Ad

Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah

Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah

Assalamualaikum . Korang ada ekzema ? atau orang terdekat yang ada sakit ekzema. Memang sakit dan juga gatal tak boleh bawa berbincang. Lisa sendiri pon lepas kahwin ni ada la juga dengan ekzema ni . Dulu tak paham sangat dengan apa itu penyakit ekzema ni , jadi abaikan. Untuk masalah lisa pula bukan jenis yang alergi dengan makanan tapi alergi dengan sabun berbahan kimia , air klorin tinggi  dan  alergi alam persekitaran. Lepas tengok kawan bercerita, rasa  berminat juga dengan rawatan masalah kulit ekzema di KLinik Dr Bazilah ni . 

PENYAKIT KULIT EKZEMA

Nak tahu apa itu Ekzema? Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya walaupun ia bukanlah penyakit yang boleh menjangkiti orang lain. Penyakit ini hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika keadaan pesakit bertambah teruk.


Orang yang alami Ekzema ni juga kulitnya sangat sensitif ya. Tak boleh kena habuk, tak boleh terlalu panas yang boleh menyebabkan peluh dan pengudaraan juga perlu selesa dan bersih, kalau tak habis kulit merah-merah kegatalan. Pada yang mengidapnya memang rasa tersiksa lagi-lagi kalau terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Memang kesian.

Jom kenali jenis-jenis ekzema.

1.Atopic Eczema

Bahagian lipatan badan seperti pada lipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk.


2.Seborrheic Eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah atau berair pada muka terutama dalam kalangan bayi.


3.Allergic Contact Dermatitis

Terjadi pada bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya, pada pergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dalam serbuk pencuci) dan sebagainya.


4.Dyshidrotic Eczema

Bercirikan gelembung gatal berisi cecair di bawah permukaan kulit yang timbul di tangan dan kaki pesakit.


5.Discoid eczema

Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal, merah, berair dan bersisik.


6.Stasis Eczema

Pada bahagian kaki individu yang mengalami varicose veins, iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.


7.Juvenile Plantar Dermatosis

Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah di tapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa.

Punca Atau Faktor Penyakit Ekzema

Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit kulit ekzema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini seperti : 


  • Penggunaan sabun dan detergen

  • Keadaan cuaca yang panas

  • Alergi kepada alam persekitaran

  • Alergi bila memakai barang kemas

  • Berada dalam keadaan stress

  • Kuat berpeluh

  • Barang kosmetik yang tidak sesuai

  • Alergi kepada fabrik pakaian yang tertentu

  • Air berklorin tinggi


Bagaimanapun,  penyakit ekzema pada bayi ini juga disebabkan pertalian genetik. Contoh kalau salah seorang sama ada ibu atau bapa  memang dah ada ekzema , anak akan ada kemungkinan terkena ekzema jua. 


Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah


Klinik Dr Bazilah – Klinik Kulit & Aesthetic

Selalu ternampak dari review dan feedback kawan-kawan , Lisa jadi teringin nak cuba rawatan rawatan masalah kulit Ekzema di klinik Aesthetic iaitu klinik Dr Bazilah. Menarik nya klinik Dr Bazilah bukan lah klinik Aesthetic biasa yang mempunyai beautician sahaja tetapi mereka mempunyai doktor yang bertauliah dan berlesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (diiktiraf KKM).


Terdapat banyak rawatan di Klinik Dr. Bazilah ini berkaitan dengan kulit selain Ekzema seperti masalah Acne, Psoriasis, Aesthetics, Fungal, Minor Surgery sehingga masalah kulit dan rambut..


Malah rawatan yang diberikan terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan untuk masalah dermatologi. Klinik Dr Bazilah mempunyai 4 cawangan iaitu :

  • Klinik Aesthetic Bangi.

  • Klinik Aesthetic Shah Alam, dan 

  • Klinik Aesthetic Kuala Lumpur.

  • Klinik Aesthetic  Damansara



Cara rawatan yang boleh didapati di Klinik Dr Bazilah berkaitan Ekzema:


  1. Kenalpasti punca allergik atau alahan yang pesakit hadapi. Walaubagaimanapun kebanyakannya terjadi tanpa sebab yang diketahui. Cara untuk korang tahu allergic terhadap sesuatu bahan adalah dengan melakukan allergy test. Ianya boleh dijalankan di Klinik Aesthetic Dr Bazilah.

  2. Bagi yang menghidap Ekzema sehingga Secondary bacterial infection, perlu dapatkan antibiotik dalam bentuk sapuan atau makan.

  3. Untuk mengurangkan rasa gatal & keradangan, ubat yang bersesuaian dan terkawal juga akan diberikan oleh doktor.


Jika korang ada sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan kulit, korang boleh direct WhatsApp Klinik Dr Bazilah pada pautan di bawah. 

WHATSAPP : +6019-6571563 (Kuala Lumpur) atau

click link http://temujanjidrbazilah.wasap.my/

Website : www.klinikdrbazilah.com

Facebook : klinikdrbazilah

Instagram : @klinikdrbazilah

Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm



Maklumat lanjut Klinik Dr Bazilah : 


Cawangan Bangi: Klinik Dr Bazilah, Bangi C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.

Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931

Cawangan Shah Alam: Klinik Dr Bazilah, Shah Alam R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.

Phone : 03 5035 7359

Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam


Cawangan Kuala Lumpur: Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur (Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat) Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.

Phone : 013 8177005

Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur


Cawangan Damansara : Klinik Dr Bazilah,r-01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Phone : 03-7661 3950

Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara





© all rights reserved
made with by templateszoo