Kenapa Kasut Pallas Pilihan Kembali ke Sekolah Setiap Tahun ?
Pejam celik dah setahun berlalu , tinggal beberapa minggu lagi untuk kembali kesekolah . Dah siapkan perlengkapan untuk Sekolah belum ? Buku , uniform sekolah , dan kasut sekolah . Untuk kasut sekolah , Pallas menjadi pilihan . Dah bertahun semenjak Lisa sekolah lagi dah ada jenama ni . Tahan lama , tahan lasak dan yang pasti selesa dipakai . 20 Januari 2021 kalau takda apa-apa , sepatutnya dah boleh naik sekolah dah , teruja nak sekolah selepas lama rehat dirumah . . Sebab tu la kenapa kasut pallas jadi pilihan kembali ke sekolah disetiap tahunnya.. sayang duit woo nak tukar-tukar kasut selalu.
Kenapa Kasut Pallas 7238BK Menjadi Pilihan ?
Dia sporty sikit jadi suka kasut yang bertali . Nampak selesa bila
memakainya. Tapak kasut dengan cengkaman lebih baik lebih selamat dan tidak
tergelincir. Pelapik getah yang tersedia memberi lantunan lebih baik dan keselesaan berganda
untuk kaki. Dengan adanya 'arch support' kasut ini dapat memberi kelegaan pada otot kaki dan
menjadikan kaki lebih selesa.
Dengan kusyen tumit getah menjadikan lantunan yang lebih baik & lebih selesa.
2. Ruber Outsole (Tapak Kasut Getah )
Cengkaman yang kuat dan lebih baik pada tapak kasut Jazz Pallas ni memudahkan bergerak kesana kemari tanpa risau tergelincir . Almaklumlah budak kan suka berlari.. lagi sekarang musim hujan .. rasa lebih selamat nak berjalan di sekolah nanti . :
3. Insole with Arch Support ( Kusyen Tumit dengan gerbang sokongan )
Arch Support dapat melegakan ketegangan pada otot kaki dan sangat selesa, terutamanya kepada anak yang jenis FLAT FOOT atau HIGH ARCH Dari sekolah lepas tu balik pergi tuisyen memang penat , dan kenalah pilih kasut yang sesuai kan untuk keselesaan otot kaki .
CARA MEMILIH & BELI KASUT SEKOLAH
Sejak covid-19 melanda ni , Lisa hadkan keluar rumah untuk hadkan beli barang . Terlebih lagi untuk tempat yang jadi tumpuan ramai orang . Lisa lebih prefer untuk beli di hujung jari . Tekan -tekan je dah sampai.. tak perlu jumpa orang , jimat duit minyak , tak perlu penat lagi nak menapak . Kasut Pallas Jazz ni pun Lisa beli Online je . Takut salah terpilih size kasut ? bawah ini Lisa ajar macam mana cara memilih kasut sekolah .
CARA PILIH UKUR SIZE KASUT
1. Ukur Kaki
Letakkan kedua kaki selurus mungkin dengan tumit dan sisi kaki menyentuh tepi kertas. Kemudian lakar di sekitar kaki menggunakan pensil.
2. Tandakan X
Kenalpasti hujung hari kaki terpanjang di kedua-dua jari kaki. Lepastu tandakan X
3. Titik pengukur
Letakkan titik pengukut permulaan pembaris di tepi bawah kerta macam gambar kat atas
4. Lukis garisan lurus
Lukis garis tegak lurus dari titik X ke titik pengukuran pembaris untuk mengenal pasti panjang kaki
5. Lebihkan kiraan 1 cm
Tambah sekurang-kurnagnya 1cm atas kepanjangan kaki yang diukur untuk memilih saiz kasut yang lebih sesuai dan selesa
KENAPA PERLU PILIH KASUT SEKOLAH PALLAS ?
Sebab utama ialah nak bagi keselesaan budak semasa persekolahan . Kualiti Pallas yang elok dan tahan lama juga salah satu faktor untuk Pallas menjadi pilihan .
Sebab utama ialah nak bagi keselesaan budak semasa persekolahan . Kualiti Pallas yang elok dan tahan lama juga salah satu faktor untuk Pallas menjadi pilihan .
Mana Nak Beli Kasut Sekolah Pallas
Macam mana ? mesti korang berkenan dengan kasut sekolah Pallas ni kan? Korang boleh beli secara online kat website www.wow2wee.com . Boleh juga ke AEON, Tesco, Mydin Supermarket berhampiran. Sekarang ni kan zaman orang beli belah atas talian, semua nak cepat jadi elok sangat korang terjah jer website kat atas ni.
Pilih dan beli mana yang anak korang suka. Mudah, jimat masa dan tenaga dan paling best tak perlu keluar rumah hanya untuk dapatkan sepasang kasut. Beli online jer! Kan senang tak perlu nak sakit kepala.
Siap boleh beli online. Senang. Bagus kasut ni dapat protect kaki dari sakit
ReplyDeletePallas memg dh lama.. Selesa sangat pakai.. Tahun ni blikan fariza kasut pallas juga.. Online.. Sennag ukur kaki.. Nasib saiz ok
ReplyDeletelejen kasut ni dari zaman kak sue sekolah lagi...
ReplyDelete