CARA SEMAK DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI 2018
Tinggal beberapa minggu lagi berlangsungnya Pilihan Raya Umum atau PRU ke 14. Sudah sediakah korang dengan calon-calon yang bakal ada dalam senarai tu ? Seperti yang Lisa tulis dalam artikel sebelum ini , Tarikh Undi PRU 14 Malaysia akan berlangsung pada 9 Mei 2018 , manakala untuk undi awal akan jatuh pada 5 Mei 2018. Sudahkah anda semak daftar pilih dan tempat mengundi ? dibawah ini Lisa berikan cara-cara untuk membuat semakan daftar pemilih dan Lokasi mengundi pilihan raya umum yang ke-14.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA UMUM KE-14 BERMULA 16 APRIL 2018
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa mulai 16 April 2018, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap daftar pemilih mereka yang terkini untuk mengetahui tempat mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing.
CARA SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI PRU 14 - 2018 boleh dibuat melalui pelbagai kaedah dan saluran seperti berikut:
1. APLIKASI MY SPR SEMAK
anda boleh membuat semakan dengan menggunakan aplikasi mudah alih My SPR Semak. Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma. Selain semakan daftar pemilih, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya yang dipertandingkan.
2. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN TEMPAT SECARA ONLINE
selain daripada itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan melalui pautan: pengundi.spr.gov.my
c) SEMAKAN MELALUI PANGGILAN HOTLINE
pemilih berdaftar juga boleh menelefon ke talian hot line 03-88927018 atau telefon ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
d) SEMAKAN TEMPAT MENGUNDI MELALUI SMS
pemilih juga menyemak melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) - ciaitu dengan cara menghantar SMS ke talian 15888 , dengan menaip
SPR <Jarak> No.KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888.
*cas penghantaran sms RM0.15 , cas untuk penerimaan RM0.20 .
Berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah dikuatkuasakan baru-baru ini, pemilih berdaftar adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal agar memudahkan perancangan pada hari pengundian. Sekiranya semakan telah dibuat dan pemilih telah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi (saluran), maka pada hari mengundi mereka tidak perlu membuat semakan lagi di kaunter SPR (barung semakan) di Pusat Mengundi.
JOM KITA SEMAK & JOM KITA UNDI .. ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA
No comments
Post a Comment