Bercuti ke DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark
Assalamualaikum ! Setelah dua tahun berturut-turun meluangkan masa di LOTUS DESARU , Tahun ni berbeza pula... Lisa luangkan masa bercuti ke Desaru Coast Adventure Water Playpark Malaysia , masih sama di Johor juga berdekatan dengan Lotus Desaru . Masa Lisa datang ni water playpark dah dibuka sepenuhnya , berbanding masa bulan Oktober lepas yang masih belum boleh naik The Tempest ( Alaa.. yang macam corong tu ha )
DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark
Perjalanan dari tempat Lisa memakan masa 2 jam , campur dengan berhenti makan di Ayer Hitam . Disepanjang perjalanan , sekejap hujan sekejap tak .. hahaha. Main cak cak gitu ... Arrgh Lisa tidur je bukan yg drive pon kah kah kah . Sampai sana dalam pukul 11 gitu .. lepas tu pusing-pusing nak cari jalan masuk . Tersesat sampai depan HardRock Desaru Johor . Oh ya .. ada Hotel ternama disekeliling Desaru Coast Adventure Water Playpark ni , iaitu Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort and Villas, Hard Rock Hotel Desaru Coast, and an exclusive 6-star luxury Aman Resort and Villas. Senang kalau korang jauh and nak menginap disini .
Lisa datang untuk berseronok jadi memang tinggal Handphone dalam locker yang disediakan la . Ada tempat penyimpanan barang , ofcoz la SEWA . Locker kecil seharga rm 20 dan locker besar seharga RM40.00 . Mesin tu nanti korang tekan-tekan je ikut arahannya . Perlu diingat ya , kena bagi duit cukup.. sebab tiada pemulangan baki . Kalau korang masukkan rm50 , maka telan la RM50 tu tiada baki rm10 lagi . Kalau ada masalah ke apa , boleh minta staff tolong ye . Nah sedikit banyak yang Lisa akan share 5 Zone yang menarik dalam DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark .
ZONE 1 , PENAWAR FALLS
Di penawar Falls korang boleh menikmati permainan Swinging Ship .
SWINGING SHIP .
Pertama kali korang masuk dalam Desaru Coast Adventure Water Playpark ni korang akan nampak kapal besar dibelah kanan ni ha . Swinging Ship , kapal buaian yang bergerak ke udara mungkin sampai 180 darjah . Puas hati tapi Lisa naik sekali je , sapa yang ada penyakit jantung better takyah naik . Hahaha. Lisa naik ni pon dah tutup mata dah ,. jantung rasa macam nak tercabut . Tapi fun gila weih ., yang lain pula naik sampai 3 ,4 kali . Hamboi seronok nau kan .
ZONE 2 , PENAWAR RIVER
Ada beberapa permainan yang korang boleh nikmati disini , diantaranya : Super Twister , Giant Water Slide - Wild Whirl , Riptide , & The Tempest .
Penawar River Huts
Disini disediakan sekali pelampung dah life jacket ( tak tau eja betul ke tidak ) , yang ini untuk budak budak sebab kalau masuk dalam pelampung tu agak besar untuk size budak . Korang bersantailah atas pelampung tu ikut arus air mengalir , sambil bawa budak ( pakai life jacket ) , tak perlu risau terjatuh or tenggelam . Paras kedalaman dalam satu meter kot , agak-agak je . Di tepi penawar river ni disediakan cabanas economy , Sejenis locker juga tapi dia macam kemah yang lebih private . Boleh simpan barang berharga juga tau sebab ada peti besi sekali .
The Tempest
Yang ni ibarat meluncur dari atas dan kemudian jatuh menjunam ke corong besar , tak silap 55 kaki kot diameter dia . Jatuh kebawah tu dekat 45 darjah weih . Memang rasa sport jantung gila time ni . Lisa tutup mata tapi seronok la juga , kejap pejam mata dan kejap buka mata tup tup dah sampai ke bawah hahaha. Best.. tapi Lisa naik 1 Kali je . kahkahkah.. takut siot. Sejak dah mula tua ni kan dah tak berani dengan permainan macam ni . Nak naik lagi boleh tapi kena dengna orang berbadan besar la , risau time tu Lisa melayang je . Nak naik permainan ni korang tak perlu bawa pelampung tu , sebab diorang dah sediakan diatas .
RIPTIDE .
Tempat naik permainan ni lebih sama tempat The Tempest tadi . Bezanya kalau dah meluncur dari terowongan tu , korang akan lalui 3 corong yang berbeza lepas tu baru keluar ke kolam air di bawah tu . Lisa naik sampaii 3 or 4 kali gitu kot . Best weih. Tapiii.. sakit badan ke esokan harinya sebab duduk depan and terhentam dengan air tu , boleh tahan sakit sebab badan ni bukan la besar mana pun hahaha. Time kena air tu memang tak rasa pape , rasa seronok je .. terbang ke kanan ke kiri kedepan .. ( Hampir terlepas pegangan tangan lisa dari pelampung ) ... memang BEST la !
SUPER TWISTER
Super Twister, awal je terkawal... ikut flow air yang berjalan dengan lengkung radius sebelum jatuh tak dijangka ke corong di mana mereka berayun ke belakang dan kemudian keluar dari terowong tertutup dan ke set seterusnya ikut lengkung & corong yang menarik lah . Untuk naik Super Twister , korang kena bawa pelampung sendiri dari bawah dan angkat sampai naik ke atas ye , Nak dua orang boleh .. nak singgle pon boleh .
Giant Water Slide -Wild Wirl
Lebih kurang macam The Tempest , besanya yang ni korang masuk dalam2 orang je ... tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jerit la korang sepuasnya ye . Hahaha.. lau ada masalah jantung jangan berani-berani nak masuk permainan ni . Sama je macam Super Twister , korang kena bawa senndiri pelampung tu naik keatas .
Zone 3 , SHIPRECK REFF .
Agak cukup lama tungu mereka buka untuk permainan SHIPRECK REFF ni , sebab time Lisa dari awal masuk pon memang dah hujan . Sebab tu mereka tak nak ambil resiko kot kot jadi accident tergelincir tayar ke apa kang dah jadi naya dibuatnya , Tunggu dah tak hujan baru SHIPRECK REFF ni beroperasi . Lisa naik sampai 3 kali , hahaha seronok wooo. macam rooll coaster tapi terjunam dalam air . BEST BEST . Oh ya sebelum naik nanti korang akan diputarkan movie pendek , tentant gurita yang rosakkan kapal sampai terbelah jadi dua . Baru la naik ke train tu . SERONOK !
ZONE 4 ; TIDAL WAVE BEACH
TDAL WAVE BEACH Salah satu kolam gelombang terbesar didunia , berkeluasan sekita 3 ekar dan mengandungi tiga sampai empat juta gelen air . Memang betul besar dan luas weih , setakat 3 tempat yang Lisa pernah pergi .. TIDAL WAVE ni lah yang paling besar . korang boleh bermain dengan air , disediakan dengan pasir juga sambil menunggu gelombang ombak . Nah boleh tahan dalam juga air dekat sini . Korang perlu memakai life jacket untuk keselamatan , dan juga kalau tak nak kena halau oleh safeguard pantai disana ye . Bukan hanya di pantai , tapi di tengah air situ pon ada juga yang jaga , untuk elak dari pengunjung masuk kawasan larangan . Dalam juga woo air kt situ .. Ombak pun boleh tahan kuat. Kalau duduk tepi tunggu pon boleh kena sapu ombak , terguling-guling dibuatnya .
ZONE 5 , KIDS AHOY
Zone ni disediakan khusus untuk budak-budak kecil. Ada banyak permainan yang boleh mereka nikmati . Main gelosor , main air terjun dan banyak lagi la .
Sebelah tu pon ada cafe , jadi kalau budak-budak atau korang lapar boleh terus makan . Menu yang dihidangkan seperti pasta , pizza , dan donut . Sedap , gebus , lembut weih Donut situ .
Kalau korang baru first time nak datang and datang balik hari .., cari je tanda ni .. kat sini la dekat pintu utama nak masuk Desaru Coast Adventure Waterpark . Nampak parking luas tu korang park , letak kereta and masuk ikut pintu sebelah kiri dari tanda atas ni .
HARGA TIKET Desaru Coast Adventure Waterpark
Sebelum masuk tu mesti lah kena beli tiket dulu kan , Nah untuk desaru coast adventure waterpark ticket , ada beberapa pilihan yang korang boleh pilih . Harga normal untuk orang dewasa ialah RM151 , Kalau guna MYKAD boleh dapatkan serendah RM121 , untuk yang ada IC Johor boleh nikmati tiket tahunan unlimited masuk percuma sepanjang tahun seharga RM 271 . ah menarik bukan ? >> BOOK TIKET ONLINE DISINI <<
TIPS : Nak dapatkan tiket murah korang boleh beli secara online , ada 20% Diskaun weih ... lepas tu rerajin la pergi Mata Fair , situ lagi la murah .. silap silap boleh dapat RM88 gitu .
Actually kitorang pergi sepuluh orang , and dua orang diantara kami is singaporean . Haha terambik tiket dia dah . ala bukan diorang check pon sebenarnya , means bukan minta ic ke apa ke . Just time beli tiket je minta IC . tersalah tiket boleh je masuk hahaha.. patutla pelik kenapa RM128 . baru perasan.. hamboi kan dah excited nak main jadi tak perasan terpakai orang punya tiket.
REVIEW LISA ;
Puas hati jelajah dan rasai permainan di DESARU COAST ADVENTURE WATER Playpark . Lisa pergi weekdays haritu so boleh la jelajah merata semua permainan di sana sampai 3 - 4 kali naik permainan tu . Staff pun ramah dan sangat membantu , tandas bersih dan letak berdekatan dengan locker tempat menyimpan barang .
Mungkin pihak Desaru boleh letak papan tanda untuk masuk dalam Desaru Coast Adventure Water Park tu , sebab first time kami datang tersesat pusing sampai ke HardRock Desaru Hotel , Padahal awal kami tiba tu memang dah nampak parking yang masih kosong dan lenggang . Car Park tu luas gilos weih , sebab tu kitorang ingatkan yang tu untuk Park Homestay situ . Kalau korang tidur di Hardrock tu tinggal turun je , tapi bagi yang datang tak menginap di Hotel situ memang agak susah nak cari jalan masuk .
Jangan Lupa datang dan nikmati sendiri permainan di DESARU COAST ADVENTURE WATER PLAYPARK .
Jangan Lupa datang dan nikmati sendiri permainan di DESARU COAST ADVENTURE WATER PLAYPARK .
DETAIL :
Location Desaru Coast
No. 4 Jalan Danau, Desaru Coast,
81930 Bandar Penawar,
Johor Darul Ta’zim, Malaysia
CALL : +603-2203-9696
(Daily 9am - 6pm, Malaysia time)
FACEBOOK : Desaru Coast Malaysia
Instagram : Desaru Coast Malaysia
Youtube : Desaru Coast Malaysia
nampak menarik tempat ni :)
ReplyDeletemenarik wakkk..tpi kena pergi time weekday sebab weekend mesti ramai gilos orangnya
Deleteoh mak aiihh tiket dia mahalnya.. hahaha..
ReplyDeletehahah tu la. bujang pergi takpa. kalau family tu boleh tahan banyak juga la kena kuar duit. kena pergi kat matta fair baru jimat banyak
Deletecantik kawasn dia..:)
ReplyDeletecantik gilaa hahaha bleh tahan luas kawasan dia
ReplyDeletetak pernah bercuti di desaru ni. macam best
ReplyDeleteLoker blh bkk ttup bnyak kali @ skali jer,,
ReplyDelete