Ad

RESIPI DORAYAKI

Resipi Dorayaki

Resipi Dorayaki


Bagi korang yang pernah tonton Kartun DORAEMON mestinya dah tak asing lagi dengan makanan kesukaan Doraemon iaitu DORAYAKI. Dulu masa kecil lagi , ingatkan kena pergi Jepun dulu baru boleh merasa kuih dorayaki ini, naif gila haha. Sekarang dah besar ni ... baru jumpa resipi dorayaki yang sebenarnya senang je aih . 

BAHAN-BAHAN MEMBUAT DORAYAKI 

1 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
½ cawan gula halus
½ camt baking soda
3 camb air
2 biji telur
1 cambmadu
½ camb minyak masak
Secukupnya kacang merah manis hancur (boleh ganti dgn coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)


Cara- caranya

1.      Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.
2.    Campurkan baking soda dan air. Kacau sehingga baking soda sebati
3.     Tambahkan larutan baking soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul rata.
4.    Tambahkan tepung yang telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).
5.    Selepas direhatkan, jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut keperluan.
6.    Panaskan pan (kuali leper), lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan terlalu besar nanti hangus).
7.     Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
8.    Kemudian sapukan kacang merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain.
9.    Siap !   DA BOLEH MAKAN!!!! 

cara membuat dorayaki


Bukan susah mana pun kan , dan bahan bahan pun senang sahaja... selamat mencuba !
jangan lupa share resipi dorayaki ini tau .. 
6
( Hide )
  1. senangnya resepi... kena rajin ngan idok jer nia nak try hahahaa

    ReplyDelete
  2. Hehehe biasa beli kat pasar malam jer lau nak makan.. haaa ni dah ada resipi ni blh la cuba buat nanti..

    ReplyDelete
  3. senang je buatnya...tapi kalau ade org buatkan sedp..hahaa

    ReplyDelete
  4. senang rupanya nak buat kuih kegemaran doraemon ni..nak try buatlah guna recipe lisa share ni

    ReplyDelete
  5. Dah ambil resepinya, terima kasih :)

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo