ALTHEA TURN 3 ! Welcome Gift Real Fresh Skin Detoxing
Annyeonghaseo ! Wah pejam celik dah 3 tahun usia ALTHEA . Happy Birthday Althea Turn 3 ! Time pergi vacation hari tu dapat message yang ada dapat delivery kotak pink , dalam hati melonjak riang dah hehee. Lisa dapat 'Welcome Gift' real fresh skin detoxer dari Althea yang diberikan untuk kesemua althea angels . Happy uolls... tertanya-tanya juga apa la isi dalam kotak pink tu haa.... let's unboxing ;-)
UNBOXING WELCOME GIFT ALTHEA TURN 3
Jom sama-sama tengok Lisa unboxing welcome gift althea angels - althea turn 3
Tada... inilah senarai barang-barang yang ada dalam kotak welcome gift tu ..
- White Mirror
- Premium Althea Tote Bag
- Pink Althea Mini Bag
- Birthday Box Miniature Paper Box
- Real Fresh Skin Detoxer (green tea & Rose )
- Welcome letter
- Discount code
ALTHEA X GET it BEAUTY
Baru ni ALTHEA berkolaborasi dengan Korea No 1 - Beauty TV SHOW , yang memperkenalkan trend terkini dan juga semua info berkaitan dengan kecantikan . Get it Beauty ini tawarkan pelbagai pengalaman kecantikan. Woahh Menariknya ... ! Kalau Lisa dekat teringin juga nak join .. tapi jauh nun di KOREA sana .. adeh..
R E A L F R E S H S K I N D E T O X E R
"Treat your skin daily to this easy-to-use, 10 second wash off mask"
Memang Lisa ni tak berapa rajin nak ber-face mask setiap hari. Buat pun kalau ada masa yang betul-betul free je , maklumlah penat bekerja . Kebanyakan face mask ni makan masa 15-20 minit tuk tepek kat muka.. elak Lisa tertidur sampai ke pagi . Hahaha.. psstth.. REAL FRESH SKIN DETOXER yang satu ni , mudah digunakan dan hanya perlukan masa 10 saat je ! wah... terus rajin nak manjakan kulit muka .
Ada dua jenis untuk skin detoxer ini iaitu :-
- REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE (Refine )
- REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA ( Purify )
REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE
Rose atau bunga mawar ni memang bahan yang terkenal bermanfaat untuk kecantikan . REAL FRESH SKIN DETOXER ROSE , diperbuat dari French Rose petals + extract , dipetik menggunakan tangan dan berfungsi untuk memperbaiki dan melembutkan kulit anda seperti kelopak rose. Real Fresh Rose ini digunakan pada pagi hari .
REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA
Untuk Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini untuk kegunaan pada malam hari . Sebelum menggunakannya , jangan lupa bersihkan muka dari makeup .. lepastu keringkan wajah dan baru relaxs kan kulit wajah tu dengan menggunakan REAL FRESH SKIN DETOXER GREEN TEA . Diperbuat dari daun green tea Jeju + extract untuk kegunaan membersihkan wajah.
CARA PENGGUNAAN :
Keringkan kulit wajah, gunakan lapisan yang agak tebal dan biarkan selama 10 saat. Tambah pada sedikit air dan urut sangat perlahan dalam gerakan bulat sebelum membasuh dengan air .Mudah saja bukan ? Jimat waktu dan kulit wajah pun fresh & lembut. Korang kena cuba sendiri tau .
NOTA : PSthhh semalam Lisa tengok ada potongan harga 10% ! Cepat tau sebelum SOLD OUT ..
Korang dah boleh dapatkan di web atau Apps Althea tau . More info :
hi geng..kita pun ada jugak..dua2 best..tapi k.fiezz paling suka green tea..bau dia sedap..macam nak makan..hehe
ReplyDelete