AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH
Assalamualaikum , pernah dengar Ajaran Qadiani atau Ahmadiah ? baru ni Lisa teringin nak tahu lebih Ajaran Sesat Qadiani atau Ahmadiah ,, terutama selepas tengok perkongsian pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), mengenai ajaran sesat di pautan ini https://www.mais.gov.my/artikel-khas-2/ . Kadang info yang lalu di sosial media ni bukan pasti betul ke tidak , kena cari sumber yang sahih dan betul . Harap apa yang Lisa akan kongsikan ini dapat beri kesedaran kepada semua untuk lebih berhati hati di masa masa akan datang dan tidak terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan akidah islam.Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah
Pelbagai Penyelewengan Dalam Ajaran Qadiani
Keputusan Fatwa Selangor
Berdasarkan
warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor telah
memutuskan bahawa :
1.Ajaran
Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya.
Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam
serata dunia
2.Jabatan
Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah
menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20
Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di
Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di
negeri Selangor.
Setiap
orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka,
wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua
kalimah syahadah.
Kesimpulan Mengenai Ajaran Qadiani Di Malaysia
Akidah
Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan di negara
ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat
dijauhi.
Oleh itu,
umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada
sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan
menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.
Segera
laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi
membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak
umat Islam.