Alhamdulillah ! Yang dinanti-nanti telah lahir dengan selamat . Rasa Happy pula dapat perkhabaran yang Tok Ti bersalin . Tahniah untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Tak sabar nak tengok dan tahu nama #babyctdk .
Tahniah Siti Nurhaliza Bersalin Bayi Perempuan
Aku happy hari ni ! Even bukan aku yang melahirkan, tapi aku happy sebagai peminat Tokti. Tahniah Tokti dan suami atas kelahiran zuriat yang lama dinanti ! penantian 11 tahun berakhir jua
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.
Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.
Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.
Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus
Tak sabar nak tengok wajah dan nama anak Dato' Seri Siti Nurhaliza dan Dato' Seri Khalid...
Korang pun teruja juga bukan... <3
Korang pun teruja juga bukan... <3
bestkan? rasa macam diri sendiri bersalin gak. nikmat. hilang sakit tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. akhirnya semuanya selamat..
ReplyDeleteTahniah Tok Ti..
ReplyDeleteain datang terjah blog sini.-farahain zfa-
ReplyDeleteMemang teruja bila dapat tau tokti pregnant..dah bersalin lagi teruja..mcm tu la orang bila nak dapat baby tak kisah lama atau tak..best ooo..cepat lisa kawin..hehe
ReplyDelete