Percutian ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia Travel Agency
Bercadang melancong ke Indonesia? Antara beberapa tempat yang Lisa pernah kunjungi untuk bercuti di Indonesia seperti Medan, Jakarta, Bandung, Yogyakarta, dan Bali. Masing-masing tempat mempunyai keunikan dia sendiri. Untuk memudahkan perjalanan sebaiknya ambil pakej dengan travel agency, kita pon tak perlu pening nak buat intinery dan tinggal bawa uang poket untuk jajan disana je.Jika bercadang melancong ke Indonesia,korang boleh pilih Sahabat Holidays Indonesia Tour & Travel Agency. Enjoy your holiday je la .
Sahabat Holidays Indonesia Tour & Travel Agency
Sahabat Holidays Indonesia, diasaskan pada 2019 oleh Encik Yusuf. Dengan pengalaman bekerja dalam Industri Pelancongan sejak 2011, dan memfokuskan kepada Inbound Tours untuk pasaran Asia, seperti: Malaysia, Brunei Darussalam, Thailand dan Singapura dan juga Pasaran Domestik. Dengan lebih daripada 7 tahun pengalaman, keberanian dan dedikasi terhadap pembangunan pelancongan di Indonesia, telah menjadi semangat dalam menubuhkan syarikat ini.
Sahabat Holidays Indonesia komited untuk memberikan pengalaman terbaik untuk semua tetamu. "Kepercayaan dan Kepuasan" Pelanggan adalah Keutamaan mereka.
Percutian ke Bandung, Jakarta, Yogyakarta, Bali tempat-tempat ini dah tidak asing didengar. Apakata kalian pergi menjelajah ke Sumatera pula?Banyak tempat boleh korang explore tau bukan hanya di Medan je. Lisa ada berencana nak pergi ke Aceh, tempat yang pernah terkena tsunami tu. Pergi dengan Sahabat Holidays Indonesia boleh jimat masa dan boleh bajet keuangan juga sebab penginapan dan biaya perjalanan telah disediakan oleh mereka.
BANDA ACEH INDONESIA
Pastinya korang masih ingat akan tragedi bencana alam yang berlaku pada tahun 2004. Bencana ombak besar atau lebih dikenali sebagai tsunami telah melanda Aceh dan memusnahkan bandaraya ini menjadi padang jarak padang tekukur.Aceh merupakan diantara tempat yang terkesan paling teruk ketika itu. Namun begitu, siapa sangka disebalik bencana tersebut, Aceh mampu kembali untuk dibina semula dan menjadi diantara lokasi tumpuan pelancong.
Antara tempat menarik untuk dikunjungi di Banda Aceh ialah :
Muzium PLTD Apung Aceh
Makam Sulthan Iskandar Muda
Muzium Tsunami Aceh
Baiturahim Grand Mosque
Pantai Ulee Lheu, Pantai Lampuuk, Pantai Lhoknga
Pintu Khop
Kapal Apung Lampulo,
Museum Aceh,
Cut Nyak Dien House
Bagi yang suka snorkling , boleh juga ber Untuk buah tangan dan cenderahati,Sahabat Holidays Indonesia akan bawa korang untuk bershopping dan membeli buah tangan di Pasar Aceh. berbagai jenis pakaian, telekung, barang perhiasan rumah, cenderahati dan berbagai lagi barangan pada harga yang sangat murah dan berpatutan.
MEDAN INDONESIA
Medan adalah salah satu destinasi percutian yang menarik dan murah di Indonesia.Selain Danau Toba, masih banyak tempat yang mempunyai tarikan yang tersembunyi di Medan.
Mungkin ada di antara tempat ini merupakan tempat yang biasa anda ketahui dan mungkin juga ia merupakan kali pertama anda mendengarinya. Lisa sendiri pernah merasai keindahan Danau Toba, walaupun dah agak lama tapi selalu terbayang-bayang nak pergi lagi.
Antara lokasi menarik yang boleh dilawati dalam pakej bersama Sahabat Holidays Indonesia adalah:
Lake Toba
Efrata Waterfall
Holbungs Hills
Ambarita Village
Tomok Village
Sigarantung Village
Istana Maimoon
Masjid Al-Mashun
Sipiso-piso Waterfall
PADANG BUKITTINGGI INDONESIA
Adakah korang sedang mencari destinasi yang terpencil? Tempat yang menawarkan pengembaraan, budaya dan keindahan semula jadi yang menakjubkan?
Di bawah ini, tersedia majoriti tarikan tempatan lawatan Tempat Percutian Menarik Di Padang Bukittinggi Indonesia paling popular, tetapi tetap ada tarikannya yang tersendiri. Samaada untuk aktiviti melihat panorama keindahan alam, shopping atau aktiviti yang lasak, dekat Padang Bukittinggi Indonesia ada semua itu.
Beberapa keunikan yang ada di Padang Bukittinggi Indonesia :
- Pemandangan budaya yang meriah
Masakan yang lazat
Pantai yang bersih dan keindahan semula jadi yang menakjubkan
Pengalaman tempatan yang tulen
Penduduk tempatan yang peramah dan mesra
Harga mampu milik
Ia juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong Malaysia, seperti Pantai Padang, Jambatan Siti Nurbaya, Pantai Pasir Jambak, Air Terjun Lembah Anai, Muzium Rumah Gadang, Desa Pandai Sikek, Jam Gadang dan banyak lagi.
