Memory 2019 , AYAH
Kali ni aku nak tulis tentang artikel peribadi pula. Inginku coretkan kisah yang suka duka sepanjang tahun 2019 untuk ingatan dihari akan datang , mungkin dihari tua nanti . Tahun yang paling mencabar , ujian yang datang bertalu-talu. Hampir rebah , tahun dimana aku jatuh tersungkur dan mencuba kumpulkan semula kekuatan dalam diri .
2019 was a hard year , The BIGEST LOSS in my life ...
Wiped my own tears and survived.
I am ready to close my book...
AYAH 2 JUNE 2019
Bulan June 2019 , sehari sebelum raya.. ayah tiba-tiba sakit . Mengadu sakit perut , perut ayah membesar dan keras .. Perwatakan ayah sejenis kurus berat pon sama macama ku , 46kg sahaja. Melihat ayah tiba-tiba mengadu sakit .., cepat kami panggil doktor datang rumah untuk tengok keadaan ayah . Lepas doc. periksa , dia sugest terus bawa pergi hospital ( tak diberitahu lagi penyakit apa ) . Dan kami larikan ayah ke hospital . Doc. terus larikan untuk scan , ayah kena operation potong usus (2 hari lepas tu sebab tak cukup doc bius .. (raya dan ramai pula orang sakit ) nak dirujuk ke hospital pakar .. dah call tapi tiada katil pula.
Akhirnya dilarikan ke hospital pakar lain yang baru dan lebih besar walaupun agak jauh ( 3 jam perjalanan ) dan terus dibawa ambulance ke sana . Sepanjang perjalanan ayah mengadu sakit dan tak lekang sebut " allah.. allah.. allah ... " , kamipun tak putus berdoa semoga ayah cepat sembuh . Sampai disana , sekalilagi checkup untuk tahu keadaan ayah boleh ke tak untuk operation . Lebih mengejutkan yang bukan hanya nak potong usus , tapi buah pinggang pon kena buang , lepas tu operation Inguinal Hernia . Paru-paru ada masalah , bacaan darah pon tinggi .. Allah.. Besar sungguh ujian ini .. antara 50:50 untuk succes atau fail.
Day-5
Ayah dah buka mata
Kronologi : Ayah jenis yang selalu tahan sakit , kencing pon selalu tahan-tahan . Lepas dah kena angin pasang tu ayah tetap cakap " takpe.. angin tua je " . Semakin membesar sel hernia tu... usus ayah dah bernanah sebab jangkitan dan tersepit dengan buah pinggang , buah pinggang ayah pula dah kerja terlalu berat dan kemudian harus dibuang .
Dalam sehari tu ayah kena bedah 3 kali pembedahan . Lepas operate tu masih belum tahu keputusan sama ada ayah akan sedar semula atau sebaliknya . Doktor bagi keputusan 50:50 , wayar merata diseluruh tubuh ayah .. bantuan pernafasan dengan menggunakan mesin . Ayah koma .. 4 hari.
Aku ambil cuti sebulan untuk jaga ayah , dan uruskan hal hospital , nasib baik ada insurance .
Mandikan ayah , tukar pampers , suap makan , suap makan ubat .. check suhu badan . Tengok kan3 tempat jahitan di perut ayah.
Dua minggu tu ayah tak bercakap , tak keluar suara. Doctor cakap kesan ubat bius. dah sebulan berlalu barula ayah boleh bersuara. Alhamdulillah.. luka dijahitan pun hmpir kering .. 3-4 kali checkup , tolak ayah atas kerusi roda . Dukung dia naik ke atas katil.. pengalaman berharga dan cukup bahagia sebab dapat membalas jasa walaupun tak sebesar mana .
Alhamdulillah Ayah masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan semula.
Lepas sebulan ayah sakit... Mak pula tiba-tiba....
( Memory 2019 . eMak... rehatlah dengan tenang .. )
sabar yer lisa...
ReplyDelete