Ad

PRAY FOR LION AIR JT610 Crash

PRAY FOR LION AIR JT610

Sekali lagi , negara Indonesia diuji .. selepas tsunami di Sulawesi ,  Lion Air JT610 terputus hubungan dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang . Semoga semua mangsa yang terkorban dipermudahkan disana , dan Semoga keluarga mangsa yang terkorban diberikan kekuatan dan ketabahan. Aku sendiri terbayang betapa takutnya kalau naik flight terbentur dengan awan pun dah rasa gegaran nya . Marilah sedekahkan al-fatihah untuk mereka yang beragama islam yang terkorban dalam nahas tu , and for non muslim .. May their's soul rest in peace . 

surat Al Fatihah

بِسْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّØ­ْÙ…َــــــــنِ الرَّØ­ِيــــــــمِ {1} الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ {2} الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ {3} Ù…َالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّينِ {4} Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ {5} اهْدِÙ†َا الصِّرَاطَ الْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ {6} صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ الْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَالضَّآلِّينَ {7}
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1) Segala puji  bagi Allah, Tuhan semesta alam (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3) Yang menguasai  hari pembalasan (4) Hanya Engkaulah yang kami sembah,  dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (5) Tunjukilah  kami jalan yang lurus (6) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat (7) (surat Al Faatihah : 1-7)


LION AIR JT 610 CRASH


INFO : Pesawat JT-610, Lion Air itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi (waktu tempatan), sebelum dikatakan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi (waktu tempatan). Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada pukul 7.10 pagi waktu Indonesia barat. Pesawat membawa 189 orang di dalamnya terdiri daripada 178 dewasa, tiga kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Semoga dipermudahkan urusan pencarian Bangkai pesawat JT610 dan mangsa-mangsa yang terkorban . 

#PRAYFORJT610 :-(

ZEPHYRINE - KULIT WAJAH SIHAT, CERAH & BERSERI

PRODUK KECANTIKAN YANG BERKESAN UNTUK KULIT SENSITIF

ASSALAMUALAIKUM ! Seperti yang Lisa tulis di entri sebelum ini  tentang satu produk kecantikan iaitu  ZEPHYRINE , SKINCARE KULIT SENSITIF TANPA PARABEN  ,tiba masanya untuk Lisa share pada korang result review selepas pakai selama kurang lebih 1 bulan .  Produk kecantikan yang berkesan untuk kulit sensitif satu ini  tiada alcohol , non - heavy metal , tiada silicon ,paraben dan tidak di test pada haiwan  . Ok ..ok ... teruja sungguh nak menulis kali ini nak kongsikan review Lisa .  


ZEPHYRINE - KULIT WAJAH SIHAT, CERAH & BERSERI 

Memandangkan baru start nak pakai , Lisa pilih Zephyrine Classic Starter Pack yang memang sesuai untuk kulit Lisa yang agak sensitif ni . Kulit ni cepat bagi tindak balas jika produk tu tak sesuai digunakan . Produk yang ada didalam Zephyrine Classic ni iaitu : 
#1  ROSE ESSENCE TREATMENT LOTION - Z11
#4 WHITE TRUFFLE REPAIRING CREAM  -Z44
#6 CATTLE PLACENTA EXTRACTION  REPAIRING MASK - Z6


Jom baca pengalaman Lisa menggunakan Zephyrine !

1. ROSE ESSENCE TREATMENT LOTION #1 ( Z11)


Diperbuat dari Pearl Extration dari uwajima & Bulgarian Ruby-Damascus Rose Hydrosol Water Base , untuk kekalkan kelembapan kulit wajah. Untuk elakkan kulit dari kering dan kusam , korang harus pakai toner atau lotion untuk kekalkan kelembapan kulit dan elakkan dehidrate pada kulit wajah . Rose Essence Treatment Lotion ni ada bau-bau rose dan tak pedih dikulit sebab tak mengandungi alcohol . Wangi dan fresh gitu ! 


Cara Penggunaan : Tuang pada kapas dan sapukan di wajah . Kadang Lisa suka tuang je di telapak tangan kemudian ratakan di wajah ... tekan dap-dap bagi lotion tu meresap dalam kulit .

Review Lisa : 10/10 star !
 Aroma rose wangi dan buat kulit segar dan tak melekit di tangan . Tak pedih di wajah ( no alcohol , No Paraben ) . Sesuai dengan kulit wajah Lisa tiada tanda-tanda iritasi atau ketulan jerawat dihari pertama pemakaian . Wajah jadi lembut , berseri dan lebih anjal !

2. WHITE TRUFFLE REPAIRING CREAM #4 ( Z44) 




Cream ini sama seperti moisturizer , selain dari melembabkan , memperbaiki sel kulit wajah , juga boleh meningkatkan keanjalan kulit wajah .  Zephyrine WHITE TRUFFLE REPAIRING CREAM  mengandungi Aqua dan diperbuat dari white truffle dan yeast ( pitera )  . Bau pon sedap , juga tak melekat .

NOTA : Zephyrine White Truffle Repairing Cream ini hanya untuk kegunaan luar sahaja tau .. kalau terjadi iritasi pada kulit seperti kemerahan , bintik jerawat atau gatal ..hentikan pemakaian dan kunjungi doctor untuk rawatan lebih lanjut .

Cara pemakaian : Sapu secara merata pada kulit muka selepas penggunaan Lotion Rose Essence Treatment Lotion .

REVIEW LISA : 10/10 STAR
Sebulan pemakaian White Truffle Repairing Cream , kulit rasa lebih lembut , anjal .. tidur pun lena . Tiada alergic pada kulit wajah Lisa , means sesuai la pada kulit kan .. Hehehe. Best tak melekit ,,, Biasanya Lisa sapukan diwajah sebelum tidur dan pagi hari sebelum makeup harian . Hasilnya memang memuaskan ,, suka suka...


3. CATTLE PLACENTA EXTRACTION  REPAIRING MASK #6 ( Z6) 



Dalam sekotak ni ada 3 keping mask CATTLE PLACENTA EXTRACTION  REPAIRING MASK , BAHAN-BAHAN UTAMA: Plasenta Protein, Ekstrak Mutiara, Sodium Hyaluronate, Ekstrak Cucumber, Rumpai Laut, Hispagel 200

Face mask Zephyrine berada di lapisan berwarna biru dan putih tu .. mask tu berada di tengah-tengah  . Untuk menjaga kualiti dan kandungan face mask tu kot rasanya . WANGI !


Cara pemakaian : Buka lapisan Pearl dan lapisan biru tu . Kemudian lekatkan di wajah. Biarkan selama 15-20 minit . Dan tanggalkan sambil tepuk-tepuk perlahan di wajah bagi kandungan facemask tu cepat meresap.

Time pakai mask ni kulit wajah rasa ditarik-tarik dan terasa anjal gitu . Best !




REVIEW LISA : 10/10 STAR . 
Bukan semua mask sesuai untuk kulit muka Lisa , tak kisah jenama apapun . Dah banyak yang Lisa pakai selama ni tapi 10 peratusan je yang sesuai dari banyak-banyak jenis produk yang dah cuba . Cattle Placenta Extraction Repairing Mask , ngam dengan kulit wajah Lisa . Memang WOW sangat seperti tak percaya yang mask ni boleh sesuai dengan kulit wajah Lisa . 

Sebelum ( Gambar ini diambil 1 bulan lepas ) 

Selepas penggunaan Zephyrine sebulan  ( october )  .

Untuk dapatkan hasil yang maksimal kena pakai secara rutin jangan skip-skip ye . Sebelum membeli pastikan korang ketahui jenis dan keadaan kulit wajah korang . Disebabkan kulit masing-masing orang berbeza , korang boleh cuba gunakan di bawah telinga atau di pergelangan tangan bagian dalam . Jika berlaku alergic , stop penggunaan dan  sila jumpa doctor. 

REVIEW LISA Selepas Sebulan Memakai Zephyrine . 


Dari lotion toner  , moisturize cream sampai ke mask Lisa berpuas hati keseluruhannya dan bagi 10 bintang ! Sebab seuai dengan kulit Lisa , berikan nutrisi , repair kulit ,  melembabkan kulit ,mencerahkan dan semakin anjal juga gebu . Hidrate kan kulit wajah jadi tak kusam dan berseri walaupun bangun tidur . Tak melekit ditangan dan bauan ROSE atau mawar yang memang sesuai untuk kecantikan . Totally review memang berpuas hati ! I LOVE IT .. Korang jangan lupa cuba tau .. 

HIGHLY RECOMENDED ! 



Produk ini boleh didapati dan dibeli secara online di 

Website : Zephyrine 

Instagram : ZEPHYRINE.MY  

Facebook : Zephyrine Malaysia 

SAMSUNG NOTE 9 Midnight Black , Hadiah Tahun Ini


SAMSUNG NOTE 9 , Hadiah Tahun Ini


Assalamualaikum ! 
Lama tak menulis entry personal.. cewah personal la sangat . Setiap tahun Lisa akan beli hadiah untuk diri sendiri , rewards gitu setelah bertungkus lumus kerja . Cehhh dengar macam WOW sangat padahal.... . Hadiah kali ini aku beli Samsung NOTE 9 , wow betul tahun ni kan . Rasa tahun ni tahun keluar duit je hahaha. 


Lama dok fikir nak beli pakej telco atau nak beli secara cash je , kalau Lisa beli guna pakej YES YTL , harga baru rm999 then upfront payment  dalam 720  , bulanan rm 98  . Untuk pakej celcom lak masa riki-riki tu tak kuar lagi masa tu . So tunggu la sampai keluar . Lisa ni jenis yang tak nak contrak sebab ye la , nak jimat duit . Sekarang pon dah ada 2 bill , data tak luak pon.. lagi nak tambah 1 bill, lau guna tak pe juga.. ni tak pakai bazir mcm tu je . Dan finally aku beli cash je . ( Dalam hati pujuk , ala tak pa nanti dapat duit review blog lagi , Invest gadget nanti pon senang nak update blog ,,, dapat duit lagi ) Hahaha.. 


Kelebihan Samsung Galaxy NOTE 9 

Diantara kelebihan yang ada pada samsung Galaxy Note 9 yang Lisa suka ialah : 
  • Skrin Besar . 
    Galaxy Note 9 mempunyai skrin yang lebih besar iaitu  6.4 inci Super AMOLED Infinity. Disokong resolusi QHD + dan juga HDR10. Senang nak tengok viu ataupon netflix haha. 
  • Storan besar .
    Lisa gunakan iPhone dengan storan 64GB . Nampak besar tapi sebenarnya tak cukup untuk seorang blogger macam Lisa ni ha , dari apps sampailah gambar yang sampai 10K . hahah banyakkan ? NOTE 9 Lisa ambek yang 128Gb dan RAM 6GB , kalau tak cukup tak tau lagi lah . Kenapa tak ambil yang 512GB ? sebab taknak jadi hang ke apa . hehehe ...
  • Kamera 
    Note 9 mempunyai Dwi-kamera 12+12 Megapixel dengan bukaan (f/1.5+f/2.4) dan sokongan rakaman 4K 60FPS . Kamera cantik ! Seorang blogger memang tak lari dari snap gambar produk ataupun selfi . Setakat ni Lisa dah guna untuk snap gambar produk dan juga record video . Hee... kena explore lebih lagi . 
  • Stylus .
    Kalau dulu Lisa guna NOTE 3 , pen boleh guna untuk conteng2. S-Pen Note 9 pula lebih banyak kegunaan dia seperti :  . Ia kini boleh menjadi alat kawalan jauh untuk mengawal kamera, pemain video, aplikasi muzik, perakam audio dan melakukan pembentangan seperti Power Point. Senang nak selfie tanpa hulurkan tangan !

  • Audio 
    Sound best woo , lagi lagi time tengok movie sebab dilengkapi dengan pembesar suara stereo serta dapat menghasilkan audio Dolby Atmos . Dah tak perlu pakai earphone lagi . 
  • Bateri 
    Bateri untuk Note 9 ini ialah 4,000mAh , boleh bertahan lebih dari 20 jam pada penggunaan sederhana dengan SOT mencecah 8 jam
  • Kalis Air 
    Hahahah yang ni penting sangat untuk Lisa . Sebab kadang Lisa ni suka bawa HP masuk dalam tandas,  jadi tak perlu risau la kalau kena air . 
  • Double Simcard 
    First time Lisa gunakan Phone yang ada 2 simcard , walaupun begitu Lisa pasang 1 sim je dalam tu hhehe. 



Nah ... Nak update blog pun dah rajin ( sikitttt.... ) sebab boleh terus upload ke blogger.com , kalau pakai iPhone tak boleh huhu sebab tu la jarang update blog . *Elehh alasan je tu .  AMIN... semoga lepas ni rajin ye .. jangan malas-malas.,, heheh . 

Fuh berjaya juga Lisa update cerita tentang NOTE 9 ni.. hahaha. Tahun depan tak dan nak berjimba-jimba.. harap lepas ni menabung la . Kah kah kah .. 

Nah sedikit gambar dari Newbies untuk gambar pertama pakai NOTE 9 . Jangan kecam ya , pakai auto je .. tengah belajar lagi guna PRO .. haaha







BIODATA DINI SCHATZMANN

BIODATA DINI SCHATZMANN

" Abang Naqib.. pencuri hati cik Reen " .  Dini Schatzmann , watak Naqib dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek . Pelakon yg baru menceburi bidang lakonan ini dah mencuri hati penonton , dengan perwatakan yang handsome dan badan sado gitu .  Nah ramai nya yang tertanya dan mencari biodata Dini Schatzmann ni kan , baca sampai habis kayh ! 

BIODATA LENGKAP DINI SCHATZMANN 

Nama Penuh : Dini Azan Schatzmann
Asal : Penang , Malaysia 
Keturunan : Mix , mak asal Penang ayah Switzerland
Agama : Islam 
Pendidikan : Bachelor of Materials Engineering
Kerjaya : Vegan Athlete , Pelakon 
Media Sosial : 
Instagram : @DINISCHATZMANN 
Twitter : @DINICHATZMANN

Walaupun campuran Penang dan Mat Salleh , Dini piorr taw cakap telo Penang . Kalau cakap melayu susah sikit la sebab dia tak sekolah di Malaysia , tapi loghat Penang tu memang fasih . Dini juga pernah join dalam masuk kelas lakonan asas bersama ibu Fauziah Nawi . 


GAMBAR DINI SCHATZMANN 









Susu Fernleaf UHT Kaya Nutrisi dan Lazat !

Susu Fernleaf UHT Kaya Nutrisi dan Lazat ! 


Siapa yang suka susu kita geng ! Nah lisa bagi tutorial cara minum susu gaya terbaru, kahkah .. straw rare gitu mesti korang jeles nengoknya . Walaupun suka susu , Lisa jenis ambek kisah tentang kualiti dan nutrisi didalamnya . Bukan apa , banyak je susu diluar sana yang hanya banyak lemak tepu berbanding nutrisi yang terkandung . Salah satu susu favorite Lisa , susu FERNLEAF UHT  , kaya nutrisi, berkhasiat dan lazat  . Diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand sejak 1893. 

Susu Fernleaft Diperbuat Dengan 100% Susu dari New Zealand 

Lembu-lembu yang menghasilkan susu Fernleaf UHT ni dipelihara di New Zealand nun jauh disana .  Di New Zealand terkenal dengan tanahnya yang subur , kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Lembu tenusu ini meragut rumput secara bebas di ladang semulajadi yang penuh dengan rumput segar dan berkualiti tinggi , tanpa terkurung dalam kandang .
Hasilnya , susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan .Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi , vitamin A dan juga vitamin D. 

Tentang FERNLEAF
Di Fernleaf , lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu dan para peladang menjaga mereka dengan penuh dedikasi . 

Tahukah anda  , bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput . 


Kebanyakan lembu-lembu tu habiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah , dan secara tak langsung lembu tu dapatlah kandungan Vitamin D yang sihat . Oleh sebab itu , lembu tenusu Fernleaf hasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung didalam kandang . 

Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi 

Dengan rumput yang berkualiti tinggi , iklim yang selesa , udara dan air yang bersih , lembu tenusu Fernleaf menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Patut rasa sedap , macam ayam.. kalau ayam tu membesar dengan inject or makan dedak dengan ayam kampung ... ayam kampung lagi sedap weih . serious ! 

PAKAR TENUSU ( DAIRY EXPERT ) 


Dengan Lebih daripada 140 tahun (  sejak 1893 ) pengalaman  dalam perladangan tenusu , peladang berdedikasi amat bangga dalam kerja mereka , untuk pastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dari air yang bersih , rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna . Mak aih lama gila tu dah lebih dari 140 , sebab good kualiti lah kan boleh bertahan lama macam ni . 

‘GOOD BALANCED FEEDING GIVE GOOD PROFIT’




100% Mmmmm .... Minum susu Fernleaf UHT memang dah tak hingat dunia la. Hahaha .. seriousy time sampai je susu ni Lisa dah sorokkan siap-siap , tamak sungguh ! hahaha..

 Susu Fernleaf UHT ni ada 3 perisa iaitu : 
  • Full cream 
  • Low Fat 
  • Coklat 

Ketiga perisa ni Lisa suka minum hahaha ,,, kalau korang tengah usaha nak diet tu boleh la minum yang Low Fat . Aumm dap dap ... ! 

Jangan risau , Susu Fernleaft UHT ada sijil halal dan penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand . Rasai keenakan susu Fernleaf UHT yang 100% Mmmmm! Keenakannya diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand – dihasilkan oleh lembu-lembu yang dipelihara dengan rumput berkualiti tinggi.



Let’s get 100% Mmmmm together with Fernleaf UHT milk! . 



Korang boleh dapatkannya di semua pasaraya atau di kedai-kedai berhampiran anda pada harga RM5.70 bagi satu set empat pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter. Detail selebihnya boleh layari laman Facebook Fernleaf Malaysia  


PROMOSI PERCUMA TELEFON CELCOM

cara dapat redeem percuma telefon celcom

PROMOSI PERCUMA TELEFON CELCOM 

Assalamualaikum ! lama tak bercerita tentang celcom ni ha . Celcom sekarang sedang buat Promosi Percuma Telefon guys . Senarai phone percuma diantaranya , Oppo A3S , Oppo F9 , Huawei P20 , Huawei 3i , Huawei Nova 2 Lite , iPhone 6 , Vivo 11i , Samsung J4 ,  , menarik bukan ? Promosi percuma telefone celcom tanpa Wang Pendahuluan / Upfront Payment  ni diberikan untuk pengguna celcom postpaid / pascabayar yang berlangganan lebih dari 12 bulan . Nak tahu lebih detail ? Baca sampai habis tau .


SENARAI PHONE PERCUMA CELCOM

Apa je senarai phone yang termasuk dalam promosi phone percuma celcom ? Nah berikut ialah List nya :
  1. OPPO A3S 
  2. Samsung Galaxy j4 
  3. Huawei Nova 2 Lite 
  4. iPhone 6 32gb
  5. Oppo F9
  6. Huawei Nova 3i
  7. Vivo V11i
  8. Huawei P20
  9. Huawei Mate20 ( akan datang ) 

PERCUMA OPPO A3S UNTUK PELANGGAN CELCOM 


Oppo A3S percuma untuk pelanggan First Gold Plus keatas . 

Untuk memudahkan pakej First yang mana satu dan dapat phone mana satu  , korang boleh tengok gambar dibawah ini . 

  • First Gold Plus RET (RM98 /month ) 
    Free Phone : Oppo A3S , Samsung Galaxy J4 . 

  • First Gold Supreme (RM128/Month) 
    Free Phone : Iphone 6 32gb , Huawei Nova 2 Lite , Oppo A3S, Samsung 4 , 

  • First Platinum : (RM148/Month)
    Free Phone : Oppo F9 , VIVO V11i , Huawei 3i , Oppo A3S, Samsung 4 , Iphone 6 32gb , Huawei Nova 2 Lite  

  • First Platinum Plus RET ( RM188/Month ) Free Phone : Huawei P20 ,  Oppo A3S, Samsung 4 , Iphone 6 32gb , Huawei Nova 2 Lite  ,Oppo F9 , VIVO V11i , Huawei 3i 




100,000 PHONE PERCUMA , 101 HARI CAMPAIGN.

Pakej untuk phone percuma ni sebenarnya memang dah lama ada , bezanya sekarang pelanggan boleh bawa balik phone tu tanpa uang deposit atau uang pendahuluan . Best bukan ? 
Kempen atau Promo ini telah pun bermula dari 20 September sampai 29 Disember 2018 . Sebanyak 100,000 phone akan diberikan secara percuma kepada pelanggan celcom yang guna pelan postpaid lebih dari setahun . Pastinya tertakhluk pada terma dan syarat .


Cara Dapat Reedem Phone Percuma Celcom ( RETENTION PLAN )


Kelayakan pengecualian bayaran pendahuluan ;

  • Melanggan celcom postpaid / pasca bayar dalam tempoh lebih dari 12 bulan
  • Tiada call bar selama 6 bulan lepas
  • Warga negara Malaysia sahaja.
  • Kontrak 2tahun 


Bagaimana jika ingin mendapatkan phone free ini tapi tak lepas kriteria diatas ?

Jika korang tak memenuhi kriteria syarat diatas , contoh tak sampai setahun , atau ada call barred  , korang masih boleh Reedem Phone FREE tu , bezanya korang perlu bayar Upfront Payment ,  yang ditentukan . Lain pakej lain upfornt paymentnya . Upfront payment ni nanti akan terus dimasukkan dalam bill korang jadi tak perlu bayar bill untuk beberapa bulan .



DEVICECelcom First Gold Plus Celcom First Gold Supreme Celcom First Platinum Celcom First Platinum Plus
ANDROIDRM300 RM450RM600RM1,000
IOS(iPhone)RM700RM900RM1,100RM1,300


Program CTOS score , Nikmati pengecualian Bayaran Pendahuluan sehingga RM1,000

Pelanggan yang tidak memenuhi kriteria untuk pengecualian penuh bayaran pendahuluan untuk device smartphone Free , korang boleh nikmati program pengecualian pembayaran terdahulu di bawah Skor CTOS. Pelanggan akan menikmati pengecualian bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bergantung kepada skor CTOS korang . CTOS korang cantik , dapatla rebate RM1,000 tu . Yang ni korang kena check di  Celcom Blue cube atau Celcom Certificate Partner . 

Contoh : 


Smartphone Huawei P20 percuma untuk pelanggan Celcom First Platinum Plus , dan full waived upfront payment jika telah melanggan lebih dari 2 tahun atau lebih dari setahun dengan syarat tiada call bared dalam 6 bulan yang lepas . 

Jika korang belum cukup setahun dan nak ambek juga phone free ini , boleh tapi kena bayar RM1,800 untuk Upfornt payment atau bayaran pendahuluan ( akan direbate semula dalam bill setiap bulan ) . Kalau CTOS Score korang cantik , korang boleh dapat potongan sehingga RM  1,000 ( amount ni kena tengok berdasarkan jumlah CTOS Score masing-masing ya )  , Jadi customer hanya akan bayar RM800 sahaja . 
RM1,800( upfornt ) -RM1,000 (CTOS Score  = RM800 

Promosi Percuma Phone Celcom hanya berlangsung selama 101 hari dan 100,000 device sahaja . Jangan lepaskan peluang ini .

PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK

PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK

Novel The Misadventures Of Cik Reen & En. Ngok Ngek karya Maya Adira akan diadaptasi ke sebuah drama untuk slot Megadrama di saluran Astro Ria. Bakal menampilkan gandingan Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim. Wah tak sabar tengok Farah Nabilah berlakon , Drama ni ditayangkan bermula 1 Oktober 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek diantaranya ; Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali

SENARAI PELAKON CIK REEN ENCIK NGOK NGEK 



PELAKON WATAK
Farah Nabilah Azreen
Fikry Ibrahim Harris Zakuan
Haneesya Hanee Zaza
Iswan Ismail Iman
Scha Elinnea Izyan
Farhan Asri Iqram
Dini Schatzmann Naqib
Nabila Razali Siti
Badrul Muhayat Che Azhan
Farisha Irwayu Che Embun
Rania Humaira Anum
Nik Adam Mika Qalish


LAGU TEMA / OST

Satu Peluang - Andi Bernadee

SINOPSIS CIK REEN ENCIK NGOK NGEK

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut.

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak.

GAMBAR PELAKON



credit : myinfotaip







SAFI FAIR BEAUTY BARU DENGAN 8 MANFAAT KECANTIKAN

SAFI FAIR BEAUTY 

“Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”



Tidak yakin ketika menghadiri temuduga?
Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar
di media sosial?
Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :(

Jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

SAFI FAIR BEAUTY BARU DENGAN 8 MANFAAT KECANTIKAN


Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.


Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.

Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

  •          Mencerahkan kulit
  •          Menyamaratakan tona kulit
  •          Kulit berseri merah jambu
  •          Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
  •         Memberi perlindungan UV
  •          Melembutkan dan menghaluskan kulit
  •          Melicinkan kulit
  •          Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit





“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!


Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY



Dia si ayu penuh keyakinan

Yang sulung penuh ayu, dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri. 


CARA PENGGUNAAN : 
basahkan muka dan ambil sedikit pembersih pencerah wajah safi fair beauty ditelapak tangan , ratakan dimuka dan urut perlahan . Kemudian bilas dengan air bersih . 


Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. 


Dia si cantik penuh kemanisan
Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa. 


CARA PENGGUNAAN : oleskan pada wajah secara rata setelah mencuci muka dengan Pembersih Pencerah Wajah Safi Fair Beauty . 

Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY



Dia si comel penuh keceriaan
Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).



CARA PENGGUNAAN : Langkah terakhir , ambil secalit pada jari dan kemudian ratakan di seluruh wajah . Dipakai selepas olesan Krim Pencerah Wajah Safi Fair Beauty . 


SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!


Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:

1.            SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
Saiz pek: 50g/100g
Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)

2.            SAFI Fair Beauty Fairness Cream
Saiz pek: 50g/80g
Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)

3.            SAFI Fair Beauty BB Cream
Saiz pek: 40g
Harga: RM8.15 (0% GST)

4.            SAFI Fair Beauty  Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
Saiz Pek: Gift Set
Harga: RM10.90 (0% GST)

Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper. Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari laman
Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI @safimalaysia, 
laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia


SAFI FAIR BEAUTY BARU - Review : 

Sebenarnya Lisa dah terima awal bulan September dan Lisa join cabaran 31 hari dengan SAFI FAIR BEAUTY . So far memang ok dan tiada tanda-tanda jerawat , ruam atau pengelupasan . Nah korang yang suka pakai BB cream dan taknak nampak berminyak korang boleh try SAFI FAIR BEAUTY yang baru ni ha sebab Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY tidak berminyak dan mate di wajah. Jom sahut cabaran ini . ;-) 


© all rights reserved
made with by templateszoo