SAFI FAIR BEAUTY
“Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”
Tidak
yakin ketika menghadiri temuduga?
Selalu
menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar
di
media sosial?
Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia
tak perasan? :(
Jangan risau….
SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
SAFI FAIR BEAUTY BARU DENGAN 8 MANFAAT KECANTIKAN
Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.
Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur
yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan
faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia.
Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1
di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil
memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para
gadis. SAFI menggenggam utuh
falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan
berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.
Kelahiran semula SAFI
FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah
rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan
ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan
produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah
SAFI FAIR BEAUTY.
Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak
semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona
kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan
kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan
menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal
lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu
di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!
Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E,
B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung
dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.
Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan
ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak
organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula
struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara
semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin
halus seakan remaja!
SAFI FAIR
BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi
BIO.Fairness bertindak untuk:
- Mencerahkan kulit
- Menyamaratakan tona kulit
- Kulit berseri merah jambu
- Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
- Memberi perlindungan UV
- Melembutkan dan menghaluskan kulit
- Melicinkan kulit
- Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit
“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!
Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY
Dia si ayu
penuh keyakinan
Yang sulung penuh ayu, dialah
Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR
BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut,
halus dan cerah berseri.
CARA PENGGUNAAN :
basahkan muka dan ambil sedikit pembersih pencerah wajah safi fair beauty ditelapak tangan , ratakan dimuka dan urut perlahan . Kemudian bilas dengan air bersih . Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
Dia si cantik
penuh kemanisan
Yang tengah si cantik manis,
dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR
BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan
pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih
manis dan segar pada bila-bila masa.
CARA PENGGUNAAN : oleskan pada wajah secara rata setelah mencuci muka dengan Pembersih Pencerah Wajah Safi Fair Beauty .
Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY
Dia si comel penuh keceriaan
Yang bongsu comel dan ceria,
dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR
BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan
yang sama dengan produk rangkaian SAFI
FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta
ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak,
setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte
finising).
CARA PENGGUNAAN : Langkah terakhir , ambil secalit pada jari dan kemudian ratakan di seluruh wajah . Dipakai selepas olesan Krim Pencerah Wajah Safi Fair Beauty .
SAFI FAIR
BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan
citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk
Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim
Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan
kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY, Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin
kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang
penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap
produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling
menarik, harganya kekal sama!
Berikan kulit wajah anda 8
manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI
FAIR BEAUTY berikut:
1.
SAFI Fair Beauty
Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 (0%
GST)
2.
SAFI Fair Beauty
Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45
(0% GST)
3.
SAFI Fair Beauty BB
Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 (0%
GST)
4.
SAFI Fair
Beauty Set (Fairness Cream + Facial
Cleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90 (0%
GST)
Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Produk
ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya
hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI
sila layari laman
Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY,
Instagram SAFI @safimalaysia,
laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
makin cerah dan cantik la kulit lisa lepas guna safi =)
ReplyDeletesha dah guna bb cream tu! buat pakai datang kerja tiap hari hehe
ReplyDeletewah lisa dah putih lepas ni bertambah putih lagi bb cream dia best sebab ada spf kan /
ReplyDelete