Assalamualikum ! walaupun agak terlambat beberapa hari .. tapi Lisa nak ucapkan tahniah juga . CONGRATULATIONS kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 penggal [ 2018-2023] . Sejarah tercipta! Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM kali kedua pada usia ke 93 . The Oldest Prime Minister in the world
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH
Hampir tak pernah Lisa menulis tentang politik , ialah sebab sebelum ini ada kekangan media dalam menulis dan meluahkan berita walaupun berita itu benar . PRU-14 telahpun berakhir dan akhirnya Barisan Nasional jatuh digantikan Pakatan Harapan . Alhamdulillah Tun M pun telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru . Memakan masa yang lama dari bermulanya Tarikh mengundi , Pengiraan Undi , dan masa untuk Angat Sumpah PM yang baru .
Tarikh Mengundi - ada yang membuat laporan namanya dah di garis dah mengundi padahal dia masih beratur lagi dalam barisan selama 2 jam . [ mungkin lepas ini SPR perlu gunakan kaedah Scan TUMBPRINT macam dalam bank tu baru tak keliru , hehehe ]
Masa Pengiraan UNDI - Tetiba blackout , seperti PRU-13 pun sama ja .. memang dah diprediksi loh . Sekolah tetiba terbakar , yang ini memang kebetulan sungguh .. Nak buat macam mana , dah nak jadi kan ... Masa untuk pengumuman hasil keputusan undi pun dekat pukul 3-4 pagi macam tu la , biasanya dalam pukul 12 tengah malam dah siap .Time tu aku dah tidur tak larat nak tunggu sebab kerja keesokan harinya . Bangun tidur hari tu tengok suasana luar yang aman damai , udara pun lain macam .. hah.. mungkin PH menang kot dan semua orang tidur lena selepas tunggu keputusan undi . Biasalah ,, banyak nak kena kira kertas undi tu .. bukan senang .
Angkat Sumpah Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke Tujuk 2018. - Rakyat mana yang tak teruja nak tunggu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menggantikan DS Najib Razak , tapi .. memakan masa yang lama sebelum konfirmkan yang sama ada Tun M atau orang lain yang akan jadi PM sebab yela PH bukan ialah gabungan beberapa parti . Rakyat risau juga time ni selagi Tun M belum mengangkat sumpah , memang tak boleh happy lagi . Bermula khabar 11 pagi .. tapi di tunda ke 5 petang , akhirnya mendapat kata akhir pukul 9.30 Tun Mahathir Mohamad selamat menjalaankan ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 7 , tahun 2018 penggal 2018-2023
Kenapa makan masa yang lama ? Time tu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V , baru balik dari umrah dan sebelum mengambil keputusan siapa yang akan jadi PM ke-7 , Yang di-Pertuan Agong kena berjumpa dengan Wan Azizah untuk berbincang tentang siapa yang akan menjadi PM ketujuh . Sebab Tun M tidak mengetuai mana-mana parti . Kalau semua parti setuju Tun M yang menjadi PM barulah boleh angkat sumpah . Nah rumit juga rupanya kan.
Iskhh apalah nitizen yang berburuk sangka menulis komen yang negative tentang Yang DiPetuan Agong sebab angkat sumpah lambat. Gelojoh nau cakap tak fikir dulu ..
Oh ya.. dah udah le tu nak mengutuk Najib , biar orang atas yang akan mengadilinya .. sebagai umat islam kena saling memaafkan. Jangan lupa yang dia berjasa juga semasa memerintah tempoh hari . Biar tunggu yang berkewajiban mengadilinya . Kalau jumpa time solat jumaat tu tegur-tegur la.. jangan pula dicemuuh .
EH.. terpanjang pula Lisa menaip itu. Tak pela biar nanti anak aku boleh baca ketika aku dihari tua nanti ... ceh berangan betul kan. Harap lepas ini Blog ciksepet.com dah tak dapat sekatan dari MAMPU . Hahaha jahat nau nak sekat blog lisa dan blog blog lain yang berdomain dot com .
Perdana Menteri dah bertukar, yay dah boleh start untuk prepared kawen . Hahaha...
Tahniah, mendoakan juga untuk Malaysia yang lebih baik. 😀
ReplyDeleteAlhamdulilah..
ReplyDeleteTahniah TUn M...MOga terus berjuang demi rakyat Malaysia ..
setuju. benci pun berpadalah. mcm la kita ni xde dosa. jgn bwg sgt ye dak? apa pun tahniah Tun..
ReplyDeleteTahniah Tun M .. Teruskan berbaktu untuk rakyat di usia senja ..
ReplyDelete