepas peluasan skop SST pada Mei 2025 dan kenaikan caj klinik swasta sebelum Mei 2025.


Peningkatan tarif bill air ni memang akan membebankan semua golongan baik rumahan atau peniaga. Bekalan air masih tak berkualiti , air pon masih dengan air klorin , kena guna pump filter air . Nak taknak memang bill air naik dan juga penggunaan elektrik akan naik juga . 

Pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb oleh Kerajaan Selangor. 

Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia berikutan jangkaan 49 peratus akaun pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal terkesan berikutan tarif baharu itu nanti.
Beliau berkata antara langkah yang akan diambil termasuk memastikan Skim Air Darul Ehsan (SADE) dapat diteruskan.

Sementara itu, Amirudin berkata pelarasan tarif air itu perlu dilaksanakan dalam usaha menjamin kelestarian modal dan pelan perniagaan Air Selangor untuk jangka masa panjang.
"Memang hampir semua (syarikat air) dan bukan hanya Air Selangor yang memerlukan peningkatan dari segi modal dan pelan perniagaan, kita memerlukan pelarasan tarif pada kadar tertentu dalam tempoh tahun-tahun tertentu," katanya.



Air Selangor bantu rakyat tak ? 


Sebelum menaikkan tarif bill air , kualiti air perlu ditingkatkan. Bekalan air bersih sangat diperlukan , kalau kualiti air tak elok pon rakyat kena beli filter lagi .. bukan murah dekat nak seribu juga then automatik bill lektrik pon akan naik. Nak tak nak kena guna filter sebab air yang berklorin tinggi pun akan menjejaskan kesihatan .

Air Selangor akan meneruskan usaha penggantian paip sebanyak 300 kilometer setahun dan kemudiannya 400 kilometer setahun bermula 2034. Ini membolehkan 5,000 kilometer paip usang dapat diganti dalam tempoh 15 tahun (2040).

Tidak ketinggalan, usaha pemuliharaan air diletakkan sebagai agenda utama di bawah Pelan Hala Tuju Pemuliharaan Air 2025-2030 oleh Air Selangor bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih cekap dan Lestari, selaras dengan sasaran 160 liter per kapita sehari (LCD) menjelang 2030 yang disyorkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Adam Saffian turut berkongsi, Air Selangor komited melaksanakan semua inisiatif dengan cekap dan segera, sejajar aspirasi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menegaskan tahun 2025 adalah tahun tindakan untuk Negeri Selangor.

Kesimpulanya, Kenaikan tarif air yang diumumkan dalam keadaan bekalan air dan kualiti air yang tidak diatasi dengan efektif hanya akan menambah beban rakyat. Tanpa pembaharuan dalam pengurusan sumber air dan peningkatan kualiti bekalan air, kenaikan tarif ini dilihat sebagai langkah yang kurang bijak dan tidak adil. Pihak berkuasa perlu memberi penekanan yang lebih terhadap penyelesaian masalah asas terlebih dahulu sebelum sebarang kenaikan tarif dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.


Harapnya selepas ini pihak Air Selangor dapat mencari solusi untuk rakyat berkaitan bekalan air ini , dan aduan-aduan dari masyarakat didengar dan diselesaikan lebih cepat dan adil . Bekalan air merupakan salah satu keperluan asas utama untuk kehidupan manusia. Tanpa bekalan air yang bersih, manusia tidak dapat mandi, bersuci, ambil wuduk, basuh baju, minum air dan sebagainya.

Pakej Haji Swasta MKM Travel

 Assalamulaikum , Haji salah satu rukum islam yang kelima dan menjadi impian semua umat islam untuk dapat jejakkan tanah suci. Untuk menunggu giliran dengan tabung haji memang lama juga , sekarang dah dimudahkan kita boleh pilih dengan menggunakan pakej haji swasta memalui travel agen yang sah. Salah satu yang menjadi pilihan ramai orang boleh menggunakan Pakej Haji Swasta MKM Travel .Ada beberapa pakej yang boleh kalian pilih .

Pakej Haji Swasta MKM Travel 

MKM Travel mempunyai 13 Tahun Pengalaman Menguruskan Jemaah Haji Terdiri Dari Pelbagai Bangsa Dan Negara. Pengelola jemaah haji yang sah dibawah Tabung Haji dan berdaftar rasmi dengan MOTAC.


PAKEJ HAJI SWASTA 2025

Bagi yang ingin mengerjakan ibadah Haji untuk 2025  bermula dari RM54,900/4 orang sehingga RM275,000/2 orang.  MKM Travel menyediakan beberapa pakej Haji swasta 2025 diantaranya ;

  • SALAM 

MINA: Khemah Muassasah (Muassim)

MEKAH: Rayannah Hotel (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)

MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)


  • SALAM PLUS

AZIZIYA: V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 670m)

MEKAH: Maysan Al-Mashaer (+/- 430 dari Dataran Masjid Al-Haram)

MADINAH: Worth Peninsula (+/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi)


  • MERANA JAM 

AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)

MEKAH: Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)

MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)


  • SAFA 

AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)

MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)

MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)


  • FIRDAUS

AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)

MEKAH: Dar Tawhid Intercont. (+/- 10m dari Dataran Masjidil Haram)

MADINAH: Oberoi Medina (+/- 10m dari Dataran Masjidil Nabawi)


Ziarah dan Lawatan

*Bergantung kepada perubahan semasa

MKM Travel juga menyediakan ziarah dan lawatan ke sesetengah tempat seperti:

  • Ziarah Makkah:

Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.

  • Ziarah Madinah:

Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.

  • Lawatan Luar:

Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama.


Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu & Berpengalaman

MKM Travel menyediakan pembimbing haji yang berilmu & Berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci . Jangan risau , mereka akan Menjaga kebajikan jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun. Pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik.


Bagi kalian yang berhasrat untuk menunaikan ibadah Haji Swasta di tahun 2025 boleh menempah dengan pakej dari MKM Travel. Untuk pertanyaan lebih detail boleh layari : 

PAKEJ HAJI SWASTA 2025 MKM TRAVEL

© all rights reserved
made with by templateszoo