Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah
Assalamualaikum . Korang ada ekzema ? atau orang terdekat yang ada sakit ekzema. Memang sakit dan juga gatal tak boleh bawa berbincang. Lisa sendiri pon lepas kahwin ni ada la juga dengan ekzema ni . Dulu tak paham sangat dengan apa itu penyakit ekzema ni , jadi abaikan. Untuk masalah lisa pula bukan jenis yang alergi dengan makanan tapi alergi dengan sabun berbahan kimia , air klorin tinggi dan alergi alam persekitaran. Lepas tengok kawan bercerita, rasa berminat juga dengan rawatan masalah kulit ekzema di KLinik Dr Bazilah ni .
PENYAKIT KULIT EKZEMA
Nak tahu apa itu Ekzema? Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya walaupun ia bukanlah penyakit yang boleh menjangkiti orang lain. Penyakit ini hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika keadaan pesakit bertambah teruk.
Orang yang alami Ekzema ni juga kulitnya sangat sensitif ya. Tak boleh kena habuk, tak boleh terlalu panas yang boleh menyebabkan peluh dan pengudaraan juga perlu selesa dan bersih, kalau tak habis kulit merah-merah kegatalan. Pada yang mengidapnya memang rasa tersiksa lagi-lagi kalau terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Memang kesian.
Jom kenali jenis-jenis ekzema.
1.Atopic Eczema
Bahagian lipatan badan seperti pada lipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk.
2.Seborrheic Eczema
Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah atau berair pada muka terutama dalam kalangan bayi.
3.Allergic Contact Dermatitis
Terjadi pada bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya, pada pergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dalam serbuk pencuci) dan sebagainya.
4.Dyshidrotic Eczema
Bercirikan gelembung gatal berisi cecair di bawah permukaan kulit yang timbul di tangan dan kaki pesakit.
5.Discoid eczema
Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal, merah, berair dan bersisik.
6.Stasis Eczema
Pada bahagian kaki individu yang mengalami varicose veins, iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.
7.Juvenile Plantar Dermatosis
Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah di tapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa.
Punca Atau Faktor Penyakit Ekzema
Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit kulit ekzema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini seperti :
Penggunaan sabun dan detergen
Keadaan cuaca yang panas
Alergi kepada alam persekitaran
Alergi bila memakai barang kemas
Berada dalam keadaan stress
Kuat berpeluh
Barang kosmetik yang tidak sesuai
Alergi kepada fabrik pakaian yang tertentu
Air berklorin tinggi
Bagaimanapun, penyakit ekzema pada bayi ini juga disebabkan pertalian genetik. Contoh kalau salah seorang sama ada ibu atau bapa memang dah ada ekzema , anak akan ada kemungkinan terkena ekzema jua.
Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah
Klinik Dr Bazilah – Klinik Kulit & Aesthetic
Selalu ternampak dari review dan feedback kawan-kawan , Lisa jadi teringin nak cuba rawatan rawatan masalah kulit Ekzema di klinik Aesthetic iaitu klinik Dr Bazilah. Menarik nya klinik Dr Bazilah bukan lah klinik Aesthetic biasa yang mempunyai beautician sahaja tetapi mereka mempunyai doktor yang bertauliah dan berlesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (diiktiraf KKM).
Terdapat banyak rawatan di Klinik Dr. Bazilah ini berkaitan dengan kulit selain Ekzema seperti masalah Acne, Psoriasis, Aesthetics, Fungal, Minor Surgery sehingga masalah kulit dan rambut..
Malah rawatan yang diberikan terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan untuk masalah dermatologi. Klinik Dr Bazilah mempunyai 4 cawangan iaitu :
Klinik Aesthetic Bangi.
Klinik Aesthetic Shah Alam, dan
Klinik Aesthetic Kuala Lumpur.
Klinik Aesthetic Damansara
Cara rawatan yang boleh didapati di Klinik Dr Bazilah berkaitan Ekzema:
Kenalpasti punca allergik atau alahan yang pesakit hadapi. Walaubagaimanapun kebanyakannya terjadi tanpa sebab yang diketahui. Cara untuk korang tahu allergic terhadap sesuatu bahan adalah dengan melakukan allergy test. Ianya boleh dijalankan di Klinik Aesthetic Dr Bazilah.
Bagi yang menghidap Ekzema sehingga Secondary bacterial infection, perlu dapatkan antibiotik dalam bentuk sapuan atau makan.
Untuk mengurangkan rasa gatal & keradangan, ubat yang bersesuaian dan terkawal juga akan diberikan oleh doktor.
Jika korang ada sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan kulit, korang boleh direct WhatsApp Klinik Dr Bazilah pada pautan di bawah.
WHATSAPP : +6019-6571563 (Kuala Lumpur) atau
click link http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
Website : www.klinikdrbazilah.com
Facebook : klinikdrbazilah
Instagram : @klinikdrbazilah
Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm
Maklumat lanjut Klinik Dr Bazilah :
Cawangan Bangi: Klinik Dr Bazilah, Bangi C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931
Cawangan Shah Alam: Klinik Dr Bazilah, Shah Alam R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.
Phone : 03 5035 7359
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Cawangan Kuala Lumpur: Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur (Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat) Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Phone : 013 8177005
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Cawangan Damansara : Klinik Dr Bazilah,r-01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Phone : 03-7661 3950
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara
Bagus treatment dari doktor bertauliah
ReplyDeletekesian betul tengok kalau budak2 kena ekzema huhuuu nak nangis sama rasanya.
ReplyDelete