Ad

Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) covid-19 1 April 2020

Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Assalamualaikum ! pejam celik dah masuk Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan atau MCO sampena untuk pencegahan merebaknya virus covid-19 yang bertambah banyak  . Bagaimana dengan kalian selama 14 hari lepas di Fasa pertama PKP  ? Bosan atau masih ingkar dengan arahan ? Harap kita sama-sama untuk putuskan rantaian covid-19 di Malaysia ya... Untuk yang belum tahu , Kerajaan bagi peruntukan Percuma 1GB Data internet untuk digunakan selama tempoh PKP ni yang boleh dinikmati bermula 1 April - 14 April 2020 bermula 8 pagi sampai 6 petang dari telco Celcom , Maxis , Digi dan UMobile . Berikut Lisa sediakan Cara Tebus Internet Percuma Sepanjang PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Cara Mudah Tebus Internet Percuma Sepanjang Tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

Cara Tebus atau Memohon 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020 , 8 pagi hingga 6 petang setiap hari;-

1. CELCOM
- automatik terus masuk


2. DIGI
- tebus data ini melalui aplikasi MyDigi , atau secara manual di *128*88#
  • Bagi pelanggan Digi Prepaid, anda boleh klik pada “Get” di bahagian laman Box of Surprise pada aplikasi MyDigi.
  • Bagi pengguna Digi Postpaid, internet percuma boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi di bahagian MyDigi Rewards.
  • Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkannya dengan mendail kod UMB *128* 88#. Setelah selesai menebus, internet percuma ini akan diperbaharui secara automatik.
3. MAXIS ( Perlu Tebus Setiap Hari )
- tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option.
Bagi pelanggan Maxis, penebusan data internet percuma tidak diberikan secara automatik yang bermaksud anda perlu menebus secara harian.
Untuk menebus:
  • Pengguna Maxis Postpaid – Menerusi aplikasi Maxis, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass.
  • Untuk pelanggan Hotlink Postpaid & Fibre, anda akan menerima pas 30GB dengan tempoh sah 30 hari. Penebusan boleh dilakukan melalui aplikasi Maxis dengan cara klik pada Get More Data dan pilih FREE 30GB 30-Day Pass pada bahagian Time Based Pass. Hanya sekali penebusan boleh dilakukan sepanjang tempoh kawalan ini.
  • Pengguna Maxis Business Postpaid – Menerusi aplikasi Maxis Business, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass.
  • Pengguna Hotlink Postpaid – Menerusi aplikasi Hotlink Postpaid, klik pada Get More Data dan pilih FREE 1GB/Day Pass pada bahagian Time Based Pass.
  • Pengguna Hotlink Prepaid – Menerusi aplikasi Hotlink, klik pada Homepage Banner dan pilih FREE 1GB/Day Pass. Pas ini juga boleh ditebus melalui tab Shop.
    Masa penebusan bagi pelanggan Maxis Postpaid, Maxis Business Postpaid, Hotlink Postpaid adalah sepanjang hari manakala bagi pelanggan Hotlink Prepaid, penebusan boleh dilakukan bermula 6 pagi sehingga 6 petang.
4. UMOBILE
  • Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer
  • Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer
  • Data harian percuma ini boleh digunakan bagi semua pelanggan U Mobile iaitu pengguna prabayar, pascabayar dan jalur lebar. Akan tetapi ia tidak boleh digunakan oleh pengguna WeChat. Untuk mendapatkan 1GB data percuma tersebut, anda boleh menebus melalui aplikasi MyUMobile atau manual seperti diatas.
5. ONEXOX
Tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau USSD *150#.
Bagi pelanggan ONEXOX Prepaid, BLACK dan Nusantara Mobile, internet percuma boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#, pergi ke “[More]” dan pilih “Daily Free 1GB” serta tekan “Redeem Now”. NOTA : Penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dalam tempoh pemberian internet percuma ini. Setelah itu, 1GB percuma akan dikreditkan secara automatik pada hari-hari seterusnya.⁣ Bagi internet percuma yang tidak habis digunakan, ia akan dilupus selepas 6 petang secara harian.

