Ad

KOLEKSI NINGRAT By TANA HASSAN

KOLEKSI NINGRAT By TANA HASSAN , Selendang Sulam & Bawal Printed

KOLEKSI NINGRAT By TANA HASSAN 

Assalamualaikum semua ! Musim kenduri kahwin dah mula datang silih berganti . korang mesti selalu fikir lama nak pakai tudung apa untuk pergi open house , kenduri kahwin kan . Mestila korang nak pakai tudung yang lawa supaya dapat impress orang. Baru ni Lisa cuba tudung koleksi Ningrat by Tana Hassan yang cantik dan boleh digayakan dibelbagai acara. Terdapat pelbagai pilihan tudung lawa yang confirm akan impress orang punya!! Jarang Lisa pakai tudung bawal dan juga selendang , nahh korang kena baca dan tengok sampai habis tau ! Pakai selendang sulam ni rasa ayu pula , klasik zaman-zaman dulu . 


Koleksi Ningrat Sulam Tana Hassan


Koleksi Ningrat atau dalam bahasa melayu klasik maksud Ningrat ni adalah bangsawan. So owner brand Tana Hassan ni nak tekankan konsep klasik dan tradisional untuk koleksi shawl dan tudung bawal sulam. 

Lisa menggayakan Selendang Sulam Koleksi Ningrat by Tana Hassan . Tudia .. nampak ayu kan ? classic zaman dulu-dulu .  cantiknya lahai bini siapa ni ... eh dah dah .. puji diri sendiri pula . Sekarang ramai pengantin pakai baju kurung dan veil pakai selendang sulam . Memang cantik ! 



Untuk shawl sulam ni menggunakan material chiffon yang sangat ringan. Masa nak iron/gosok tudung ni senang sangat sebab tak perlu struggle tekan kuat kuat ke apa. Just sekali lalu and kain helok tanpa kedut.

Koleksi Selendang Sulam daripada koleksi NINGRAT. Ianya mengembalikan nostalgia dan tradisi nenek moyang dengan memertabatkan fesyen klasik tradisional. Cik Tana Hassan mengetengahkan dua pilihan untuk peminat selendang sulam-sulaman agar mereka suka dan selesa menggayakannya.  Material yang digunakan adalah Chiffon Georgette. Saiznya adalah 180 cm x 75 cm.




Koleksi Ningrat ada beberapa jenis warna yang dikeluarkan.  Antara warna yang ada adalah, wood, smokey salmon, tan, misty rose, pale pink, army green, milo, ivory, creamy dan silver.  Banyak lagi sebenarnya, nanti korang boleh tengok dekat facebook Tana Hassan sendiri okay





Sejarah Penubuhan Tana Hassan 

Kewujudan Tana Hassan adalah merupakan rebranding daripada jenama asalnya iaitu Hijabulous Hassanah.  Hijabulous Hassanah sebenarnya telah menapak sejak tahun 2013 lagi.  Tetapi disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan ketika tahun 2018, Hijabulous Hassanah terpaksa dihentikan.  Sayang sangat tetapi founder Tana Hassan iaitu cik Hassanah tidak berputus asa tau.  Boleh dikatakan hampir setiap tahun cik Tana Hassan cuba bangkit semula dan akhirnya, wujudlah jenama Tana Hassan yang kini mula berkembang baik. Alhamdulillah. 

Banyak kisah disebalik kejayaan kebangkitan semula sehingga berpaksinya jenama Tana Hassan ini sebenarnya.  Menurut cerita cik Tana Hassan, sepanjang perjalanan kebangkitan semula, mereka menghadapi pelbagai dugaan termasuklah ditipu oleh scammer.  Namun semangat dan kecekalan cik Tana Hassan tidak melunturkan keingingannya untuk terus bergerak waima sedikit demi sedikit. 



BAWAL PRINTED TANA HASSAN .

Untuk tudung printed ini juga corak dia ialah exclusive di design dari owner Tana Hassan sendiri . Memang tak kan jumpa di lain tempat la . Cantik corak dia . Tengok Lisa gayakan pon nampak cun gitu .   Bawal printed pula ada bidang 45 dan 60. haa... ramai yang puji cantik , ni orang lain komen tau ... bukan lisa je yang rasa corak dan design ni cun . 

Tudung Printed ini selain corak yang exclusive , material kain juga lembut dan tak pekak masa dipakai . Kain sejuk tak panas dan juga senang dibentuk . Korang boleh gayakan labuh juga tau , confirm bakal mak mertua approve ! 
















Rambang mata nengoknya kan ? If korang kenan boleh tengok lebih koleksi Ningrat by Hana Tassan di link bawah ini . Jangan lupa follow sekali untuk dapatkan uptodate stock dan koleksi terbaru . 

Facebook: TanaHassan
Tiktok: tanahassan_
Instagram: tanahassan_ 


 

0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo