Ad

Cabaran 5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady

Cabaran 5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady

Cabaran 5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady 

Assalamualaikum ! Yuhuu.. sesiapa yang selalu skip sarapan tu haaa.. ?  Tahukah Anda Sarapan amat penting untuk semua usia baik dari yang masih kecil sampai la dewasa dan orang tua.Kalau tak sarapan , macam mana nak dapatkan tenaga ... betul tak ? Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga di Malaysia waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari. Jadi ,  Lisa sahut Cabaran 5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady Purefarm 


Minum Segelas susu Dutch Lady PureFarm untuk melengkapkan sarapan anda


Lisa sendiri pun salah seorang yang selalu abaikan sarapan pagi sebab tak sempat dan tergesa-gesa untuk keluar kerja dan sibuk dengan jadual yang padat . Sampailah satu masa tu kena gastrik , dari situ lah bermula kena paksa juga untuk ambil sarapan yang senang disiapkan lagi bagus. Sarapan tak semestinya kena makan yang berlebihan , segelas susu dengan roti pon dah ok dah . Slow-slow nanti perut dah biasa terima makanan untuk sarapan .

5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady Purefarm


Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan. Jom Lisa kongsikan 5 hari sarapan Bersama Dutch Lady Purefarm 
HARI PERTAMA  SARAPAN ,
NASI LEMAK TELUR + SUSU DUTCH LADY PUREFARM 



HARI KE- 2 , MIE SIAM + SEGELAS SUSU DUTCH LADY PUREFARM

Tahukah anda :  Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.


HARI KE- 3 ; EPAL HIJAU + SEGELAS DUTCH LADY PUREFARM


HARI KE- 4 :  BUAH NAGA + DUTCH LADY PUREFARM


HARI KE-5 SARAPAN  ; CRUNCH + SUSU DUTCH LADY PUREFARM
Bukan senang nak kira tentukan atau check berapa nutrien dalam setiap hidangan yang nak kita makan .. tak rajin ! Nak senang .. Lisa pilihminum susu je , susu penuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu waktu sarapan bantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien dari makanan yang diambil sepanjang hari anda. Wah ..mesti ada yang belum tahu lagi kan ?  

Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. 
Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.


Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk
atau 




6
( Hide )
  1. menarik breakfast dia la... janji menu yang sihat kena minum susu...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Wow.. diet. Selalunya i ambik yang full cream makan dengan cornflake. Hehehe

    ReplyDelete
  3. macam nak try la makan buah naga mix dengan susu dutch lady ...

    ReplyDelete
  4. Kak juju pun minum susu ni waktu sarapan..mmg sedap sebab boleh pelbagaikan menu sarapan...bayangkan guna pisang potong bulat2 dan satukan dalam gelas dah boleh rasa mcm makan bubur sejuk pisang...sedap sgt2

    ReplyDelete
  5. sedap-sedap sarapan lisa ni.. akak suka yang buah naga tu terliur la pulak nak kena cari buah ni hahahha

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo