MILK PEEL CREAM MASK
Assalamualaikum ! Yuhuu.. finally Althea keluarkan produk baru iaitu Milk Peel Cream Mask , Topeng muka mengandungi susu untuk kulit yang segar . Mask sejenis cream, yang akan berubah jadi foam / bubble ketika kita sapukan di wajah . Mesti korang tertanya-tanya kan .. Lisa pon tak sabar nak cuba sendiri Cream Mask ni . Jom baca lebih lagi ...
REVIEW MILK PEEL CREAM MASK ALTHEA
Sebenarnya Lisa jenis yang malas pakai mask untuk tepek kat muka , sebab kena tunggu lama .. Kebiasaanya mask kena lekatkan di wajah dalam masa 15-20 minit. Lisa ni jenis yang kalau dah lentok kepala memang tertidur la jawapnya . Tak suka meunggu terlalu lama dalam applykan sesuatu di muka . MILK PEEL CREAM MASK ALTHEA ni adalah topeng wajah yang mengandungi susu untuk kulit kulit yang segar dan untuk melicinkan kulit wajah dan Tekstur tanah liat yang menggelegak membuat buih yang tebal untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati. , korang mesti akan suka lah !
KANDUNGAN dalam Milk Peel Cream Mask Althea :
- Ekstrak Protein Susu - Melembapkan dan menguatkan kulit .
- AHA & BHA - Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk jadikan kulit licin
- Kaolin - Detoxsifies dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang wajah .
CARA PEMAKAIAN :
- Sapukan MILK PEEL Cream Mask secara menyeluruh di wajah
- Urut perlahan sampai keluar buih banyak di wajah .
- Biarkan dan tunggu 30-60 saat.
- Bilas dengan air suam.
Tadaaa... gambar selepas pakai Milk Peel Cream Mask Althea Korea . Rasa best weih ! lembut , gebu ... dan yang pasti tak perlukan masa yang lama untuk pakai mask ni hahaa , OH YA ... cream mask ni boleh digunakan setiap hari . Milk Peel ni sesuai untuk wajah yang :
- Jenis Kulit Gabungan
- Pembesaran Pori
- Kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
- Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas
REVIEW LISA :
FIRST TIME pakai topeng wajah yang berbentuk cream dan keluarkan buih di wajah . Teruja sungguh weih , lebih lagi time rasa buih tu bergerak-gerak diatas kulit wajah . Dari bau MILK PEEL Cream Mask pon wangi , tak de la bau sejenis ubat . Boleh gunakan setiap hari sebab tak ada kandungan microgel yang boleh lukakan kulit kalau dipakai setiap hari . Nah yang paling best ada kandungan SUSU ! itu yang buatkan kulit licin dan rasa segar selepas menggunakan . Wahh akan masuk dalam list skincare Lisa la ni lepas ni .
HARGA MILK PEEL CREAM MASK ALTHEA : RM36.00
Untuk info lebih lanjut korang boleh layari website :
https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask
Cubalah... nanti akan terjatuh hati ;-)
Bye.. see you next review !
Bye.. see you next review !
No comments
Post a Comment