6. TUNE TALK.
Hantar mesej taip STAYHOME dan hantar ke 2222.
Terlebih dahulu, pelanggan Tunetalk perlu memastikan akaun adalah aktif bagi menikmati tawaran ini. Untuk menebus, hanya perlu SMS STAYHOME dan hantar ke 2222. Kemudian, anda akan menerima notifikasi bagi setiap pengaktifan yang berjaya dan anda akan menerima internet 1GB secara automatik untuk setiap hari.
7. Unifi MOBILE 
  • Unifi mobile telah menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020.
  • Penawaran ini adalah buat pengguna Unifi Mobile Postpaid ( unifi mobile 99 , webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid ( unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).
  • Pengguna tidak perlu membuat penebusan kerana ia akan diaktifkan secara automatik .
  • Untuk langganan baru , pass ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan akaun .

8. REDONE
Automatik masuk , atau *123# dan pilih number 2 .

Nota : Perlu diingat ya untuk reedem atau tebus internet percuma ni number kalian semestinya harus active dan bukan kena sekat atau tarikh tempoh kredit dah mati .

Terma & Syarat - Pascabayar Semua talian aktif redONE yang mempunyai pelan data akan menerima data tambahan PERCUMA 1GB setiap hari daripada 8pagi – 6 petang sepanjang tempoh PKP. Data percuma ini akan diaktifkan secara automatik dan satu notifikasi SMS akan dihantar.Untuk pelan data yang baharu diaktifkan di bulan April, data tambahan 1GB setiap hari akan diaktifkan secara automatik bergantung baki hari tempoh PKP.
Untuk semak status anda, sila dail *123# → pilih 5 COVID-19:1GB → pilih 1 Check Status

Anda tidak akan menerima 1GB data percuma setiap hari jika status talian anda adalah: 1. disekat atau digantung, 2. Tiada Data ( NDATA)
Jika anda ingin menebus data PERCUMA, anda perlu: 1. Unbar talian anda atau 2. Unsuspend talian anda atau 3. Tukar data daripada NDATA ke PPU Dan, tebus data 1GB PERCUMA setiap hari dengan mendail *123# → pilih 2 Redeem
Nota Penting:
Semua pelan Machine to Machine (M2M) tidak layak untuk pelan ini.
Terma & Syarat - Prabayar
  • Semua talian aktif Prabayar redONE akan menerima tambahan 1GB sehari dari jam 8 pagi hingga 6 petang secara automatik sepanjang tempoh MCO. Data percuma akan diaktifkansecara automatik.
  • Untuk pelan yang baharu diaktifkan di bulan April, data tambahan 1GB setiap hari akan diaktifkan secara automatik bergantung baki hari tempoh PKP.
  • Anda tidak akan menerima 1GB data percuma setiap hari jika status talian anda adalah disekat atau digantung.
9. YooDo
  • Lain daripada telco lain , YooDO menarik dengan tawaran penggunaan data percuma yang boleh digunakan tanpa had dan boleh digunakan sepanjang hari. 
  • Data percuma ini adalah bermula 30Mac sehingga 14 April 2020 buat akaun yang masih aktif dan akan dimasukkan kedalam akaun secara automatik. 
  • Data percuma ini akan ditambah pada baki sedia ada .
  • Seabgai contoh jika baki anda ada 5GB , YooDo akan tambah 1GB menjadikannya 6GB apabila menerima data percuma itu .
  • Data yang tidak habis digunakan juga boleh dikumpul dan gunakan bila-bila masa sehingga pelan anda luput . 

Hari pertama untuk tebus Data percuma ni difahamkan yang pengguna Digi dan Umobile mengalami masalah ,ianya mungkin sebab ramai yang nak tabus jadi trafik sesak .Esok sila cuba lagi ya :)

Apepun semoga Covid-19 ni cepat dapat vaksin , untuk korang juga jangan lupa jaga kebersihan , Social Distance dan jangan lupa #DudukRUMAH ! Tak lupa juga Terimakasih untuk jasa para Frontliner Semoga dipermudahkan urusan !
#StayIn #StayHome #StaySafe #StayHealthy . 
1
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo