HURR.TV MEMPERKENALKAN ‘NAK BELI’ – PROGRAM BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED ONLINE EKSKLUSIF
-Dapatkan koleksi peribadi personaliti kegemaran anda di laman web Beli@hurr http://shop.hurr.tv-
Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr. tv memperkenalkan sebuah program beli-belah barangan pre-loved online eksklusif, ‘Nak Beli’ di mana personaliti media sosial kegemaran anda akan menampilkan koleksi barangan peribadi mereka yang akan dijual dengan harga menarik di laman web Beli@hurr.
Empat episod web pertama ‘Nak Beli’ akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam setiap hari Jumaat bermula 20 April 2018 sehingga 11 Mei 2018, dan empat episod web berikutnya pada jam 12 tengah hari bermula 18 Mei sehingga 8 Jun 2018 di laman web www.hurr.tv . Barangan pre-loved yang ditampilkan boleh didapati secara eksklusif di laman web beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv.
Program beli-belah ini akan menampilkan personaliti media sosial berbeza setiap minggu selama lapan minggu, antaranya model hijabi Sharifah Rose di minggu 1, vlogger Nisha Ezzati di minggu 2, influencer Ikashafarey di minggu 3 dan influencer Syuhaila Ruzaimi di minggu 4. Beberapa personaliti Instafamous lain yang turut menyertai program ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.
‘Nak Beli’ adalah rancangan beli-belah online pertama di Malaysia yang memberikan penonton peluang untuk membeli koleksi peribadi personaliti kegemaran mereka. Bagi setiap episod web, personaliti jemputan akan menampilkan beberapa barangan pre-loved peribadi mereka yang unik dan tersendiri, dan penonton boleh memiliki barangan terbabit menerusi Beli@hurr.
Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Arah aliran untuk memilih barangan pre-loved memang telah ada sejak dulu lagi dengan kehadiran kedai vintaj, flea mark et, car boot sale, bazaar, kedai amal dan sebagainya. Kini, pembelian barangan pre-loved secara online sudah lazim di kalangan belia. Menerusi program ‘Nak Beli’, penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengenali lebih dekat personaliti kegemaran mereka, malah koleksi peribadi mereka juga boleh diperoleh dengan harga yang rendah dan mampu milik.
”
Tambahnya lagi, “Menjelang bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk penonton membeli-belah barangan pre-loved yang dipaparkan dengan harga yang menarik sekaligus bergaya dengan koleksi berkenaan di musim perayaan. Sudah pasti membeli barangan pre-loved adalah alternatif untuk pembeli bijak yang mahukan harga lebih baik, membantu mengurangkan pembaziran dan mesra alam serta memberikan keseronokan dan kepuasan yang hebat kepada pembeli.
NAK BELI - SHARIFAH ROSE
”
Di episod web pertama yang disiarkan pada 20 April, Sharifah Rose memperkenalkan sepuluh barangan peribadinya termasuk baju, kasut tumit tinggi, tas tangan dan shawl yang dijual secara eksklusif di laman web Beli@hurr, http://shop.hurr.tv. Barangan pre-loved Sharifah Rose mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan sejumlah enam daripada sepuluh barangan yang diperkenalkan berjaya dijual di dalam tempoh dua jam selepas program berlangsung.
Saksikan episod web pertama di sini: https://www.hurr.tv/jom-layan/nak-beli/sharifah-rose/
###
MENGENAI HURR.TV
hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan yang hiburan, urban, relevan dan realiti di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on -point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips -tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua.
Hanya yang hiburan, urban, relevan dan realiti di hurr.tv.
MENGENAI BELI@ HURR
Beli@hurr adalah butik e-dagang yang menawarkan pelbagai produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang eksklusif mengikut citarasa rakyat Malaysia. Di Beli@hurr, kami menawarkan produk unik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda dan membolehkan anda membeli-belah di mana jua pada bila-bila masa hanya di hujung jari.
Membeli-belah tanpa sempadan hanya di Beli@hurr.