Ad

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Kesuburan Wanita

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Kesuburan Wanita


Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Kesuburan Wanita

Assalamualaikum , pejam celik dah hampir habis tahun ini dan insyaallah kalau tiada halangan tahun Lisa akan tamatkan zaman bujang. Ikutkan nak nikah tahun lepas tapi disebabkan covid-19 dan kena PKP .. jadi terpaksa ditangguhkan. Selain dari kewangan , persediaan mental dan kesihatan luar dalam Lisa pon dah mula siapkan dari sekarang tengok dari isterisihat.com.my banyak info berguna . Kepentingan penjagaan kesihatan wanita banyak yang tak ambek kisah sangat lagi-lagi dengan covid sekarang ni, jadi why not persiapkan awal bermula dari sekarang. 


KESUBURAN WANITA – Cara Untuk Pelihara Kesuburan

Untuk meningkatkan tahap kesuburan wanita, ambil berat berkenaan tubuh badan dulu.Tapi, mesti korang tertanya-tanya juga kan apa lagi yang boleh lakukan untuk meningkatkan peratusan untuk mendapatkan bayi? Antara nasihat yang terbaik setakat ini buat wanita yang ingin meningkatkan peratusan hamil adalah dengan mengenali tubuh badannya sendiri. 
Sebab tu dah dari bulan lepas Lisa mula bersenam , workout dan skipping . Dari segi pemakanan memang dah lama jaga , cuma bersenam tu baru start nak mula . 

1. Catat Kitaran Haid 

Bagi wanita yang ingin mendapatkan zuriat haruslah selalu memantau samada tempoh kitaran haid mereka akan sama atau tidak pada setiap bulan. Jika kitaran haid anda tidak teratur, tempoh kitaran haid anda akan berbeza setiap bulan.

Dengan sentiasa merekod maklumat ini pada kalendar, anda akan lebih mudah untuk mengetahui pada waktu bila sebenarnya akan berlaku ovulasi. Ovulasi adalah masa dimana ovari anda akan mengeluarkan telur pada setiap bulan. Jadi, dengan cara ini anda boleh tahu kesuburan wanita setelah haid beberapa hari dengan lebih tepat. 



Sekarang zaman dah serba canggih , banyak apps yang memudahkan kita mencacat kitaran haid . Macam Lisa guna apps ni , senang nak tahu tarikh bermula dan tarikh habis haid . Dalam tu juga ada anggaran ovulation , tarikh mana yang subur untuk kesempatan pregnan lebih besar. 

2. Memantau Ovulasi

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, ovulasi akan mula berlaku dua minggu sebelum datangnya haid. Waktu kesuburan ini pula agak sukar untuk ditentukan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Jadi, kesuburan wanita beberapa hari sekitar 12 ke 16 hari sebelum datangnya haid.Ada beberapa kaedah untuk wanita menentukan kesuburan wanita selepas haid atau sebelum haid.

3.  Mengambil Prenatal Vitamin

Bagi wanita yang ingin hamil, sangat digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin sebelum hamil lagi. Cara ini akan membolehkan untuk mencari vitamin yang sesuai dengan sistem badan mereka dan kekal dengannya ketika hamil. Lisa pun dapat ilmu yang baru untuk ambil Folic Asid untuk merancang kesuburan nanti.. bagi yang tak tahu.., Folic Asid  adalah sejenis vitamin B yang penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan amat disarankan agar ibu atau wanita yang merancang kehamilan untuk mengambilnya. 

Selain itu, anda boleh mengambil multivitamin dan ia perlulah mengandungi 400 mcg Folic Acid  Vitamin B Kedua-duanya penting untuk mengelakkan sebarang masalah terhadap otak dan tulang belakang ketika bayi dalam kandungan.

4. Makan Makanan Bagus Untuk Kesuburan Wanita

Walaupun tiada makanan untuk kesuburan wanita agar cepat hamil secara spesifik, pengambilan makanan yang sihat sebenarnya mampu untuk membantu.

5. Tahu Bila Untuk Dapatkan Pertolongan Pakar kesuburan.
Baik isteri mahupun suami perlulah tahu bila anda perlu dapatkan penilaian tahap kesuburan jika wanita sudah berusia 35 tahun keatas. Ia juga haruslah apabila pasangan tersebut telah melakukan seks secara kerap tanpa menggunakan pil perancang dalam tempoh 6 bulan. Jika anda berusia bawah 35 tahun dan masih belum berjaya mendapatkan zuriat walaupun telah melakukan hubungan seksual secara kerap dalam tempoh satu tahun, jumpalah pakar kesuburan.




Pentingnya Kesihatan Dalaman Bantu Cipta Keluarga & Rumahtangga Yang Bahagia.


Bagaimana kita mahu mencipta kebahagiaan, keluarga bahagia dan sakinah? Kebahagiaan bermula dari kesihatan dalaman, Insyaallah kebahagiaan akan dapat di nikmati bersama. Wanita adalah tunggak utama dalam melayari kebahagiaan rumahtangga. Wanita sangat istimewa di mata dan hati suami serta anak anak. Wanita terlalu banyak menggunakan tenaga dalam menjalani rutin harian, tidak kira sama ada wanita bekerjaya atau pun suri rumah sepenuh masa.

Keluarga yang sihat merupakan tonggak penting dalam melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera juga meliputi mental dan fizikal.Bagi mencapai kesejahteraan keluarga, kesihatan dalaman dan luaran adalah penting bagi membolehkan seseorang individu melaksanakan aktiviti harian dengan baik.

Oleh itu, tahap kesihatan merupakan faktor penting dan masyarakat harus memberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan yang boleh membantu kesejahteraan dan keseimbangan sesebuah komuniti
Benarlah kata pepatah Melayu, ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’, keluarga yang sihat sudah tentu mampu melahirkan sebuah keluarga bahagia.

Penjagaan Kesihatan Wanita. 

Penjagaan Kesihatan Wanita ni, terutamanya kesihatan seksual bukanlah sesuatu yang \"taboo\" .Kebanyakan wanita di Malaysia sebenarnya masih kurang cakna akan kesihatan seksual.  Boleh dikatakan malu tidak bertempat. Kita masih lagi menganggap tak semua benda boleh dibawa bincang waima itu melibatkan masalah kesihatan dalaman wanita. Contohnya seperti susah orgasm, aset tidak lagi cantik, kurang nafsu terhadap pasangan dan banyak lagi.  

Masyarakat kita masih lagi menganggap bahawa masalah ini adalah \"taboo\" , jadinya diambil remeh semata-mata. Jika kita biarkan masalah kesihatan seksual wanita ini berlarutan, ianya boleh menimbulkan masalah yang lebih besar lagi. Contoh paling senang seperti miss V yang berbau , keluarkan cecair gatal. Mungkin bagi sesetengah wanita segan nak bertanya dan segan nak meminta pertolongan hal ini . Sebab dulu ianya sebuah hal yang taboo namun sekarang pendidikan sexual seperti ini boleh berkonsultasi dengan pakar puan jika malu bertanya dengan orang terdekat . Kita sebagai wanita kena pecahkan sedikit tembok malu itu demi kesihatan dalaman kita.  Jangan biarkan diri kita malu tidak bertempat.  Kesihatan seksual wanita sangatlah penting ya korang.  

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita


Tambahan lagi bila pasangan kita pula sejenis tidak mahu membantu dan bagi semangat.  Hanya pentingkan diri sendiri.  Jika pasangan kita sebegini, cuba bawa berbincang sebab ianya melibatkan masalah bersama.  Bukan pasangan sahaja tersiksa, kita juga turut lebih tersiksa menanggung masalah seksual ini .  Contoh lain jika kita sudah bersalin normal anak pertama kedua dan ketiga.  Memang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kesihatan seksual wanita. 

Penjagaan Kesihatan Wanita Melibatkan Mental dan Fizikal

Usaha dalam membina keluarga bahagia, wanita bukan sahaja perlu fokus terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dalaman wanita sahaja, malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan.  Ini kerana penjagaan kesihatan dalaman wanita juga melibatkan kesan ke atas mental dan fizikal seperti :-

Kewangan : Demi untuk menyara seisi keluarga, sebagai wanita bergelar isteri dan ibu hendaklah turut bijak dalam merancang kewangan.
Keibubapaan : Menjaga soal kebajikan anak-anak yang merupakan aset termahal dan saham akhirat kita.  Semoga dengan Izin Allah boleh membantu membawa kita ke Syurga Allah. 
Sosial & Penampilan : Jadi orang yang disukai & dihormati, bukan sahaja kepada suami. Tetapi sentiasa kemas serta bawa imej yang baik kepada masyarakat sekeliling.
Kehidupan Seks yang Memuaskan : Ya, inilah yang lebih difokuskan. Aktiviti seks yang sihat dan memuaskan, menjamin kebahagiaan rumah tangga serta mental yang cerdas.  InShaaAllah

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita

Perkara ini bukanlah lebih kepada kita kena tahu dan ambil jamu bukan-bukan untuk kesembuhan dalam badan ya.  Ini lebih kepada kesedaran kita untuk menyelesaikan masalah dengan merawat mengikut cara yang betul.  Penjagaan kesihatan dalaman wanita perlulah dirujuk kepada pakar kewanitaan iaitu doktor sakit puan yang bertauliah.  Jangan sembarangan ambil tindakan sendiri yang boleh memberi kesan buruk terhadap diri dan juga keluarga.  



Kajian Dan Statistik Kesihatan Serta Kesuburan Wanita Malaysia
Berdasarkan akhbar-akbar di Malaysia, sebanyak 73% wanita tidak mendapat kepuasan bersama suami.  Nampak macam mudah untuk diperlekehkan dan dijadikan bahan gelak tawa.  Tetapi ianya adalah masalah seksual yang berat ya.  Maksudnya, kalau korang berdiri dengan 10 orang kawan yang lain, tujuh dariapada mereka (ataupun termasuk diri kita sendiri) tidak mendapat kepuasan seksual yang secukupnya.  Ciri-ciri simptomnya: 

  • Sukar merangsang nafsu
  • Hormon tidak stabil
  • Masalah keputihan melampau
  • Masalah suami tewas awal dan tidak bertahan lama

Kepentingan Penjagaan Kesihatan Dalaman Dan Seksual Wanita


Kesemua masalah ini terjadi gara-gara gaya hidup kita di bandar zaman moden.  Kita lebih mementingkan kerjaya terutama yang membabitkan gajet dan teknologi, dan komputer.  Kita sudah jadi kurang bersenam, ada pula yang merokok, suka ambil portion makanan yang berlebihan serta kurang kesedaran tanggungjawab juga amanah terhadap keluarga. 

Waima kebanyakan orang memandang perkara ini hanya sebagai satu masalah kesihatan seks semata-mata.  Tetapi ianya sebenarnya dikaitkan dengan penyakit dan faktor lain yang berlaku secara serentak. Termasuk penyakit kardiovaskular, hipertensi, masalah jantung, diabetes, simptom saluran kencing lebih rendah (LUTS), tekanan darah tinggi, kemurungan, pemakanan, & hormon tak stabil. Korang boleh lanjutkan lagi bacaan di https://isterisihat.com.my/ atau layari facebook mereka di https://www.facebook.com/IsteriSihat/
3
( Hide )
  1. pengiraan dan catat kiraan haid tu dari anak dara lagi buat,penting sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. wah menarik sangat artikel ini..

    saya doakan Sis dipermudahlan segala urusan

    ReplyDelete
  3. Saya setuju kena rajin bersenam. (Setiap hari buat push up?)

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo