Ad

JATUH CINTA DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

JATUH CINTA DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

Assalamualaikum ! Hye semua.. ingat lagi tak sebelum ni Lisa dah tulis tentang kali pertama menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature review  . Impresion awal pon dah best , so kali ini Lisa nak share kan untuk penggunaan selepas sebulan pula . Baca sampai habis tau !  


Gold Nano CC Cream untuk Makeup Harian 

Gold Nano CC Cream ni produk dari Hansaegee Nature ,  CC Cream yang lebih ringan dari alas bedak , Gold Nano CC Cream ni memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus , yang akan membantu korang untuk meratakan tona wajah yang tak sekata . CC Cream ni juga boleh dijadikan untuk makeup harian bahkan makeup primer tau ! wah banyak kelebihan bukan ?  

Tak terasa dah lebih dari sebulan Lisa pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature .Best... sesuai digunakan untuk makeup daily, muka lebih hydrate , senang digunakan dan mudah dibawa kemana-mana je . Masuk beg pon tak makan space tau . Lisa bawa ke tempat kerja juga , kerja Lisa sampai malam dan kena berdepan dengan orang ni memang perlu jaga penampilan selalu . Sebab tu la Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature selalu ada dalam beg Lisa . 

Gold Nano CC Cream ni , dah jadi peneman rutin harian selama ni . Best dan senang dibawa kemana-mana . Biasanya Lisa tak kan bertahan lama dengan produk jenis CC Cream kerana tak sesuai dengan kulit wajah ,,, tapi Gold Nano CC Cream ni mengubah fikiran Lisa weih .. sekarang jadi jatuh cinta pula dah . Ibarat kata pepatah , "  Tak kenal Tak Cinta " . 

Cara Pemakaian Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature 

Sapukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dengan tangan / jari  , senang je bukan .. takaperlu gunakan berus atau span .

Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature , Pilihan Wajib Makeup Harian Lisa 

Lisa selalu bawa Gold Nano CC Cream ni dalam beg Lisa , biar senang nak pakai masa bercuti , atau bahkan untuk kerja harian Lisa .  Sebab kerja sampai malam , lepas solat kena la naikkan seri muka bagi tak pucat lesu . Penggunaan yang senang je sebelum tu jangan lupa apply step : pakai toner dan pelembab , juga sunscreen.
Langkah pertama
: hanya perlu keluarkan  secukupnya Gold Nano CC Cream ini ke tangan . 


Langkah kedua : Kemudian sapu ke wajah dan ratakan keseluruh muka dengan jari korang . Mudah bukan ? tak perlu bawa span atau berus .  







Nampak kan perbezaan yang memakai Gold Nano CC Cream dan tanpa CC Cream , Warna lebih terserlah dan tahan lama berbanding yang tanpa menggunakan CC Cream . 



Warna yang tak putih sangat dan tak gelap sangat , sesuai untuk semua jenis warna kulit wajah . Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini akan meresap dan kemudian bertukar warna sesuai kulit korang agar nampak jadi bersinar dan cerah semula jadi . 


Gold Nano CC Cream ni mudah di bawa dalam beg tanpa memakan ruang . Memudahkan korang nak nampak sentiasa cantik tak kira masa dan tempat .

REVIEW LISA SELEPAS SEBULAN PENGGUNAAN 

Wajah Lisa dah selesa dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni , sebab ia melembabkan kulit wajah dan juga boleh dijadikan makeup harian . Senang dibawa kemana-mana dan tekstur yang lembut dan ringan so tak rasa macam pakai topeng di wajah . CC Cream ni juga anti-wrinkle sekali , kerja seharian menghadap komputer dan juga semakin bertambah umur ni dah boleh cari produk yang mengandungi anti-wrinkle . Haa.. satu lagi nak bagi tau , Gold Nano CC Cream ni sesuai sangat dengan muka Lisa sebab dah lebih sebulan penggunaan tak muncul tanda-tanda ruam atau naik jerawat. Cubalah ! dan rasai perbedaan ini sendiri  ^^


Sekarang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature keluar dengan packing baru . Lebih banyak iaitu hadir dalam 50ml dan juga SPF 50PA++ .  Harga untuk for packing baru Gold Nano CC Cream is  hanya RM128 + FREE postage + EXTRA FREE "Hansaegee Pen + Paper Bag + (1 Mirror or 2x Pouch)" , wah banyak yang dia bagi tu .. 


Cara nak order pun senang je , buka website www.hansaegee.com/shop then sign up ( u will get free 50 point) , then just klik product and add to cart , then checkout ! Mudah je yang bestnya 2019 ni siap dapat free gift set lagi . Terbaik ! .

Untuk pembelian Produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , boleh korang dapatkan di detail bawah ini.  

. Detail selebihnya ada dibawah ini .  
Hansaegee Nature 



Pelakon Setelah Cinta Itu Pergi

Pelakon Setelah Cinta Itu Pergi

Lisa perasan ternampak ramai yang update hastag #setelahcintaitupergi , rupanya slot  Samarinda TV3. Drama Setelah Cinta Itu Pergi ,  Gandingan Fahrin Ahmad dan Nina Iskandar.  PELAKON SETELAH CINTA ITU PERGI diantaranya  : Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan, Mardiana Alwi . Drama arahan Heykal Hanifah,bersiaran bermula 17 Januari 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

WATAK PELAKON SETELAH CINTA ITU PERGI


PELAKONWATAK
Nina Iskandar Marina
Fahrin Ahmad Ikram
Julia Farhana Marin Insyirah
Shahz Jaszle Muiz Lukman
Azrel Ismail Adam
Fizo Omar Idlan
Nik Adam Mika Muiz Danish
Oktovia Manrose Jehan
Syakilah Rahmad Zahirah
Faye Kusairi Shahida
Asry Azizan Farok

LAGU TEMA / OST

Simpan Sedikit Rindu - Joe & Asmidar
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Ahmad Fedtri Yahya

SINOPSIS SETELAH CINTA ITU PERGI

Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi.

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi

GAMBAR PELAKON






Nampak macam best je , nak tengok la  juga.. kena marathon ni :D 

FREE UNLIMITED YOUTUBE Celcom XPAX


FREE UNLIMITED YOUTUBE Celcom XPAX

Sebelum ini XPAX menawarkan FREE 10GB FACEBOOK + 10GB DATA BASIC setiap bulan , pakej yang baru celcom XPAX TERBARU , XPAX XACTLY YOU menawarkan lebih banyak keistimewaan diantaranya FREE HIGH SPEED INTERNET untuk 10GB facebook / 10 GB Instagram / 3GB youtube ,,, atau korang boleh pilih ,, unlimited whatsapp , wechat dan twitter. WOW ! banyaknyaaa. Terbaru , celcom bagi tawaran menarik untuk pengguna Prabayar Celcom XPAX ialah Free Unlimited YOUTUBE . Korang boleh tengok youtube tanpa had setiap hari hanya dengan melanggan mana-mana pakej internet prepaid celcom xpax . Juga boleh dapatkan 3X data dan 50% lebih internet untuk pengguna dibawah 18tahun dengan join pelan YOUTH XPAX. 

CARA DAPATKAN YOUTUBE TANPA HAD CELCOM XPAX

Youtube tanpa had ni korang boleh nikmati secara percuma  tanpa dikenakan apa-apa charge pun .  Cara Dapatkan / Reedem / Melanggan Youtube tanpa had xpax ialah pengguna perlu melanggan data internet baik Harian , Mingguan  atau Bulanan . Untuk pakej tu korang boleh tengok gambar dibawah ini. 
*Free unlimited youtube valid bermula 1-7 am






Jika korang gunakan atau tengok youtube tu sebelum 1 am atau selepas 7 am , data internet akan digunakan dari pakej internet yang telah dilanggan . 



CARA SEMAK BAKI DATA CELCOM 

Untuk menyemak baki data celcom atau freebies yang celcom xpax tawarkan , pengguna boleh download apps 'CELCOM LIFE'  ataupun dengan USSD *188# .


Kelebihan XPAX BARU 2018 -XACTLY YOU 

  • Harga Simcard Baru RM10 
  • Tarikh Tempoh aktif : 5 Hari 
  • Preloaded Credit : RM6 topup
  • Activation Bonus : 300 MB ( sebelum ini hanya 200MB ) 
  • Monthly Internet : 10GB INSTAGRAM  or 10GB Facebook or 3GB Youtube or Unlimited High-Speed Media Social : Whatsapp , Wechat , Twitter  +10Gb Basic Internet
  • Call & SMS Rate : 30Sen/Min & 15sen/SMS 


CARA MELANGGAN XPAX YOUTH PLAN 


Bagi korang yang berumur 12-25 tahun , maka korang layak dapatkan pelan ini . Kelebihan dan tawaran menarik seperti 50% lebihan data ditawarkan dalam XPAX Youth Plan ini . Cara untuk melanggan xpax youth plan ni senang je , dengan melalui 

  • Celcom life apps
  • USSD : Dial *118*7*1# . Dan tunggu SMS notification pengesahan untuk kelayakan menjadi pengguna xpax Youth Plan . 


3X DATA INTERNET JIKA MELANGGAN INTERNET MINGGUAN DAN BULANAN.




Untuk anda yang inginkan Panggilan Percuma Tanpa Had , Celcom sediakan celcom postpaid XPAX 50 . Atau langgan Celcom FIRST Package untuk dapatkan PERCUMA PHONE

Selamat mencuba ^^ 

Semakan status BSH 2019 online Bantuan Sara Hidup Rakyat

Semakan status BSH 2019 online Bantuan Sara Hidup Rakyat

Seperti yang dah ramai tahu , Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 dengan nama yang baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Jumlah bantuan akan dikekalkan dan proses pembayaran Fasa Kedua bantuan akan dibuat mulai 6 Jun 2018 secara berperingkat kepada pemohon yang berjaya dalam permohonan pertama mereka. Semakan status permohonan yang berjaya menerima pembayaran BR1M Fasa Pertama boleh disemak bermula 19 Februari yang lalu 

Untuk makluman, pembayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 mengikut pangkalan data lama.Maksudnya untuk fasa pertama anda tidak perlu kemaskini permohonan. Namun untuk fasa kedua dan seterusnya, pembayaran BSH akan disalurkan menggunakan kaedah baru yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 lepas.

Bagaimanapun, pemohon yang gagal dalam permohonan dan telah membuat rayuan yang ditutup pada 31 Mei yang lalu, LHDN akan melakukan proses terhadap rayuan yang dikemukakan oleh pemohon. Pemohon boleh membuat semakan status rayuan mereka pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak

SEMAKAN KEPUTUSAN BSH 2019 STATUS KELULUSAN PERMOHONAN ATAU STATUS RAYUAN

Status Kelulusan bantuan akan mengambil masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa
prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia . 

Tarikh semakan keputusan mereka yang berjaya dalam rayuan BSH akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Bantuan Sara Hidup Rakyat .Pemohon boleh membuat semakan status BSH secara atas talian (online) dengan mengikuti langkahlangkah mudah seperti berikut :

Cara semakan status kelulusan adalah mudah. Pemohon atau penerima hanya perlu log masuk laman
aplikasi MyBSH (Dahulunya MyBR1M). Panduan disertakan di bawah

1. LAYARI MENU MyBSH DI LAMAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT MYBSH 2019


LOG MASUK
  1. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad / Kad Pengenalan anda di ruang yang tersedia
  2. Kemudian, klik pada butang Log Masuk

Sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBSH bagi membuat semakan, anda wajib menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran di atas

SOALAN KESELAMATAN
Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBSH .Soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baharu ataupun kemaskini. 
Sila pilih dua soalan keselamatan yang betul-betul anda ingat jawapannya bagi mengelakkan sebarang masalah
seperti kegagalan mengakses sistem MyBSH untuk membuat semakan status permohonan BR1M

Jika jawapan kepada soalan keselamatan yang pertama anda Hantar itu betul, soalan keselamatan kedua akan menyusul. Sila lakukan perkara yang sama iaitu jawab dengan betul dan klik pada butang Hantar

Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan itu, sila klik butang Tukar Soalan dan buat pilihan soalan lain. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.

Jika jawapan yang diberikan itu masih salah, peringatan seperti berikut akan dipaparkan


SEMAKAN STATUS
Setelah berjaya melepasi peringkat soalan keselamatan, pemohon akan dibawa ke halaman utama MyBSH

Untuk membuat semakan keputusan permohonan BSH 2018, sila klik pada " SEMAKAN STATUS ". Maklumat dan butiran mengenai status permohonan BSH 2018 akan dipaparkan. 

Sila rujuk lampiran dibawah ini :


credit : mysumber 

PENERANGAN STATUS SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BR1M 2018



Status
Penerangan
Didaftarkan
Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
Diterima
Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
Dalam Proses
Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
Ditangguhkan
Pemohon perlu membuat kemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
Lulus
Permohonan telah diluluskan / berjaya
Tidak Lulus
Permohonan tidak diluluskan / tidak berjaya
Status Kredit Tidak Berjaya
Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diPos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

PAPARAN MYBSH
Selain semakan status, menerusi laman MyBSH pemohon turut boleh membuat Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas dengan klik pada menu bergambar yang terpapar.


TINDAKAN
Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dengan bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangandan tanggungan

Atau, pemohon boleh juga memaklumkan perkara ini menerusi;

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat ditalian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau Hotline MOF di talian 03-8882 4565 /4566 (Kementerian Kewangan)

Bagi setiap permohonan / kemaskini yang berjaya, bayaran BSH akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)



Pengalaman Menjaga Kucing Bunting Beranak


Alhamdulillah setelah penantian berbulan , akhirnya kucing Lisa dah beranak 18 Jan 2019 . Start bela kucing ni  4 or 5 bulan lepas , time tu si mak dengan 3 ekor anak dia ada dalam kotak bertutup  . Lisa jumpa kat pasar. Walaupun kucing ni jenis kucing jalanan je , tapi tetap bela sebab boleh tangkap tikus . hihihi. Sekarang tempatni dah tak dengar suara tikus pon .

Lisa panggil kucing ni meow je , baik si mak or si anak . Haritu nak pergi mandulkan tapi dah lambat , dah bunting dulu hahaha. si Jantan pula sebok dok panggil kucing ni , adeh .. mana tak buntingnya . Ini kali pertama pengalaman Lisa jaga kucing bunting . Agak kecelaruan juga la . 


TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG.


TANDA-TANDA KUCING MENGANDUNG PERUBAHAN FIZIKAL

1. KUCING BERHENTI MENGAWAN
Ini mungkin tanda paling awal anda akan perasan.Sebelum ini anda perasan kucing akan masuk fasa galak/gatal(on heat) setiap 10 hari  2 minggu.

Macam mana tahu?

Hari-hari mengiaw supaya diberikan pasangan. Yang jantan pula asyik bertandang ke rumah sahaja.
Yang di dalam tidak sabar-sabarnya mahu keluar. Walaupun, selama ini tidak biasa keluar dari rumah.
Tetapi sekarang, semua aktiviti tiba-tiba terhenti. Kemungkinan kucing sedang mengandung.

2. MUNTAH-MUNTAH/MORNING SICKNESS

Kucing juga mungkin akan mengalami morning sickness. Ini adalah perkara biasa bagi sesetangah kucing mengandung.
Sekiranya didapati kucing muntah berterusan, kerap, dan tanpa henti, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

3. PUTING SUSU MEMBESAR & KEMERAHAN
Sekitar 3 minggu mengandung, puting susu kucing akan membesar.Dan berubah warna menjadi lebih gelap dan lebih pink/kemerah-merahan.Kerana apa? Supaya bayi kucing mudah nak mencari bekalan susunya.

4. SELERA MAKAN MENINGKAT
Kucing juga akan makan lebih banyak semasa mengandung.Terutama apabila sudah masuk minggu keempat.Sekejap-sekejap makan.Pusing lagi, nampak sedang makan lagi.

Perkara ini memang biasa. Bukan manusia yang mengandung sahaja bertambah selera makan.Kerana kandungan di dalam perut sedang membesar.Mereka ini perlukan lebih tenaga dan protein yang secukupnya.Oleh itu, ibu kucing akan kelihatan banyak makannya kerana keperluan gizi dan tenaga yang meningkat di dalam badannya.

Yalah.Makannya bukan untuk seekor.Cuba berikan makanan terbaik dan berprotein tinggi seperti ayam dan ikan buat kucing anda.

5. PERUT MENJADI LEBIH BESAR
Seiring dengan tumbesaran kandungan, perut kucing juga akan membesar dan terus membesar sehingga waktu kelahiran.Selain itu,Gaya kucing berjalan juga akan sedikit berbeza.Berjalan lebih terkangkang berbanding biasa.Kerana mahu seimbangkan dengan perut yang semakin membulat.Dan posture badan yang berubah.Gaya jalan perlulah disesuaikan. Nanti jatuh tersungkur pula.

6. KELUAR AIR SUSU
Pada minggu kedua atau ketiga terakhir, susu sudah mula dihasilkan.Susu akan terkeluar apabila puting susu dipicit lembut.Ini juga menandakan waktu beranak hampir tiba.


PERUBAHAN PERSONALITI
Tanda-tanda kucing mengandung juga boleh diperhatikan melalui perubahan personaliti kucing.

7. KUCING MENJADI MANJA
Kucing akan terlebih manja waktu bunting ini.Bukan sahaja terserlah dari gaya badan, malah reaksi muka juga sangat manja.Manja yang bagaimana?Pelbagai.Mungkin minta kerap dibelai, atau nak berteman tidurnya, atau mungkin makannya menjadi cerewet kerana mahukan perhatian.Tetapi, ada juga kucing yang lebih suka berseorangan.

8. KERAP TIDUR
Selain selera makan meningkat, kucing juga menjadi kaki tidur semasa bunting.Jika tadi,Sekali pandang makan,Dua kali pandang makan lagi.Pandang lagi pun sedang makan.Sekarang,Berkali-kali pandang pun masih tidur.Keadaan ini adalah normal bagi kucing yang mengandung kerana ia lebih cepat penat.

9. NESTING
Nesting ini adalah tanda kucing anda sudah hampir dengan masa untuk beranak.waktu ini, kucing akan kelihatan berpindah-pindah dan berehat pada beberapa kawasan.Kerana sedang mencari tempat terbaik untuk melahirkan.Kucing akan mencari tempat yang gelap, sunyi, tersorok dan jauh dari ancaman.Bukan sahaja dari ancaman kucing, yang tersorok dari ancaman manusia juga lebih baik, terutamanya anak-anak kecil.Kerana kucing akan rasa terganggu dan tertekan.Dan lebih cenderung untuk memindahkan anaknya ke kawasan lain yang dirasakan lebih selamat berkali-kali.

Kuncinya:Gelap, tersorok, sunyi, dan jauh dari ancaman.

10. MENJAUH DARI ANAK
Kucing ni kalau sebelum ni tak boleh jauh dari anak , kalau dah bunting besar dia tak suka anak dia dekat dengan dirinya . Mungkin rasa seperti ancaman kot . I'm not sure tapi tengok je anak kucing mendekat , si mak dah muka naik berang .. Kadang tengok juga kucing-kucing tu saling mencakar or menampar muka . haha.. adeh .

Ni gambar kucing masa bunting dulu .

Gambar bulan pertama bunting , perut tak nampak membesar lagi 

Gambar bulan kedua bunting , kat sini dah nampak besar perut meow . 


Gambar yang ni tinggal tunggu masa nak beranak je , asyik tidur je dalam kotak and tempat gelap .


Oh ya , menjelang masa dah nak beranak ... kucing yang biasanya aktif berjalan dia akan jadi duduk diam dalam rumah je . Tidur makan tidur makan itu je . Biasanya pagi-pagi kucing ni akan berkeliaran keluar dan bahkan sampai time makan baru balik . Tapi since dah 2-3 hari masa nakberanak ritu duduk diam dan cari kotak or tempat gelap tuk tido .

Tudia sekali beranak 8 Ekor ! 8 weih bukan 3 or 4 hahaha. Beranak dah disediakan kandang pon , pergi cari beranak tersorok dalam timbunan newspaper dan kotak .

Lepas beranak Lisa terus laju je tanya kawan yang keje kat pejabat Veterinar nak tahu macam mana cara jaga and pindahkan baby kucing ke kandang or tempat yang lebih selamat . Fuh pengalaman baru ! 

BIODATA REEN RAHIM

BIODATA REEN RAHIM 

" Halah halah halah kak SU... " kalau korang tengok dan ikuti drama Akasia "Pujaan Hati Kanda "Mesti dah kenal dengan pelakon sorang ni , Reen Rahim melakonkan watak kak Su . Lisa pernah jumpa dia sekali , setahun lepas rasanya dalam jelajah Bas Drama Sangat TV3 . Kecik comel aje orangnya . Tingi lebih kurang Lisa je. Biodata lengkap Reen Rahim ni ada dibawah ini . 

BIODATA PENUH REEN RAHIM 


Nama penuh: Noreen Ashikin binti Abdul Rahim
Nama popular: Reen Rahim
Tarikh lahir: 3 November 1988
Umur: 30 tahun
Kelahiran: Klang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model dan pendandan rambut
Media sosial: Instagram @reenrahim
Drama : Aku Tak Percaya Cinta, Evolusi KL Drift: The Series, Sahara, Jodoh, Kampung Girl, Cinta Jannah, Lara Ameena, Terlanjur Mencintaimu, Sayangku Kapten Mukhriz, Abang Sado Boleh Beres, Tauke Jamu, Mencari Qiblat, Raisha 2 dan Pujaan Hati Kanda.
Filem : Gangster Celop, Mirip, Mawar Putih, Soulmate Hingga Jannah, Balun dan Rempit Sampai Langit.

Fakta Menarik

  • Anak ketiga daripada empat adik-beradik.
  • Berkelulusan diploma dalam bidang Dandanan Rambut.
  • Sebelum menjadi pelakon, beliau merupakan seorang pendandan rambut.
  • Dinobatkan sebagai juara program Pilih Kasih musim ketiga pada tahun 2012 iaitu sebuah pertandingan lakonan drama pentas teater anjuran pelakon senior, Rosyam Nor untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  • Lakonan pertamanya menerusi drama Aku Tak Percaya Cinta memegang peranan sebagai Elia.
  • Tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi filem Talak di Anugerah Skrin 2015.
  • Bakal menceburi cabang seni baharu sebagai penyanyi.




GAMBAR REEN RAHIM 






MALAYSIA HALAL EXPO 2019

MALAYSIA HALAL EXPO 2019

Sukan TOKYO OLYMPIC  2020 nanti akan bertempat di Jepun . Peluang bagus  untuk perkenalkan produk tempatan Halal sampai ke Jepun . Oleh sebab tu , Kementerian Pembangunan Usahawan  ( MED ) dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia ) akan  menganjurkan MALAYSIA HALAL EXPO 2019  ( MHE2019 )  pada 24 hingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre  , dengan tujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai inisiatif kepada pelaburan dan pedangangan antara Malaysia dan Jepun . 



Majlis Pra Pelancaran MHE2019 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof , Menteri Pembangunan Usahawan .


Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020 - MHE 2019 


Bertemakan "Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020" , MHE2019 yang akan berlangsung selama 3 hari adalah susulan Memorandum Kerjasama  (MoC)  dalam bidang halal antara kerajaan Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai pada 26 November 2018 . Moc ini adalah satu usaha untuk memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik 2020


Malaysia Halal Expo 2019 akan melibatkan usahawan PKS dari 6 kluster iaitu : 

  • Makanan & Minuman yang di Proses ( F &B)
  • Bahan Ramuan , 
  • Kosmetik 
  • Penjagaan Kesihatan / Farmaseutikal 
  • Logistik , dan juga 
  • Bioteknologi 

Sebanyak 320 tapak 'booth' disediakan dalam Malaysia Halal Expo 2019 ini. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang ekspo seperti : 
  • Pameran dan jualan, 
  •  Perkongsian ilmu seperti forum , pocket talk dan singgah santai selebriti ( Fara Fauzana dan Faizal Ismail ) yang melibatkan agensi SME Bank Berhad , JAKIM , Exim Bank , Matrade , Federation of Malaysia Freights Forwaders dan lain lain .
  • Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge Award ( IIC ) .
  • Sesi Business Matching , dengan sekurang-kurangnya 10 buah syarikat daripada negara Jepun dari Family Mart , OHGA Pharmachy ,Eagle Eye ( Japan office ) dan e-market place link to Rakuten dan AEON .





Cuba teka siapa selebriti yang akan berada di Ekspo Halal Malaysia 2019 ?
Fara Fauzana dan Faizal Ismail !Jumpa disana ! 

Ekspo Halal Malaysia mensasarkan seramai  lebih kurang 10,000 orang pengunjung yang terdiri dari komuniti perniagaan dan orang awam juga potensi jualan sebanyak 50 juta . Sebanyak 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun jadi semua ini akan membantu Memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke negara Jepun .

MED juga bekerjasama dengan Kementrian Belia & Sukan (KBS) , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) sebagai rakan strategik bagi menjayakan ekspo ini.  Ekspo MHE2019 akan mula dibuka mualai 24 hingga 26 Januari 2019 bermula dari 9.00 Pagi -6 Petang  ( Khamis-Sabtu ) .

Usahawan yang berminat mendaftar sebagai pempamer disyaratkan mempunyai produk yang disahkan halal oleh JAKIM dan sedia untuk dieksport.

 Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.halal-expo.my 

BIODATA SARAH HILDEBRAND

Biodata Sarah Hildebrand 

Bagi korang yang ikuti drama Akasia , Pujaan Hati Kanda , pasti dah tak asing dengan wajah ni . Pelakon Sarah Hildebrand  yang memegang watak Nadine .  Macam pernah nampak kan sebelum ni ? ya.. dia juga seorang duta produk kecantikan iaitu Safi Balqis . Ketahui lebih detail lagi Biodata Sarah Hildebrand di bawah ini . 

BIODATA PENUH SARAH HILDEBRAND



Nama penuh: Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand
Nama popular: Sarah Hildebrand
Tarikh lahir: 18 Ogos 1990
Umur: 28 tahun
Ketinggian : 163cm 
Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia
Nationality : Malaysian , German , American 
Pekerjaan: Pelakon, pengacara, personaliti fesyen, model dan duta
Media sosial:
Instagram @sarahhildebrand
Youtube : @sarah hildebrand
Facebook : @sarah hildebrand

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.

2. Berketinggian 5 kaki 4 inci.

3. Anak kepada pasangan Jeffrey L. Hildebrand (bapa) dan Che Arbi Hashim (ibu).

4. Pernah tinggal di Arkansas, Amerika Syarikat (AS) bersama bapanya selama tiga tahun.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

6. Memiliki wajah pan-Asia.

7. Dikatakan mempunyai raut wajah iras aktres Hollywood, Kirsten Dunst.

8. Pemenang program realiti Gadis M2 yang berlangsung pada tahun 2013.

9. Tidak mempunyai asas dalam bidang lakonan.

10. Kerjayanya bermula pada tahun 2015 yang awalnya hanya menjayakan watak-watak kecil di televisyen mahupun filem.

11. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Hujan Pagi, membawakan peranan sebagai Ati. Diikuti telefilem Jalan Singkat Ke Syurga dan Dia Imamku.

12. Tidak ketinggalan tampil dalam drama Suami Tanpa Cinta, Nafas dan Pujaan Hati Kanda.

13. Pembabitan dalam filem menerusi Mirip dan Muluk & Konco.

14. Turut menjayakan video muzik lagu Hujung Waktu (Azhael) dan Rindu (Shae), serta muncul dalam iklan Perfecto Snacks dan Nouvelles Visages.

15. Penampilannya dalam majalah, antaranya di InTrend, EH! dan Hijabista.

16. Pernah meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak menganggap dirinya tidak boleh pergi jauh dalam industri hanya kerana memiliki nama yang kononnya pelik dan sukar disebut.

17. Di awal kemunculan, Sarah mengakui mempunyai kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu kerana tinggal dalam tempoh yang lama di Amerika Syarikat.


GAMBAR SARAH HILDEBRAND 







Cantik bukan.... Jangan lupa tonton lakonan Sarah dalam Pujaan Hati Kanda di TV 3  . Semoga maju jaya Sarah :D 

PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ALTHEA

PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ALTHEA REVIEW

Assalamualaikum , hye Dear,,, wanita dan solekan dah tak terpisahkan zaman sekarang ni . Bahkan budak kecik pon dah ada yang kenakan solekan taw. Iyelah.. semua nak ingin nampak cantik dan anggun , bercakap tentang solekan atau makeup ni .. tak semua orang rajin nak bersihkan dan pilih makeup remover atau cleanser . Sesetengah pembersih wajah dan makeup remover membuat kulit jadi kering dan kasar.   Lisa baru ni gunakan dan telah review cleanser yang ada serum sekali didalamnya  iaitu  PORE PURIFYING SERUM CLEANSER , dari Althea.kr .  

PORE PURIFYING SERUM CLEANSER


Gabungan dari cleanser dan serum dengan Althea's PORE PURIFYING SERUM CLEANSER . Produk kecnatikan yang membuang segala kotoran , sisa makeup , dan minyak dengan ekstrak pudina untuk pastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat sepenuhnya .  Thanks to a dual moisture cell system that envelopes the skin in a serum-like formula .  yang Lisa tak suka dari cleanser atau makeup remover kebanyakan akan buat kulit kering dan juga berminyak .  Ugh .,. ! Dah kena buat dua kali kerja . 
PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ALTHEA  ,selain kulit tak terasa panas ... ia juga tak berminyak . Sejukk rasa mint gitu . 


KELEBIHAN PORE PURIFYING SERUM CLEANSER 

  • Pembersih wajah dengan serum-like formula
  • Menanggalkan sisa makeup, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit
  • Mengimbangi tahap pH kulit untuk pastikan ia tetap sihat




CARA PENGGUNAAN :

Bagaimana untuk menggunakan Pembersih Pembersih Serum Pembersih? Disini ada dua cara iaitu boleh berguna untuk membuang solekan / sisa makeup dan yang kedua untuk membersihkan kulit . 

Untuk membuang Makeup :
Langkah 1: Tuang PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ALTHEA  secukupnya ke telapak tangan korang .
Langkah 2: Urut seluruh kulit korang dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan make-up .
Langkah 3: Bilaskan residu dengan air. Korang juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya residu.

Untuk membersihkan kulit:
Langkah 1: Basahi kulit dan sapukan PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ke telapak tangan 
Langkah 2: Urut secara perlahan-lahan produk seluruh kulit korang dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.



KANDUNGAN DALAM ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

  • Mint leaf extract - Menyejukkan kulit dan melegakan iritasi 
  • Jojoba seed oil - Melembabkan kedalam apa-apa kekerinan without feeling heacy . 
  • Tea tree leaf extract - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit




REVIEW LISA 


Biasanya Lisa memang jarang gunakan makeup Removee sebab malas juga berminyak , kalau pakai je makeup remover .. keesokan muka akan naik jerawat . bukan sekali je tau , tapi berkali-kali . Lepas cuba Pore Purifying Serum Cleanser ni , selain dari tak rasa panas dimuka , kulit muka pun sejuk dan yang paling best tak berminyak weih ! Kulit pun jadi lebih bersih dan tak kering .  Jadi rasa nak tambah senarai produk muka lak . Rajin la lepas ni nak bersihkan sisa makeup harian .

HARGA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER ALTHEA , RM 33  untuk size 150ml. 

Info selebihnya boleh dapatkan di : althea.kr 
https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser

STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA

STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA

Kali terakhir Lisa pakai Body mist ni rasanya masa zaman sekolah dulu . Almaklumlah zaman sekolah ni aktif lari sana sini , jadi berpeluh . Taknak la rasa tak selesa bila jumpa kawan tapi bau masam . Dulu hanya ada packing dalam splash je kalau nak guna body mist ni , baru ni Lisa ada ternampak  dalam kemasan spray , STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA . Wah senang sikit la nak bawa pergi mana-mana and cara pakai pun lebih mudah . Teruja Lisa nak pakai 

Segar dan Wangi dengan STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA


Envelope diri Anda dalam campuran feminin dari aroma buah dan bunga dengan kolaborasi terbaru Althea dengan Titi Kamal! The Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah campuran berkilauan oren manis dan pic , diikuti dengan echo bunga rose yang megah dan anggun . Tidak terlalu kuat, parfum lembut ini tetap ada di tubuh untuk aroma yang tahan lama. Ini juga memiliki formula tak melekit yang terasa selesa di kulit, dan mewujudkan keanggunan dan keindahan Titi dalam botol, sempurna untuk wanita urban . Korang akan merasa Segar dan Wangi dengan STAY FRESH BODY SPARKLING MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA



Titi Kamal ni seorang pelakon dan penyanyi Indonesia yang mempunyai bakat untuk fesyen dan gaya. Paling dikenal pasti dengan rambut hitamnya yang mewah, dia adalah ikon kecantikan yang menawan hati peminat di seluruh Asia Tenggara. Lisa pon minat dengan dia hui... cantik ! 


Kandungan dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal X Althea 


  • Damask rose water -  Menjaga kelembapan kulit agar tetap terhidrat  dan juga memberikan aroma yang lembut . 
  • Orange Flower extract - Menyegarkan Deria  
  • Elder flower extract - Cools and soothes the skin, sambil memberikan aroma yang feminim . 



CARA PENGGUNAAN : Selepas mandi , semburkan produk dengan ringan pada badan sebelum keluar. Ambil dengan anda di mana-mana dan semburkan sekali-sekala sesuai dengan gaya hidup anda.

HARGA 

Untuk STAY FRESH BODY SPARKLING MIST  BY TITI KAMAL X ALTHEA  korang boleh dapatkan dengan harga RM 35  ( 100ml) 


Packing  ringan dan kemasan yang senang masuk dalam beg tanpa makan space ,  boleh la nak bawa kemana-mana . Hari ni Lisa bawa pergi kerja , korang juga boleh bawa ke Gym dan juga ketika berjogging. Yang best dari Stray Fresh Body Sparkling Mist ni , wangi yang lembut juga tahan lama . 

REVIEW LISA 

Jadi nak pakai semula body mist dalam list produk harian la. Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal X Althea ni akan jadi pilihan Lisa ! Yeaaa rasa dah jatuh hati semula ni . Kemasan dan cara guna yang friendly user , senang dibawa dan digunakan bila-bila masa. Korang try la juga , Freshh . ! Mana tau tetiba crush korang balas balik cinta korang . HIHIHIHI... 

Untuk produk ni korang boleh dapatkan di Althea.kr . 

https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist

© all rights reserved
made with by templateszoo