Taksir Zakat dan Menangi Hadiah Menarik!
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ANJUR KEMPEN JOM TAKSIR ZAKAT
Untuk pengetahuan korang , LZS sekarang ni tengah on Kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu sepanjang bulan Julai 2022 . Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022.
Sempena Bulan Taksir Zakat, pihak LZS mengadakan kempen Jom Taksir Zakat. Bila korang dah buat taksiran secara online, korang boleh menebus baucar KFC sebanyak RM5 selagi stok masih ada. Ini baru taksir tau belum bayar zakat lagi.
Siapa yang bayar zakat selepas taksir berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik seperti :
- Hadiah utama : Yamaha Lagenda 115Z FI
- Hadiah Kedua : Nintendo Switch OLED
- Hadiah Ketiga : Smart Watch Garmin
- 10 Hadiah Saguhati : Galaxy Tab A8
CARA-CARA TAKSIR ZAKAT
Tak tahu cara nak taksir zakat ? Lisa pon bukan ingat semua macam mana cara-cara nak taksir zakat ni ,Sekarang lebih mdah dan tanpa ragu-ragu , korang hanya perlu gunakan kalkulator zakat seperti dibawah ini .
Kelayakan Sertai & Menang Kempen Bulan Taksir Zakat
Cara Sertai Kempen Bulan Taksir Zakat
DOWNLOAD APLIKASI ZAKAT
TAKSIR & SIMPAN
- Layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Buat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
- # Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
- # Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.
Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:
- Peserta perlu layari https://jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.
E-Zakat Pay Bersama Lembaga Zakat Selangor
OBJEKTIF
- Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
- Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
- Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
- Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.
AGIHAN
Ziarah Asnaf Uzur & Pesakit KronikMenyantuni keperluan asnaf di lapangan adalah tanggungjawab kami setiap masa. Hari ini, kami hadir bersama Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sg Tengi Kanan, Nazir Masjid Blok H dan Blok P Sg Burung, Ketua Kampung dan barisan penolong amil kariah untuk menziarahi 7 buah rumah asnaf yang menghidap sakit kronik, OKU dan asnaf yang uzur terlantar.Kami hadir dengan membawa sumbangan makanan dan keperluan harian untuk mereka. Alhamdulillah, dengan cara ini dapatlah pihak kami mengetahui dengan lebih dekat permasalahan dan keperluan mereka yang lain.Kebanyakan asnaf yang kami santuni hari ini, segala keperluan bantuan masih berjalan seperti bantuan kewangan, makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan hari raya dan perubatan.Terima kasih kepada pembayar zakat, dengan zakat anda, dapat kami salurkan kepada asnaf yang memerlukan.Kredit: Team Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor LZS
Sesudahnya korang menyelesaikan kewajipan ini , jangan lupa ye tebus baucar dan mana tahu rezeki memenangi hadiah menarik nanti
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur 24:56)
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
- Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Lembaga Zakat Selangor
Web : https://www.zakatselangor.com.my/
No tel : 1-300-88-4343
Jom tafsir zakat dan tebus! mana tau rezeki korang menang kan
No comments
Post a Comment