Pelancong Malaysia juga boleh mencuba pakaian tradisional Minangkabau, menyaksikan pertunjukan tari-tarian dan seni ukiran kayu, serta mengunjungi rumah kelahiran tokoh terkenal Buya Hamka di Tanjung Raya.
Rumah Gadang Minangkabau
Lembah Anai Waterfall
Ngarai Sianok
Benteng Ford De Kock
Istana Silindung Bulan
Pagaruyung Palace
Kiniko Souvenir
PEKANBARU INDONESIA
Pekanbaru adalah ibukota Wilayah Riau dan merupakan bandar ketiga terbesar di pulau Sumatera, selepas Medan di Utara dan Palembang di Sumatera Selatan.Sebuah bandar besar dan bersih, Pekanbaru lebih dikenali sebagai bandar perniagaan untuk eksport minyak mentah, minyak sawit, pulpa dan kertas.
Terdapat pelbagai tarikan yang anda boleh kunjungi dan lihat ketika berada di Pekanbaru. Ambil masa untuk melihat Muzuim Sang Nila Utama di jalan Sudirman, yang berkaitan dengan sejarah Riau.Terletak bersebelahan dengan muzium tersebut adalah Balai Adat Melayu Riau, atau Bangunan Riau-Melayu yang menempatkan seni dan warisan budaya tempatan.
Sang Nila Utama Museum
Tuan Kadi House
Pasar Bawah
Sudirman Street Eat Durian
An Nur Mosque
Siak Royal Palace
Candi Muara Takus
PALEMBANG INDONESIA
Sumatera Selatan memiliki sejarah panjang keberadaannya. Provinsi yang sejak berabad lampau dikenal dengan nama Bumi Sriwijaya ini merupakan lokasi berdirinya kerajaan maritim termasyur di nusantara bernama Kerajaan Sriwijaya. Di Palembang korang wajib mencuba makanan signature mereka iaitu Pempek.
Berwisata ke Palembang, kurang lengkap jika tidak mendatangi Museum Balaputra Dewa.Di lokasi Museum Balaputra Dewa, pelancong akan melihat langsung Rumah Adat Limas yang unik khas Sumatera Selatan. Rumah Adat Limas juga sempat diabadikan pada uang kertas Rp.10,000 .
Sahabat Holidays Indonesia akan bawa ke destinasi menarik seperti :
Museum Balaputera Dewa
Traditional House Palembang (Limas House Melaka Gallery)
Giant Al-Quran
Songket Woven
Masjid Agung
Ampera Bridge Icon Palembang City
Traditional Boat Palembang to Kamero Island
Traditional Market
Masjid Kiayi Merogan
Taman Purbakala Sriwijaya
Bukit Siguntang
Pasar 16 Ilir Baru
CUSTOMER REVIEW
Pakej Percutian dengan Sahabat Holidays Indonesia
Mungkin anda rasa bergerak secara ‘solo’ adalah lebih baik apabila ingin bercuti ke luar negara. Tetapi perasan tak bila kita pilih Travel Agency ia juga akan beri banyak kelebihan dan kemudahan kepada kita?
Haa jom kita tengok apa kelebihannya kalau melancong bersama Sahabat Holidays Indonesia Travel Agency :
1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas
Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang tempat tersebut sekali gus membolehkan mereka berkongsi kepada anda tentang tempat-tempat yang sedang dilawati.
2. Menjimatkan masa
Untuk mencari tempat-tempat menarik yang ingin dituju ketika melancong sudah pasti mengambil masa yang lama. Dengan Sahabat Holidays Indonesia, mereka telah menyusun dan merancang plan dengan teliti sebelum membawa anda ke sana. Tempat-tempat menarik atau viral sudah pasti mereka telah list kan dalam plan mereka. Jadi, jangan risau terlepas okay?
3. Harga yang berbaloi , Sahabat Holidays Indonesia telah memberikan jumlah kos yang berpatutan dengan aktiviti yang bakal anda sertai. Harga yang berbaloi dan dapat percutian yang menyeronokkan. Menarik bukan?
4. Keperluan yang lengkap
Tiket penerbangan? Tempat tinggal? Kenderaan? Tidak perlu risau, mereka telah menguruskan semua keperluan anda dari A-Z. Bolehlah anda bercuti dengan tenang!
Dan last sekali , untuk keselesaan Lisa pilih khidmat travel agent Sahabat Holidays Indonesia Travel Agency untuk melancong sekiranya ingin ke Indonesia . Kawan pon dah ada yang menggunakan khidmat mereka jadi rasa selamat la. Bukan hanya menawarkan pakej percutian ke Sumatera sahaja , tetapi juga Jawa , Bali, Lombok dan Sulawesi. Haa tinggal pilih je .
Untuk info yang detail, harga dan pakej percutian boleh terus contact di bawah ini :
Website : www.sahabatholidays.com
Facebook : Sahabat Holidays Indonesia
Instagram : Sahabat Holidays Indonesia
Contact : Encik Yusuf