Ad

Cara Senang Beli Tiket Murah Emirates Airline

Cara Senang Beli Tiket Murah Emirates Airline

Kita hidup dalam dunia tiada sempadan sekarang ni kan, dengan internet kita boleh berhubung ke seluruh dunia. Dengan internet jugak kita dapat selesaikan banyak dari urusan kita especially kepada yang suka melancong kalau nak buat booking online. Lisa nak share dengan korang cara-cara camne nak buat booking online flight tiket dengan harga yang sangat puas hati dan murah. Ada caranya yang penting kena ada skill nak online ni kan. Hehehe. Jadi Lisa nak citer sikit kat korang cara senang beli tiket murah Emirates Airline , cheapest flights to Hong Kong guna Traveloka.  So guys be prepared to be fascinate by this article. Hehe.


Cara Booking Tiket Murah Emirates 

Tiket murah ni sebenarnya ada cara dia nak dapatkan, first sekali korang kena pergi ke web Traveloka atau appsnya untuk book Emirates flights online. First sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan, and suggestion aku korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang best. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain lak. Dia kluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Siapa sebenarnya Emirates Airlines ni kan? Diorang ni famous sebenarnya sebab diorang dari Emirates group and ada sponsor a few club bolasepak gergasi dunia. Diorang asal dari Dubai, UAE and sala satu leading airlines yang ada inflight entertainment yang terbaik. Dia ada 3 jenis class seating iaitu Economy, Business dan first class. Ikut korang la nak yang mana sebab kesemuanya sangat selesa. Yang penting bajet korang lebih rendah dari sebelum ni.

traveloka


Persembahan “A Symphony of Lights” mencipta rekod yang tersendiri bila disenaraikan di dalam Guinness Book of World Records sebagai persembahan lampu terbesar di dunia. Ada sebanyak 45 bangunan pencakar langit sepanjang Skyline Hong Kong and every bangunan akan ada lampu laser ke arah Victoria Harbor siap ada muzik sekali. Pertunjukan ini diadakan setiap hari pada pukul 8 malam selagi takde amaran taufan dan berlangsung selama 14 minit. Korang disarankan untuk datang lebih awal supaya dapat memilih sudut yang baik untuk mengambil gambar dan tengok pertunjukkan tersebut. Persembahan lampu diiringi dengan muzik ini amat memukau hati setiap pengunjung. Saya cadangkan para pelancong yang ke Hong Kong jangan lepaskan peluang korang untuk menikmati sendiri persembahan ini. Ia pasti membuatkan korang teruja tengok keindahan cahaya-cahaya lampu pada setiap banggunan yang terpancar sambil diiringi dengan alunan muzik.



Tempat menarik di Hong Kong yang seterusnya ialah Victoria Peak & Madame Tussauds. Victoria Peak merupakan tempat terbaik untuk pelancong menikmati view bandar Hong Kong secara menyeluruh dari atas. Dengan ketinggian 554 meter di atas paras laut, Victoria Peak merupakan puncak tertinggi di Hong Kong. View yang sangat indah ini menjadikan Victoria Peak sebagai tempat tumpuan pelancong. Pada waktu siang, korang akan terpukau tengok deretan bangunan pencakar langit, bukit-bukau serta Victoria Harbour. Pada waktu malam keindahan viewnya diserikan lagi dengan cahaya lampu pada setiap banggunan tersebut.

Madame Tussauds adalah sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin orang-orang terkenal di dunia ini. Pengasas Madame thousand (1761-1850) adalah seorang artist terkenal di Perancis dan seluruh dunia. Disneyland merupakan tempat yang wajib korang kunjungi ketika melancong di Hong Kong. Apabila berada di sana, korang seolah-oleh berada di dunia khayalan apabila ditemani dengan Mickey Mouse dan rakan-rakan Disney yang lain. The Star Ferry merupakan feri yang menghubungkan pulau Hong Kong dengan semenanjung Kowloon yang terletak di tanah besar China. Walau pun pulau dan tanah besar itu kini telah dihubungkan dengan terowong bawah tanah, namun perkhidmatan feri tersebut masih lagi berjalan seperti biasa. Apabila melancong di Hong Kong, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman menaiki feri tersebut. Korang boleh menikmati view Hong Kong yang awesome.

Rindu Yang Tak Terucap , Mak...


Rindu Yang Tak Terucap , Mak...

Rindu Mak...
Hanya Allah yang tahu perasaanku saat ini. 
Ya Allah,,, pertemukanlah aku dengan mak dalam mimpi malam ini. Sekalipun hanya mimpi , itu dah lebih dari cukup. 
Biarkan aku memeluk Mak , tidur dalam riba mak.. dan melihat senyumannya seperti aku bermimpi tempoh hari . :-)
Rindu yang tak terucap dengan kata-kata ...Mak,,

Mak ... tenanglah disana . Allah dah angkat sakit Mak..
Dah tak perlu risau sakit kepala lagi .
Tenanglah mak dan berehatlah diSyurga,,

Aku kuat Mak... InsyaAllah..
Dah,, jangan risaukan anak mak yang sorang ni lagi ye.. 
Seperti biasa .. Anak mak ni akan sentiasa ingat pesan mak ..
Makan On Time , Tidur On TIme ... Jaga Kesihatan , Lau sakit.. Adik akan makan ubat. 

Jangan Risau tentang ayah ,, Adik akan jaga ayah .
Ayah dah sihat sekarang lepas operate tempoh hari , dah boleh jalan, makan , mandi , luka bekas jahitan pun dah pulih ... Mak Happy kan dengar ayah sembuh dan sihat? ('',) 

Selamat malam Mak... Dah 12 Malam , taknak buat mak risau ... Esok sambung lagi ye.. 
Adik sayang mak ;') 

Al-Fatihah Mak...

HIMALAYA Joint Wellnes dan Bowel Wellnes Untuk Kesihatan Badan

HIMALAYA Joint Wellnes dan Bowel Wellnes Untuk Kesihatan Badan 

Assalamualaikum ! Pernah dengar Himalaya ? nama ini dah tak asing lagi ditelinga. Dulu bermula dari skincare, produk untuk kesihatan badan  , sampailah suplement untuk kucing Lisa .. Ha... banyak gila produk Himalaya ni , baru ni Lisa konsume HIMALAYA Joint Wellnes dan Bowel Wellnes Untuk Kesihatan Badan pula.  Badan nak digunapakai lama.. tu kena jaga juga kan .



HIMALAYA JOINT WELLNESS MELEGAKAN SENDI 

Lately ni Lisa super duper busy dan penat tak terkata la , sakit badan sakit jiwa ,, sakit fikiran. Ehh ! Badan pon dah mula rasa lenguh dan sakit. Lisa memang ada masalah sikit dengan sendi ni , banyak guna komputer dan keyboard la kan.. sebab tu tangan kanan ni asyik lenguh je . Lisa dah amalkan makan 1-2 tablet sehari ni lepas makan setiap hari . Sakit lenguh lengan pon dah berkurangan . Boleh dah mula nak buat kerja macam biasa lagi . 


Khasiat Joint wellness:
- mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- menindas kesakitan sendi
1-2 tablet dua kali sehari



Himalaya Bowel Wellness untuk pencernaan. 

Satu lagi masalah Lisa , susah nak membuang . Padahal dulu elok je pencernaan Lisa ni... tapi  , semenjak arwah mak dah takde dah kurang juga selera makan. Makan pon dah tak menentu , tu yang buat pencernaan terganggu. Nak membuang memang susah dan jarang la. Nasib ada Himalaya Bowel Wellness ni , dah tiada rasa sembelit . Boleh membuang secara rutin setiap hari . Fuhh lega...  1 tablet selepas makan , sehari dua kali .
Dulu Lisa jenis suka minum ice Latte atau Nes untuk mudahkan buang air besar , tapi kalau minum hari-hari, tak bagus pula untuk badan dan gigi...lebih-lebih  perempuan . Bertukarlah Lisa ke Himalaya Bowel Wellness .

Khasiat Himalaya Bowel Wellness :  
- melegakan perasaan sembelit
- membantu aliran usus normal
- menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus

1-2 tablet dua kali sehari selepas makan . 


REVIEW LISA 

Himalaya Joint Wellness dan Bowel Wellness ni berbentuk kapsul , senang nak telan dan dibawa kemana-mana . Berkesan weih... Lisa dah try sendiri . Nak cepat berkesan makan rutin dan ikut jadual ya , jangan lupa amalkan hidup sihat hehee. Harga pon reasonable weh , tak koyak poket ... Selain luaran , dalaman badan juga kena sihat dan cantik . Badan bukan nak dipakai buang ..




Produk HIMALAYA ni boleh didapati disemua butik Himalaya yang terdekat ditempat korang , atau kalau takde.. boleh cari di drugstore ..watsons . Nak lagi senang ? klik klik je di Shopee. 


© all rights reserved
made with by templateszoo