Ad

Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut

Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut

Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut

Assalamualaikum ! Pernah dengar LATOK ? makanan yang terkenal di sabah , sejenis rumpai laut atau mungkin lebih kurang anggur laut sebab bentuknya seperti anggur. Sering mendengar kawan ramai tulis caption rindu nak makan Latok ... tu yang buat Lisa teringin nak cuba la juga . Yela duduk semenanjung mana nak dapat Latok yang hanya ada di Sabah ni . Finally dapatla juga merasa lepas ada orang open order di Facebook dan diforwardkan sampai ke Lisa. Pertama Kali Makan LATOK - Anggur Laut .  Sedap ke Latok ni ?


LATOK ( ANGGUR LAUT ) 


Teruja weih pertama kali nak cuba latok ni . Ada kawan yang 'geli' nengoknya sebab rupa latok ni biji-biji kecil gitu dan dalam ada air masin . Tapi sebab makanan ni 'rare' , teringin nak cuba juga . Sebelum nak makan korang kena basuh dulu ye , takut ada cacing atau pumpun yang melekat hahaa  , basuh dan tos-kan . Basuh yang mana nak makan je , jangan korang basuh semua pula nanti cepat lembik dan busuk kalau dah cuci lepastu tak makan. Juga , latok ni tak boleh simpan di peti sejuk . Lepas basuh latok tu korang cicahla dengan sambal asam dia , atau letak cili ke .. buat kerabu ke. Haa ada macam-macam cara nak makannya . 



CARA MAKAN LATOK :



Basuh mana yang nak makan sahaja , mana yang tak makan lagi letak dalam tapis sahaja. Jangan masukkan dalam peti sejuk . Jangan kena air nanti rosak latok . Letak kat tapis luar je .
Cara buat pencicah  pencicah cara makan latok style sabahan cili padi,air suam,limau kasturi garam sikit & aji (air lada putih) 😋😋😋

Latok boleh buat kerabu kering, potong bawang,cili,perahan limau kasturi,mangga totok 😋😋😋 + ikan bakar nyummy ikut selera masing².



REVIEW LISA ;

Latok ni rasa masin , yelah sebab anggur laut dah hidup pun di laut masin ler jadinya. Makan dengan air asam baru sedap . Sedap sangat tu taklah ( untuk lidah Lisa ) , just bolehla.. mungkin sebab Lisa bukan jenis yang suka makan masin . Rasa masin tu masih terasa walaupun dah makan dengan air asam . Hahaha . Mungkin inila pertama dan kali terakhir makan latok. Oh ya sekarang ni latok dah senang di dapat di semenanjung ,walaupun still kena pre-order hehe.

Korang dah rasa atau belum ? 


4
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo