Ad

Buying a home VS renting a home

Buying a home VS renting a home 

Although having home ownership can be a fulfilling wish, or milestone, it requires a huge sum and is a long term commitment that not everyone can commit to. Moreover, more people are jumping into the property investment bandwagon, hoping to earn or profit from property investment. Buying a home on your own can be a really exciting milestone in your life. However, buying a home can be expensive, and unaffordable, especially for young working adults who have just started working. Make sure you use the home loan calculator Malaysia to check if your affordability before you decide on whether to buy a house or rent a house. Fret not, this article will guide you through whether to buy a home or rent a home in Malaysia. 

Buying a home

1. Greater privacy

You get to enjoy greater privacy. As the house belongs to you, you get to have the whole place to yourself without worrying about invading spaces, or privacy. You need not to worry about sharing spaces with strangers or losing your privacy. Furthermore, you get to decide how things should be done the way you prefer at your own house. There is no need to worry about other people’s preferences or having someone telling you off. Most importantly, you will not need to deal with messy or dirty housemates. Great for those who have Obsessive Compulsive Disorder as you can always clean or design your house to your preferences and timing. 

2. Avoid unreasonable landlords

One of the most frustrating problems with renting a house is dealing with unreasonable landlord. Of course, there is nice and reasonable landlord too, that is if you are lucky. However, if you are unlucky, your landlord will be your biggest nightmare throughout your tenancy. Having a house on your own will save you from dealing with unreasonable landlord. 

3. In control

You are in control of everything at home. Literally everything. From the design of the house, to cleaning schedule and so on. You do not need to find time and spare time to fit the owner’s timing on when to clean the house or renovate the house. Furthermore, you are in charge of when you want to fix the house’s problem, instead of waiting for the landlord to fix it. In addition, owning a house also means you get to decide how you want to design or decorate the house. Most importantly, there is no need to fight for the bathroom or kitchen when you need them. 

Renting a home

1. Landlord deals with maintenance and repairing costs

If you are financially tight, renting a house is definitely more suitable for you. This is because the landlord will be the one to bear all maintenance and repairing costs. For example, you will not need to fix the clogged drains, faulty electrical appliances, water leakage and so on. It is your landlord’s responsibility to fix whatever that is faulty or not functioning in the house. That being said, you get to save on maintenance and repairing costs, unless you cause the damage. 

2. Lesser commitment

Renting a house also means you have lesser commitment as compared to owning a house, as you do not need to replay the mortgage loan. Renting a house will only require you to find the right house to rent, contact the landlord, sign the tenancy agreement, pay monthly rental and that is it. You do not need to worry about down payment, stamp duties fees and monthly mortgage repayment. In addition, should you dislike the house or find better deal, you get to leave the house after the tenancy ends as this is not a long term commitment. Other than that, you do not need to worry about value depreciating for the house. 

3. Low upfront costs

Buying a house requires higher upfront costs  as you need to pay the down payment and stamp duties fees and so on. You will also need a huge amount for renovation and purchasing of house furniture. After that, you will also need to pay for monthly mortgage repayment. Therefore, renting a house is more affordable as it has lower upfront costs as compared to buying a house. As you are only renting a house, all you need to do is find the right house that suits your budget and preference. 

In a nutshell, buying a home or renting a home comes with its sets of pros and cons. Owning a house gives you a home ownership, However, if you are not looking for home ownership, and your budget is tight, renting a house would suffice. At the end of the day, it still boils down to personal preferences and also your financial situation. Make sure you stay within your budget. Buying a house and owning one can be exciting, but not when you have other commitments lining up. In addition, before diving into the decades long investment, or commitment, you will need to study the property market thoroughly before you sign the documents and buy that property. You definitely do not want to end up regretting. 

Tips Elakkan Pembaziran di Bulan Ramadan


Tips Elakkan Pembaziran di Bulan Ramadan


Tanpa terasa dah lebih dua minggu kita berpuasa. .Bulan ini mengajar kesabaran, kesopanan, dan kerohanian, oleh itu, penting untuk menjadi waspada dan ingat yang korang sedang menabung untuk musim perayaan dan merancang perbelanjaan untuk jangka masa yang penting. Bulan puasa ni la perbelanjaan cenderung meningkat dari bulan biasa. Jangan lepas raya nanti gigit jari tunggu gaji !  Berikut adalah beberapa Tips Elakkan Pembaziran di Bulan Ramadan. 


1- Rancang Perbelanjaan.

Rancang membeli belanjawan Ramadan kira-kira dua minggu sebelum permulaan bulan suci. Buat senarai sehari-hari dan barang-barang pukal itu anda perlukan sepanjang bulan.Elakkan membeli barang-barang yang tidak ada dalam senarai bila korang pergi ke kedai. Dengan buat senarai ini bukan je buat korang terikat tetapi juga tak lupa untuk beli  barangan yang diperlukan. Kalau terlupa nanti kena patah balik beli semula.. dah bazir masa , tenaga dan minyak pula . 


2- Beli Makanan Iftar secukupnya . 

Kebiasaan pembaziran di bazar ramadhan ni memang selalu terjadi . Masa sampai di bazar makanan , rambang mata dan terrgoda nak beli banyak makanan . Lepas tu tak habis dimakan ! Huh dah jadi membazir kan .


CONTOH : Sekiranya nak beli makanan untuk sendiri, hadkan perbelanjaan ke bawah RM15, jika mungkin, kurang. Korang juga boleh bawa RM15 untuk elak pecah anggaran tadi . Selalunya kecenderungan untuk berbelanja lebih banyak apabila perut lapar. Jadi korang boleh rancang  dengan bijak tentang apa yang diperlukan untuk elak dari pembaziran kemudian.

3. Beli Barangan Persiapan Raya Semasa ada SALE / DISKAUN .

 Menjelang raya mesti teringin nak beli baju raya , kasut raya , beg baru , dan perlengkapan raya lainnya . Lisa pernah tanya haritu di butik dalam mall, ketika raya ni memang biasanya model terbaru dan tak da SALE . Harga pun boleh tahan mahal walaupun beli di uptown je . Nah.. apakata korang beli je di website online seperti Lazada , atau Shopee . Bukan hanya baju je , Beg , tudung , perabot rumah , langsir  sofa baru, karpet baru, cawan baru dan lain-lain.... dan harga lebih jimat menggunakan Lazada Voucher . Macam baju raya ni Lisa beli serendah RM50 je di Lazada .. cantik dan harga berbaloi bukan :D .  



4. Buat Biskut Raya Sendiri

Yang ni Lisa la biasanya beli biskut tunjuk je , biskut beli di pasaraya tinggal tunjuk dan bayar je hihihi. Tahun ini nak berjimat dan kurangkan bajet la.. biskut raya tahun ni nak buat sendiri . Lisa share satu resepi yang senang  : Resepi Biskut Kacang Almond; Krunchy Karamel Almond , Bahan pun sikit sahaja , cara pembuatan biskut kacang almond yang mudah. Oven haritu Lisa beli online je gunakan Shopee promo code , jadi boleh dapat harga yang murah .


Bahan-bahan Biskut Kacang Almond (Krunchy Karamel Almond)
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Cara memasak ;

  • Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
  • Satukan semua bahan dalam bekas
  • Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
  • Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
  • Panaskan oven pada suhu 160C
  • Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
  • Bakar dalam oven selama 10 minit
  • Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
  • Simpan dalam bekas kedap udara.


5. DIY SAMPUL RAYA

Selain baju raya, kuih raya, dan juadah raya, duit raya juga salah satu perkara yang dinanti-nantikan semasa menyambut Hari Raya nanti terutama sekali golongan kanak-kanak. Kalau tak bagi duit raya, mesti ada yang bermasam muka. Biasanya sampul raya boleh dapat di Bank-bank atau beli di kedai . Tapi kalau korang nak lebih spesial dan jimat .. apakata korang DIY sampul raya sendiri . Senang je lah

Bahan-Bahan

  • Kertas pembalut hadiah (beli je kat mana-mana yang korang rasa paling murah. Beli satu packet terus. Kalau beli satu-satu mahal. Satu packet ada 10 keping rate harga RM4-7 je) 
  • Pisau
  • Gam

CARA DIY SAMPUL RAYA 

  1. Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian.
  2. Haa dah elok sama boleh la potong. Jadi la 4 keping.
  3. Ok ni pula lipat kepada 3 bahagian. Make sure sama ye. Then potong. Jadi 3 keping , 3×4= total dah 12 kan. So dapat 12 keping sampul raya. Ngam ngam je tak membazir.
  4. Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecil je macam dalam gambar. Then lipat macam gambar sebelah tu.
  5. Ok yang bahagian atas tu potong sikit. Pandai-pandai la kemaskan nak lipat jadikan penutup.
  6. Dah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik.
Ini sahaja yang dapat Lisa kongsikan sempena bulan Ramadan kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kereta Sewa Di Kota Kinabalu

Ingin bercuti dalam suasana yang aman dan cantik bagaikan sedang berada di luar negara tetapi bajet tidak cukup? Apakata jika anda ke Kota Kinabalu, Sabah. Di Kota Kinabalu anda akan merasai pengalaman bagaikan sedang berada di negara yang lain. Di Kota Kinabalu juga anda akan dapat menikmati suasana percutian yang sangat indah dan mendamaikan. Ini kerana di Kota Kinabalu, Sabah ada segala keindahan dan kemudahan yang sesuai untuk anda serta keluarga.


Keindahan Kota Kinabalu yang sangat menawan hati sudah meluas hingga ke tahap antarabangsa. Saban tahun terlalu ramai pelancong dari negara luar akan masuk ke Malaysia demi untuk menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu Sabah ini. Kelebihan utama tatkala bercuti ke Kota Kinabalu adalah pada lokasinya yang pelbagai dari gunung ganang yang cantik dengan suhu yang sejuk sehinggalah pada pantai yang cantik dengan pasir yang memutih.

Maka adalah satu keputusan yang bijak untuk anda meluangkan masa melancong ke Kota Kinabalu dengan jumlah bajet yang sepatutnya tanpa perlu berbelanja lebih demi untuk ke negara yang lain. Terokailah Malaysia dulu kerana di Malaysia masih ada banyak tempat cantik dan menarik yang patut anda terokai.

Elok Gunakan Servis Kereta Sewa Kota Kinabalu Untuk Percutian Yang Lebih Menyeronokkan 


Jika anda ke Sabah, suka untuk dinasihatkan supaya anda mengambil perkhidmatan sewa kereta kota kinabalu yang diusahakan oleh penyewa kereta sewa Kota Kinabalu oleh pihak tempatan. Ini untuk memudahkan lagi anda bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi semasa dalam tempoh percutian tersebut. Lagi pula, Sabah bukannya sebuah negeri yang kecil. Jarak di antara satu destinasi dengan satu destinasi agak jauh juga.

Maka untuk menjimatkan lagi kos percutian anda itu, adalah lebih bijak jika anda menyewa kereta daripada terus menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi dan sebagainya. Dengan menyewa kereta sewa Kota Kinabalu ini juga, anda akan lebih bebas bergerak mengikut jadual masa anda sendiri untuk menikmati percutian yang lebih menyeronokkan. Antara pihak yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan servis kereta sewa Kota Kinabalu Sabah ini adalah N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd. 



Kelebihan Utama N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd 


- Menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan pakej pelancongan di Kota Kinabalu Sabah.

- Mempunyai pelbagai jenis kereta pilihan dari kereta kompak, sedan, MPV, SUV, 4WD, van dan juga bas

- Menawarkan perkhidmatan kepada syarikat koporat dan agensi kerajaan samada untuk sewaan hari mahupun bulanan.

- 100% syarikat milik bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Kementerian kewangan Malaysia.

Mari Pilih Mana-Mana Kenderaan Untuk Di Sewa Mengikut Kesesuaian Anda


Di N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini anda boleh menyewa mana-mana kereta yang anda rasakan sesuai. Jika anda mahu bercuti hanya dengan pasangan untuk melalui detik bulan madu di Sabah, anda boleh dapatkan kereta yang sesuai untuk naik berdua. Jika anda sedang bercuti bersama rakan-rakan dan ahli keluarga yang agak ramai, maka anda bolehlah menyewa kenderaan yang boleh menampung ahli rombongan yang agak ramai itu. Terdapat banyak jenis kenderaan yang disediakan samada dari jenama tempatan mahupun antarabangsa.


Antara kereta jenama tempatan yang paling mendapat sambutan adalah MyVi, Axia, Alza, Saga, Bezza dan sebagainya. Kereta keluaran luar negara seperti Vios, Avanza, dan Innova juga turut mendapat sambutan hangat. Tidak hanya itu, kereta yang berunsur mewah seperti Vellfire dan Fortuner juga ada. Mana-mana kereta yang anda rasakan sesuai dengan keperibadian dan bajet , anda bolehlah menempahnya dengan segera.



Jika anda mahukan kereta yang tahan lasak atau inginkan sebuah kenderaan untuk mengisi pelbagai barangan yang agak besarseperti khemah dan sebagainya, anda boleh menyewa pacuan empat roda seperti Hilux Revo. Hilux Revo ini sangat bersesuaian dengan anda yang inginkan sebuah percutian dalam bentuk yang lebih lasak dengan pelbagai aktiviti outdoor seperti memanjat gunung dan sebagainya.

Kereta Sewa Yang Disediakan Sentiasa Dipastikan Berada Dalam Keadaan Yang Baik Setiap Masa


Setiap kereta yang disediakan untuk tujuan penyewaan akan diperiksa setiap masa dari segi tayar, enjin dan keseluruhan kereta. Ini bagi memastikan kereta tersebut sentiasa di dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan oleh para penyewa. Tidak hanya itu, setiap kereta juga akan dipastikan sentiasa diperiksa secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pusat servis kereta yang boleh dipercayai mengikut model kereta itu sendiri.

Kebersihan Turut Diutamakan Untuk Keselesaan Para Penyewa Seperti Anda


N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd tidak hanya mementingkan unsur keselamatan tetapi juga unsur kebersihan. Kerana itu setiap kali selepas digunakan oleh mana-mana penyewa, pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd akan segera membersihkannya dari luar hingga dalam untuk terus bersedia bagi penyewa yang berikutnya. Ini bagi memastikan semua bakal penyewa akan dapat menerima kenderaan sewaan masing-masing dalam keadaan yang amat memuaskan.



Setiap kereta sentiasa di jaga rapi. Kondisi kereta yang ada juga masih lagi kelihatan seakan baru. Tahap penjagaan ini secara tidak langsung dapat mempamerkan tahap kesungguhan pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd terhadap para pelanggan. Meskipun tampak biasa tetapi kesungguhan pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd menjaga kenderaan mereka sebelum di beri kepada pelanggan yang seterusnya ini memang patut di puji. Biarlah siapa penyewa yang akan menerima kereta tersebut yang penting semuanya akan dapat menerima kenderaan sewaan masing-masing dalam keadaan penuh bersedia sebagai tanda selamat datang dan terima kasih.

Harga Paling Berpatutan Menjadi Kelebihan Utama N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd


Kelebihan utama lain yang patut dijadikan alasan mengapa anda perlu memilih N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah pada harganya. Percaya ataupun tidak, harga yang ditawarkan oleh pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd untuk anda menyewa kereta hanyalah bermula daripada RM56 sehari sahaja! Murah! Tersangat murah!


Dengan harga yang bermula dari RM56 sehari begini, pastinya anda akan dapat memenuhi impian sendiri untuk bercuti dalam suasana yang penuh mengembirakan. Meskipun harga sewanya murah tetapi anda tidak perlu risau kerana dari segi kondisi kereta sebagaimana yang telah dinyatakan tadi sangat tip top dan terbaik. Kereta seakan baru dengan tahap kebersihan yang sepatutnya di tambah dengan harga yang murah adalah satu bonus tatkala sedang bercuti. Betapa seronoknya jika dapat melancong di tempat yang cantik dalam suasana yang mendamaikan bersama teman percutian yang amat disayangi.


Harga berbeza mengikut tempahan harian, mingguan dan juga bulanan.Terus dapat diskaun untuk tempahan 3 hingga 6 hari sewaan. Bayaran deposit sahaja yang akan dikenakan. Sebagai contoh untuk Perodua Axia, anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM50 sahaja dan selebihnya anda boleh bayar di sana nanti.

Tempahan Boleh Dibuat Secara Terus Melalui Online Untuk Memudahkan Lagi Urusan Pelanggan


Semua kereta sewa di kota kinabalu  yang ada pada N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini boleh di sewa secara terus melalui secara online menerusi laman web utama mereka. Cara begini sememangnya amat memudahkan para pelanggan. Hanya perlu klik-klik dengan hujung jari saja terus boleh siap tempah. Dengan adanya cara ini, pelanggan tidak perlu lagi membuang masa untuk menelefon pemilik kereta sewa hanya untuk bertanya sama ada kereta tersebut masih ada kekosongan ataupun tidak.


Ketika membuat tempahan itu juga, segala info akan dipaparkan secara terperinci seperti tarikh kekosongan, harga sebelum diskaun, harga selepas diskaun, tetapan lokasi untuk menerima kereta, cara pembayaran tempahan dan sebagainya. Dengan cara ini ternyata jauh lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding dengan cara lama yang memerlukan komunikasi secara langsung terlebih dulu sebelum boleh membuat apa-apa tempahan.




Begitulah konsep tempahan kereta sewa Kota Kinabalu yang disediakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini. Konsep yang digunakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini lebih kurang sama untuk menempah mana-mana tiket penerbangan. Hanya perlu tempah secara online dan semuanya akan terus ready pada tarikh yang dikehendaki. 


Diskaun Turut Diberikan Untuk Sewaan Dalam Jangka Masa Yang Panjang


Kereta sewa Kota Kinabalu milik N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd tidak hanya boleh di sewa dalam jangka masa yang singkat. Kereta sewa N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini turut boleh di sewa dalam jangka masa yang panjang sehingga seminggu mahupun sebulan. Jika anda berniat untuk menyewa dengan jumlah 3 hari dan ke atas, anda akan di beri tawaran diskaun dari 5% sehingga ke 50% dari harga sebenar yang perlu di bayar.


Bagi anda yang memang berhajat untuk berada di Kota Kinabalu Sabah dengan tujuan yang lain dari bercuti, anda bolehlah mendapatkan kereta untuk kegunaan selama berada di sana dengan harga yang amat menguntungkan ini. Sebagai contoh untuk kumpulan Hujan yang turut pernah menggunakan servis dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini semasa berada di Likas Sabah pada bulan April 2018 yang lalu bersempena dengan program #kitaokbah.

Tempahan Boleh Dibayar Menggunakan Debit Kad dan Kredit Kad Secara Atas Talian


Servis tempahan secara atas talian ini turut merangkumi beberapa pilihan pembayaran. Jenis pembayaran ini boleh dipilih sendiri oleh bakal penyewa. Antara jenis servis pembayaran yang telah disediakan adalah seperti Credit Card (Visa or MasterCard)  dan juga Online Banking ( Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, BIMB, Public Bank ) dan sebagainya. Mudah bukan?


Kereta Yang Disewa Sedia Menunggu Sebaik Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu


Setelah membuat tempahan, apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu hari yang sepatutnya itu tiba. Jika anda menetapkan di dalam lamanweb semasa membuat tempahan untuk menerima kenderaan sewa tersebut di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, maka kenderaan yang telah anda tempah itu akan sedia menunggu di lapangan terbang tersebut.

Bayangkan, sebaik saja mendarat telah ada kenderaan yang sedia menanti tanpa perlu anda bersusah payah membuang masa mencari kenderaan sewa seperti kebiasaan yang dulu lagi. Jangan bimbang kerana pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd akan setia menunggu kedatangan anda sebagaimana yang telah dijanjikan.


Sekiranya anda akan terus ke hotel ataupun mana-mana tempat penginapan secara terus dari lapangan terbang, anda boleh meminta jasa baik pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd untuk menghantarnya secara terus ke alamat tempat di mana anda akan menginap. Yang penting, anda perlu memberitahu lokasi yang tepat di mana perlu di hantar kenderaan yang anda pilih itu dengan tepat semasa membuat tempahan.


Lokasi di mana ingin memulangkan kenderaan juga boleh ditetapkan. Jika anda dari semenanjung maka cara yang paling baik untuk memulangkannya sudah semestinya di lapangan terbang Kota Kinabalu. Dengan cara ini anda tidaklah terkejar-kejar masa dan bersusah payah untuk mencari pengangkutan lain untuk ke lapangan terbang melainkan jika memang sudah ada servis penghantaran secara terus dari hotel sehingga ke terminal pelepasan.

Sebahagian Daripada Pelanggan Yang Telah Menggunakan Khidmat N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd


Inilah sebahagian daripada para pelanggan yang telah pernah menggunakan perkhidmatan daripada pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd. Masing-masing nampaknya amat teruja dan gembira dengan kereta sewa Kota Kinabalu pilihan masing-masing. Tidak hanya pelancong tempatan malah pelancong dari luar negara juga. Kebanyakan pelancong dari luar negara ini





Kepuasan Pelanggan Senantiasa Menjadi Keutamaan N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd






Ramai Artis Tanahair Turut Menggunakan Kereta Dari Milik N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd


Disebabkan keadaan kereta yang sangat baik dengan kondisinya yang sangat bersih telah menyebabkan ramai artis tanahair turut sama menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini. Antara artis tanahair yang paling kerap menggunakan servis dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd ini adalah Noh Hujan. Tahap puashati beliau bukan setakat menggunakannya sahaja sebaliknya turut mengesyorkan servis yang bagus itu kepada pihak yang lain tanpa sebarang rasa was-was.






Mahu Bercuti Ke Sabah? Sedang Mencari Tempat Kereta Sewa Kota Kinabalu Murah Dari RM56 Sehari? Tempahlah Kereta Sewa Melalui N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd Sekarang Juga !! 


Rasanya kini anda telah tahu dari mana perlu anda dapatkan servis kereta sewa Kota Kinabalu yang boleh dipercayai untuk negeri Sabah ini. Istimewa untuk anda yang telah membaca artikel ini, suka untuk dimaklumkan yang anda adalah antara insan yang bertuah. Istimewa untuk anda, pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd telah sudi untuk memberikan diskaun tambahan hanya untuk anda.


Untuk mendapatkan diskaun ini, sila buat tempahan melalui website www.nhtraveltours.com dan masukkan kod baucar diskaun 'profhariz' bagi menebus potongan harga bernilai RM20. 

Untuk tempahan kereta sewa Kota Kinabalu yang melebihi 3 hari dan ke atas akan di beri juga tambahan diskaun sebanyak 5% . Apa tunggu lagi tu? Lekas tempah sekarang ! Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut berkaitan dengan kereta sewa Kota Kinabalu untuk digunakan sepanjang berada di Sabah, boleh terus hubungi pihak N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd melalui detail di bawah ini.







N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD | PERKHIDMATAN KERETA SEWA SABAH
Telefon:
Hotline 1 : Tekan untuk telefon (013-8658484) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 : Tekan untuk telefon (013-5599261) | Tekan untuk WhatsApp
Pejabat : Tekan untuk telefon (08-8258484)
Facebook: @nhelzyrentacar
Instagram: @nhrentacar

Laman web: www.nhtraveltours.com

E-Mail: : booking@nhelzyrentacar.com
Alamat:
N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD. ( 1169312-V )
Lot C18-2, 1st Floor, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia

CARA LANGGAN UNLIMITED INTERNET CELCOM


 UNLIMITED DATA INTERNET CELCOM

Assalamualaikum ! kabar baik untuk anda pengguna celcom . Celcom kini tawarkan unlimited data  internet hanya dengan melanggan pakej  ULTRA HOUR PASS . Bermula dari RM1 anda boleh melayari internet tanpa had uiii... nak tengok apapun boleh . Ye wakk.. sebelum ni hanya tawarkan untuk youtube sahaja.. sekarang boleh guna untuk layari facebook , instagram , twitter , tonton movie buat live.. dan baca blog ciksepet.com ( nak jugakk )  . Meh baca lebih detail lagi . 



CARA MELANGGAN UNLIMITED DATA INTERNET CELCOM 

  • RM 1 Unlimited data internet sah untuk 1 jam
    Cara melanggan : *118*2*1*1#
  • RM 2  Unlimited data internet untuk 3 jam
    Cara melangan : *118*2*1*2#
  • RM5 Unlimited data internet sah untuk 12 jam
    Cara melanggan : *118*2*1*3#
  • RM8 Data Internet tanpa had , sah sehingga 24 jam
     Cara melanggan : *118*2*1*4# 

Pakej Ultra Hours Pass ini boleh dilanggan oleh semua pengguna celcom prepaid plan kecuali CELCOM FIRST PLAN . Wahh rasa nak try juga ni ..

Kelemahan Ultra Hour pass :
Pelan Ultra Hour pass ini tidak boleh digunakan untuk Tethering /  Hotspot or share dengan device atau computer lain.

Semak dan langgan pakej ni di Celcom Life Apps atau  dail * 118 * 1 * 1 * 2 # 




TIPS Kurangkan Pedih Perut Ketika Puasa

TIPS Kurangkan  Pedih Perut Ketika Puasa 

Tak terasa  dah masuk 5 hari berpuasa , tak terasa la pula dah hampir seminggu.. bagaimana dengan puasa korang tahun ni ? semoga masih bertahan ... caiyoookkk ! Masuk bulan Puasa ni mesti ramai yang berkemungkinan akan terkena gastrik . Jangan jadikan Gastrik alasan untuk kita tak berpuasa ye . Sebenarnya Gastrik ketika puasa boleh dicegah. Kalian boleh cuba dulu 5 petua ini. 

Petua Cegah Gastrik Ketika Puasa 



BERSAHUR 
Bersahurlah menjelang waktu imsak . Elakkan bersahur malam sebelum tidur. Pastikan juga korang makan secukupnya ketika sahur.. bukan hanya minum air kosong. Anda digalakkan minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.




Berbuka Puasa 
Ketika berbuka, makanlah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya korang boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana. Selepas solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak berasid, biskut oat atau roti.



MINUM AIR KOSONG
Minum air kosong secukupnya sepanjang malam di waktu Ramadhan. Ramai yang ‘terlupa’ minum air kosong sebab macam-macam jenis minuman yang menggiurkan dijual di pasar Ramadhan. Air kosong penting bagi melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan gastrik atau sakit perut yang dihadapi di siang hari.
Mengikut saranan KKM, korang  sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas makan sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa
-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat maghrib
-1 gelas selepas solat isyak
-1 gelas selepas solat terawih
-1 gelas sebelum tidur

MAKANAN & MINUMAN YANG DIGALAKKAN
Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum, seperti beras perang, kekacang badam dan oat. Cuba gunakan teknik memanggang atau kukus untuk mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak.
Selain air kosong, anda boleh minum susu atau smoothie buah-buahan yang tidak berasid seperti kurma dan pisang.

‘STANDBY’ & MAKAN UBAT
Jika anda diberikan ubat oleh doktor, jangan lupa mengambil ubat mengikut preskripsi doktor. Sekiranya diserang gastrik yang teruk, anda boleh mendapatkan suntikan di klinik jika perlu.


LAZZ KURMA PERSEDIAAN SEBELUM PUASA 



Pengalaman dulu pernah beli ready made susu yang dalam botol lepas tu basi walaupun masih ada seal . Ha.. tu yang jadi ragu-ragu tiap kali beli susu. Takut terminum susu basi lagi .Untuk persediaan sebelum puasa haritu , Lisa beli susu Lazz guna lazz delivery . Lazz ni tinggal klik je kemudian agen akan hantar dan baru bayar. Senang tak perlu tunggu pos. Pagi Lisa whatsapp dan lepas maghrib tu dah dapat susu tu . Tak perlu tunggu diposkan. Rush juga la sebenarnya time tu takut tak sempat nak dapat heheh nasib baik ada kemudahan lazz Delivery . 




Lisa jenis tak boleh makan pagi , jadi dah dari kecik dulu memang biasanya akan bersahur minum susu je . Susu tanpa tenusu boleh elak gastrik dan pedih perut.. Lisa minum susu kambing LAZZ Kurma . Tahun lepas dah try dan tahun ini continue je la dengan ini . Bancuh sendiri..minum time suam-suam atau ketika sejuk pon boleh . Ada sesetengah orang tak lalu minum air susu suam sebab bau hamis...berbeda dengan susu kebanyakan.. LAZZ ni tak berbau hamis dan selain itu ada banyak pilihan sesuai untuk kesukaan korang ye . Menu sihat untuk sahur favourite Lisa . Oat + campur susu lazz kurma. Boleh kenyang 9 jam huihh... 

Puasa pun tetap active la... walaupun hanya minum segelas susu je wak. Kadang kalau rajin buat smothie dengan pisang pula. Elak perut pedih semasa bulan puasa ni. Nak masak nasi memang tak dan la time pepagi .. iyela.. parents pon memang dari dulu hanya minum susu ketika sahur.. keluarga kami memang tak biasa makan pagi huhuh ... keturunan gitu.

LAZZ DELIVERY 


Klik klik dihujung jari , isi borang then nanti sampai la depan rumah korang ye, tak perlu tunggu pos .. delivery terus depan rumah atau tempat kerja korang 😄, layari www.lazzdelivery.com untuk  order...



Delivery : www.lazzdelivery.com
Senarai Nama Ejen : Agen & Pengedar
Facebook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : @lazzsusukambinghq

© all rights reserved
made with by templateszoo