Ad

BIODATA AIN EDRUCE

BIODATA AIN EDRUCE


Untuk korang yang ikuti drama Kekasih Paksa Rela ini mesti dah kenal dengan Ain Edruce yang melakonkan watak Rosnaida , wife pertama Adham - Remy Ishak. Awal awal dulu muncul sekejap lepas tu menghilang s. sejak minggu lepas lagi dia pula dah muncul kembali . Tertanya-tanya juga apa nanti dia boleh terima Hanan Khaira ( Intan Najuwa ) sebagai madu atau tak  ? Lisa suka dengan Ain Edruce ni .. dia cantik dan suka sangat kat suara dia yang garau- garau special dari yang lain . Nak tahu lebih detail Biodata Ain Edruce , korang kena baca dibawah ini.

Biodata Penuh Ain Edruce

Nama Penuh: Nurain binti  Edruce
Nama Komersil: Ain Edruce
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 27 Tahun (2018)
Asal: Terengganu
Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik

Pendidikan : Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Kerjaya: Pengacara, Model dan Komposer , pelakon

Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Status: Bujang
Rancangan TV: Tumit Tinggi, MBuzz, Mad Markets, Girls Only Show, Dari Bilik Sebelah (Anugerah Melodi 2016) dan Karpet Merah Anugerah Skrin (ASK) 2016.

Media sosial


Gambar Ain Edruce





Fakta tentang Ain Edruce : Menjadi salah seorang peserta program terbitan TV9 iaitu Lari:Misi Mr X bersama-sama selebriti tempatan seperti Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah. Memenangi Zalora Style Awards 2016 bagi kategori Female Style Star.



Ain Edruce ni seorang yang happy go lucky, gila-gila dan petah berkata-kata. Pandai bermain gitar dan mengubah lagu.Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ana Ali.

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum teh hijau untuk kekal cantik dan langsing. Patut Slim kan badan dia.. hahaha nak try juga la.. Hehehe..

Nak tengok gambar lebih banyak lagi korang boleh terus pergi ke akaun instagram Ain Edruce diatas tadi .



KFC Cheezy Golden Sticks , Sedap tak ?

KFC Cheezy Golden Sticks

Dah masuk musim perayaan ni biasanya KFC akan keluarkan satu menu baru lain dari yang lain . Ha.. tadi ternampak poster menu baru KFC , Cheezy Golden Stick yang korang boleh nikmati dalam KFC CELEBRATION BUCKET CNY promo , sampena perayaan Chinese New Year yang akan datang tak lama lagi . Nak beli bucket sapa nak makan.. kang membazir pula, so Lisa beli Ala-cart je.. Tertanya-tanya juga... sedap ke tak ? apalah agaknya rasa Cheezy Golden Stick tu ... kena cuba juga ni . 



KFC Celebration BUcket

KFC Cheezy Golden Sticks ,  Sedap tak ?


Sedap ke tak ? Itula yang ada dalam minda kalau baru tengok menu baru . Belum rasa memang belum tahu.. itu yang tertanya-tanya dalam hati . Pada Awalnya, Lisa ingatkan isi dalam tu sejenis nuget atau mungkin isi ayam , eh ternyata bukan .. " macam" ada kentang or tomato dalam tu , ada sayur... dan pasti ada keju cheezy juga. alaa.. macam inti pai tu... Lisa tak reti nak gambarkan macam mana . Gigitan pertama KFC Cheezy GOLDEN STICKS  masuk dalam mulut , rasa juici beb ! Sedap weih.. bahagian luar disaluti tepung yang crunchy. Menikmati betul disetiap gigitan tu .Panas panas, tambahkan sos cili ...perghh menambah selera . Lisa bagi  10 bintang ! 



Memang sesuai sangat dengan tema perayaan ini , rasa yang mewah . Sedap pun ye juga... bentuk menarik .. luaran yang crispy crunchcy . 

Harga KFC Cheezy Golden Sticks

Harga untuk satu set KFC Cheezy Golden Sticks ialah RM 10.90 , dalam tu ada 3 ketul . Kenyang la juga.. try la 1 set dulu..rasa tak cukup baru beli lagi . Jika ingin makan beramai-ramai dengan family atau kawan.. boleh try dengan KFC CELEBRATION BUCKET , bermula dari RM 36.90 . 



Nah korang tengok sendiri dari bagian dalam .. OVERALL Lisa boleh bagi 10 Bintang... ha.. budak kecik ni pun cakap sedap dan sangat sedap ! Lisa yang tak suka cheezy pun boleh bagi 10/10 bintang , apa lagi korang yang memang penggemar cheese. Nah.. try rasa sendiri la ye ... nak belanja jauh la pula. hahaha.. Try sebelum kehabisan durasi promo . Kalau sedap bagitau orang lain , kalau tak sedap diam-diam.. #ehh.. hahaa.. selamat berhujung minggu .


NOTASelera setiap orang berbeza-beza., apa yang ditulis dalam review ini adalah pendapat pribadi penulis , dan tidak melibatkan mana-mana pihak . 

Khasiat Rose Tea BEAUTEA Untuk Kecantikan

CANTIK SEMULA JADI DENGAN rose tea beautea

Beautea Rose Corolla

Assalamualaikum , selamat petang.. Beberapa minggu lepas Malaysia dilanda musim sejuk .. tempat Lisa pun dah sampai 21celcius . Fuh... cukup rendah juga la dari tempat lain . Suhu sejuk memang sesuai sangat minum teh atau kopi .  Kerap minum kopi pun tak berapa elok untuk kesihatan , jadi  Lisa gantikannya dengan Teh bunga mawar dari Beautea Rose Corolla dan pastinya tanpa gula . Aroma yang wangi dan untuk pengetahuan korang , banyak kelebihan dan khasiat rose tea BEAUTEA  untuk kecantikan  juga tau . 

Khasiat Teh Bunga Mawar Beautea - Premium Rose Tea 


Teh ini dihasilkan sepenuhnya daripada bunga mawar yang dikeringkan. Ia menghasilkan teh wangi yang halus, beraroma buahan dan rendah kalori. Teh bunga mawar Beautea Rose Corolla membantu melegakan kekejangan  menstrual dan kaya dengan antioksidan. Pengambilan secara kerap membantu untuk mencerahkan kulit. Lisa pula memang jaga penampilan kulit agar sentiasa nampak berseri dan awet muda, sebab tu suka gantikan teh tu dengan beautea rose corolla .

 

Beautea Rose digolongkan sebagai KING of ROSES dibawah genus rosa untuk kelopak yang besar, rasa dan minyak pati . Mawar yang tumbuh secara semula jadi secara organik tanpa menggunakan racun perosak , baja atau rumput tiruan. Kerana sifat halus air, penuai memetik bunga pada jam 4 pagi hingga 6 pagi untuk mengelakkan pendedahan cahaya matahari. menggunakan pengeringan suhu rendah , untuk  berjaya mencapai bentuk paling murni dari segi warna, aroma, minyak pati dan nutrisi pemakanan bunga rose ini .

Kedengaran menarik bukan ... Ingatkan bunga mawar ini hanya hadiah tangan untuk  kekasih dan lepas layu kemudian dibuang begitu sahaja. Banyak juga manfaat untuk kecantikan yang korang boleh dapatkan dari Beautea Rose Corrola , senang panggil teh bunga mawar la..




Selain untuk teh , korang juga boleh cuba campurkan dengan susu panas dan sedikit coklat. Rujuk gambar diatas ... Serius sedap beb ! Bagi yang tak gemar minum susu sebab bau hamis.. boleh try buat macam diatas ni ha . 

Khasiat Rose Tea BEAUTEA 


1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Khasiat teh mawar yang pertama bisa membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda. Tubuh merupakan salah satu hal yang perlu untuk dijaga kesehatannnya supaya jauh dari penyakit. Untuk menjauhkan anda dari berbagai macam penyakit, anda diharuskan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Minuman di dalam teh ini telah dipercaya memiliki manfaat yang bisa membantu anda dalam meningkatkan sistem imun tubuh.

2. Mencerahkan kulit , dan  Menangkal radikal bebas
Teh mawar ini merupakan sebuah teh yang juga memiliki kandungan antioksidan yang sangatlah tinggi. Berbicara tentang antioksidan sendiri sangatlah berguna bagi tubuh karena bisa menangkal radikal bebas.  Untuk menghalang radikal bebas ini, anda bisa meminum teh mawar ini  yang tentunya juga mempercantik dan lembutkan kulit . 

3.Menenangkan Fikiran 
Aroma Beautea Rose Corolla ini memang wangi !  dan juga zat yang ada pada minuman teh mawar ini juga sangatlah bermanfaat sekali bagi anda. Oleh sebab aroma dan juga kandungan tersebut bisa membantu anda dalam menenangkan pikiran anda supaya menjadi lebih rileks dan tenang .

4. Menurunkan berat badan
Untuk anda yang sedang menjalankan program diet, minuman ini telah dipercaya bisa membantu anda dalam membantu program diet. Kandungan di dalam teh ini akan membantu menurunkan berat badan anda supaya menjadi lebih ideal. Oleh karena itu, jika anda sedang melakukan diet sehat, jangan lupa juga untuk mengkonsumsi teh ini.

5. Mengurangi risiko penyakit jantung
Kandungan polifenol di dalam teh ini nantinya juga akan membantu anda dalam menurunkan kadar kolesterol. Tentu hal ini merupakan salah satu hal yang bisa menyebabkan anda terkena oleh penyakit jantung dan juga stroke. Ketulan darah yang telah diakibatkan dari kolesterol ini bisa menyebabkan anda terkena oleh serangan jantung dan juga stroke. Untuk mengatasi hal ini anda bisa meminum teh mawar ini.

6. Menghilangkan stress
Jika anda sedang mengalami stress lantaran banyaknya masalah yang sedang anda hadapi ataupun karena aktivity yang padat, minuman ini bisa membantu dalam mengatasi hal tersebut. Kandungan di dalam minuman ini akan membantu anda dalam menghilangkan stress tersebut.

7. Mencegah diabetes
Untuk anda yang ingin menghindari penyakit diabetes, mengkonsumsi teh ini juga merupakan salah satu hal yang baik untuk anda lakukan. Sebuah penelitian yang telah dilakukan pada tahun 2010 telah membuktikan bahwa kandungan kafein di teh dapat membantu mengurangi risiko terkena diabetes.


8. Menghilangkan rasa mengantuk
Kandungan kafein yang telah ada pada teh ini juga telah memiliki manfaat bisa mengurangi rasa kantuk. Jadi, bagi  korang yang ingin menghilangkan rasa mengantuk sila cuba  untuk amalkan minum teh mawar ini.






Lisa amalkan minum 2 kali sehari.. pagi dan petang ketika bersantai ataupun malam sebelum tidur. Senang sikit untuk gunakan bunga mawar tu sapu ke wajah untuk luaran kulit semakin lembut. 


Oh ya.. Beautea dengan Rose bud tak sama tau . Bezanya  , rose bud dituai ketika pramatang .., Beautea Rose Corolla pula dituai ketika sepenuh matang. Oleh sebab itu kandungan nutrisi Rose Corolla ini sangat tinggi berbandingkan dari rose bud. 


HARGA BEAUTEA 

Untuk 1 Tin (15gr) BEAUTEA - PREMIUM ROSE TEA  , dijual seharga RM 69.00 . Sekarang ada promosi tau , 2 pax hanya seharga RM 108.00 sahaja . Cepat serbu sebelum kehabisan stock ! 


Cara Penyediaan :
3-5 kuntum mawar untuk secawan
5-8 kuntum mawar untuk 1 jug tea .

FOR MORE DETAIL PLEASE VISIT :
website : www.thebeautea.com
Instagram ; @the_beautea_my
Facebook : https://www.facebook.com/thebeautea/




Rasa dia pun lebih sedap dari Rose bud , dan juga tak sakit di tekak . Sebelum ini Lisa minum air rose bud tekak ni rasa pedih pula , mungkin sebab terlalu banyak . Tapi Beautea ni lembut je masuk di tekak.. tak sakit . Kena bertukar dengan Beautea Rose Corolla ni nampaknya ..

Sila cuba tips cantik dari Lisa ni ... muahhh ... ! 


RESIPI DORAYAKI

Resipi Dorayaki


Bagi korang yang pernah tonton Kartun DORAEMON mestinya dah tak asing lagi dengan makanan kesukaan Doraemon iaitu DORAYAKI. Dulu masa kecil lagi , ingatkan kena pergi Jepun dulu baru boleh merasa kuih dorayaki ini, naif gila haha. Sekarang dah besar ni ... baru jumpa resipi dorayaki yang sebenarnya senang je aih . 

BAHAN-BAHAN MEMBUAT DORAYAKI 

1 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
½ cawan gula halus
½ camt baking soda
3 camb air
2 biji telur
1 cambmadu
½ camb minyak masak
Secukupnya kacang merah manis hancur (boleh ganti dgn coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)


Cara- caranya

1.      Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.
2.    Campurkan baking soda dan air. Kacau sehingga baking soda sebati
3.     Tambahkan larutan baking soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul rata.
4.    Tambahkan tepung yang telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).
5.    Selepas direhatkan, jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut keperluan.
6.    Panaskan pan (kuali leper), lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan terlalu besar nanti hangus).
7.     Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.
8.    Kemudian sapukan kacang merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain.
9.    Siap !   DA BOLEH MAKAN!!!! 

cara membuat dorayaki


Bukan susah mana pun kan , dan bahan bahan pun senang sahaja... selamat mencuba !
jangan lupa share resipi dorayaki ini tau .. 

SET HADIAH WANGIAN ENCHANTEUR PARIS

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan

Bunga dan coklat dah terlalu biasa betul tak ? apakata buat kelainan dengan bagi Set Hadiah wangian dari Enchanteur  Paris . Set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Hadiah seperti ini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.



Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah.

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.


Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.



SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA. 

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

BEDAK ASAS ARAB , Foundation Tahan Lama

BEDAK ASAS ARAB , Foundation Tahan Lama

Assalamualaikum ! Agak lama tak menulis tentang makeup kan . Kali ini Lisa nak share foundation yang Lisa pakai baru-baru ini .Foundation itu tak lain tak bukan ialah Bedak Asas Arab , Foundation tahan lama dengan SPF 50Vit E daru HALLAS BEAUTY .Yang menariknya , ada glitter glitter gitu kat muka yang membuat wajah semakin lama semakin glowing ketika memakainya. 

BEDAK ASAS ARAB


Bedak asas Arab mempunyai vitamin E yang sangat membantu dalam memudarkan parut dengan pantas dan melindungi muka dari terbakar. Selain itu, Bedak Asas Arab  selamat untuk digunakan kerana ianya tidak mempunyai silikon. Silikon merupakan bahan polimer non-organik yang bersifat tidak berbau , tiada warna, kedap air, bahan kimia tinggi, dan tahan dalam suhu tinggi.


Bedak asas atau foundation. Foundation merupakan asas kepada solekan. Foundation yang akan menjadikan wajah seseorang menjadi lebih licin dan mulus. Selain itu, foundation juga mampu menutupi setiap cela dan masalah yang ada pada wajah. Jadi untuk mendapatkan wajah yang licin dan kelihatan lengkap, sapukan foundation dengan kadar yang sederhana atau nipis.


Tetapi perlu diingat, terdapat pelbagai jenis foundation yang perlu disesuaikan dengan jenis kulit wajah. Jika kulit wajah yang berminyak gunakan medium coverage foundation, manakala untuk kulit kering/normal gunakan full coverage foundation.

KEBAIKAN BEDAK ASAS ARAB

  • Dari sumber bahan kualiti, segar dan semulajadi.
  • Tidak mempunyai silikon, mesra wuduk dan halal.
  • Mengekalkan solekan lebih lama sehingga 12 jam.
  • Membantutkan pertumbuhan jerawat serta lingkaran gelap bawah mata.
  • Kemasan sempurna serta serap terus ke kulit agar kulit kelihatan lembab, licin dan halus.
  • Mempunyai spf 50 serta mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.


BAHAN UTAMA DALAM BEDAK ASAS ARAB

Minyak Argan kaya dengan Vitamin E malah kandungan vitaminnya 2 kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada kulit wajah.Selain itu,Minyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap.




Bedak asas arab ini dihasilkan berasaskan sumber semulajadi iaitu minyak argan yang fungsinya adalah untuk merawat dan melindungi kulit supaya tidak kering dan kusam. Disamping itu, ianya juga mempunyai glitter yang akan menjadikan wajah anda kelihatan glowing.


HARGA BEDAK ASAS ARAB 



Harga untuk Bedak Asas Arab ini korang boleh dapatkan dengan harga : RM 45 untuk Semenanjung dan Sabah Sarawak pula dengan harga RM 55.00. Oh ya ada Bedak Asas Arab ini mendapat kelulusan GMP dan juga KKM . Korang boleh semak di bahagian belakang kotak . 



Review Lisa 
Dari apa yang Lisa rasa selepas pakai BEDAK ASAS ARAB ni , Lisa suka dengan teksturnya kerana lembut dan juga tidak berminyak ketika pakai di wajah . Ahaks satu lagi semakin lama pakai , wajah pun nampak semakin glowing kerana dalam bedak asas ini ada glitter yang buat muka semakin berseri . Lisa suka gunakan untuk kerja dan juga boleh digunakan untuk solekan harian .Bau pun natural je , yang paling Lisa suka ialah sebab bedak asas ni meresap didalam kulit . Sukaaa sangat ! 

Untuk pembelian dan info selebihnya korang boleh rujuk detail dibawah ini : 



WEBSITE : https://hallasbeauty.com/

CONTACT NO SELLER

WHATSAPP :
019- 844 4867 Syitah 
018-571 4962 Wanie
0134764982 (NANI)

TESTIMONI 
Nah Lisa bagi testimoni pengguna Bedak Asas Arab . 









PELAKON LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

PELAKON LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Drama my coffee prince dah berakhir.. bermula hari ini akan digantikan dengan  drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan untuk slot MegaDrama di Astro Ria. Hero dan heroin dalam drama ini akan menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab. Akan menemui penonton bermula 15 Januari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132. PELAKON LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU diantaranya : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah, Erissa Puteri. Wahh tak sabar nak tengok Farid berlakon .. macam menarik je cerita ini. 

SENARAI PELAKON  LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU



PELAKONWATAK
Farid Kamil Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab Tengku Natasha
Adriana Adnan Farhana
Farez Ridzwan Azrul
Imam Shah Shafiq
Azri Iskandar Tengku Hisham
Liza Abdullah Tengku Azreena
Erissa Puteri Tengku Natasha
Nur Qistina Raisah Tengku Aqilah
Anne Abdullah Mak Kiah
Adibah Noor Kak Kembon
Nazia Mustafar Tuti
Azhar Sulaiman Tengku Hashim


SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

GAMBAR PELAKON




    credit : myinfotaip

Daftar Produk Tempatan Dengan Petunjuk Geografi MyIPO

Daftarkan Produk  Dengan Petunjuk Geografi MyIPO

Pernahkah anda mendengar nama seperti , Kopi Kluang , Laksa Johor ,  Belacan Miri  , Kek Batik Sarawak , Nasi Dagang Terengganu ,Lada Sarawak, Beras Bario, Pokok Medang Sarawak, Kek Lapis Sarawak, ? Pastinya nama-nama ini tidak asing lagi ditelinga kita . Kebanyakkan produk ini adalah perusahaan warisan yang diwarisi turun temurun dan diteruskan oleh generasi kedua dan ketiga. Tahukah anda ,  Pengusaha tempatan boleh mendaftarkan produk tempatan di bawah Petunjuk Geografi (GI) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam usaha melindungi hak harta intelek usahawan di negeri ini sejak komponen perlindungan harta intelek itu diperkenalkan di negara ini pada 2003 .

DEFINISI PETUNJUK GEOGRAFI

Petunjuk geografi adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan. Petunjuk Geografi adalah petunjuk yang mengenalpasti di mana barangan itu berasal. Kualiti, reputasi atau ciri tertentu barangan itu pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya.

Dalam artikel sebelum ini , Lisa juga ada menulis tentang Lindungi Hak Cipta Anda dengan MyIPO .

PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI
Perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan, tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain.

PENGECUALIAN DARI PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI

  1. Petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau
  2. Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal
  3. Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal.

HAK PENGGUNAAN

Ketahui juga  hak penggunaan untuk petunjuk Geografi ini . Diantaranya :

-Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan.

-Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran.

TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan bagi Petunjuk geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun. Wah bagus juga kalau seperti ini , tidak perlu memperbaharui setiap tahun . 

PEMOHON YANG LAYAK

  • Individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan.
  • Pihak berkuasa tempatan; atau
  • Organisasi perniagaan atau persatuan.

AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Sepertimana yang Lisa dah sebutkan pada awal tadi , Akta Petunjuk Geografi telah diperkenalkan bermula tahun 2000. Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh rujuk akta dibawah ini : 


Pindaan
Singkatan
Act A1141

Peraturan-peraturan Petunjuk Geografi 2001

PindaanSingkatan
P.U. (A) 247/2001Petunjuk Geografi (Pindaan) Peraturan 2013


Jadi , jika anda merupakan seorang pengusaha tempatan yang mempunyai keunikan , jangan lupa daftarkan segera produk tempatan itu dengan Petunjuk Geografi MyIPO.

Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai MyIPO, boleh layari: 

Laman rasminya di http://www.myipo.gov.my
serta Twitter - https://twitter.com/myipo

#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #GeographicalIndications #IntellectualProperty #IP #HartaIntelek #HakCipta #myipoctss #enterprenuers #usahawan #blogger #influencers #branding #ownbrand #penjenamaan #jenamasendiri #produksendiri #hasilsendiri #rekaciptasendiri #sesiapasahaja

BIODATA DAYANG AREEDA

BIODATA DAYANG AREEDA 

Bagi korang yang ikuti perkembangan drama Kekasih Paksa Rela yang dilakonkan Remy Ishak dan Intan Najuwa ini mesti kenal dengan Shiqin, Pelakon yang memegang watak Shiqin tak lain tak bukan ialah Dayang Areeda . Orang yang selalu menjadi penghalang dan batu api , haha ramai yang geram sebenarnya dengan dia ni .. geram dalam drama tu la selalu je kacau daun Hanan dan Adham . Sebelumnya, Dayang Areeda juga pernah berlakon drama bertajuk Semusim Rindu dan Bakal Suami Akan Datang yang ditayangkan di HyppTV. Kalau tertanya-tanya tentang Biodata Dayang Areeda , jom ketahui lebih lanjut .

BIODATA PENUH DAYANG AREEDA 


Nama Penuh: Dayang Areeda Datu Abdul Razak
Nama Komersial: Dayang Areeda
Nama Panggilan: Dayang
Tarikh Lahir: 29 Januari 1994
Umur: 24 tahun (2018)
Asal: Kudat, Sabah
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Diploma Perniagaan dari Universiti Multimedia, Melaka
Kerjaya: Pelakon
Drama: Semusim Rindu, Kekasih Paksa Rela, Bakal Suami Akan Datang, Pembancuh Kopi Mr Vampire (HyppTV), Kolestrol vs Cinta
Talent: Metrowealth MiG
Instagram: @dayangareeda

GAMBAR DAYANG ADREENA 








Miskin Ke Kalau Tak Ada SMIGGLE ?


DIEJEK MISKIN SEBAB TAK ADA SMIGGLE ?

Dah masuk musim sekolah ni mesti banyak cerita-cerita yang akan didengar dari budak-budak  .Tahun ini tak ada cerita kepala budak sekolah tersepit kerusi lagi , gambar cikgu lawa pun jarang nampak di media sosial ,  tak macam tahun lepas gitu . Tapi... dengar cerita budak sekolah diejek "MISKIN" kawan sekolah lain sebab tak de barangan sekolah jenama SMIGGLE . Huk aloh , time Lisa sekolah dulu.. sapa yang ada pensel warna 24 kaler jenama faber castle tu pon dah kira kaya oih . macam-macam budak sekarang ni . 

Miskin Ke Kalau Tak Ada SMIGGLE ? 


First yang aku fikirkan or mungkin dari beberapa orang mesti akan terdetik , ibu bapa yang kurang peka mendidik anak , wait.. ni pandangan general je , pendapat je tak semestinya betul.. jangan melenting  . Apepun kalau melibatkan budak mesti mak bapak akan kena  dulu kan , betul ke tidak tu hal belakang  .Tapi , mana tahu budak tu dari golongan parents yang terpisah ? atau mungkin mak dan ayah dia sibuk bekerja sampai kurang pantau anak dia .

Secondly ...  SMIGGLE boleh tahan mahal benda tu , so mungkin budak yang menghina tu terpengaruh dari drama-drama TV yang tak mendidik langsung , yala mungkin parents busy kerja tu anak kat rumah bosan dan tengok la drama-drama tu .. Acah-acah berlagak sebab mak bapak kaya . 

Lebih lagi sekarang dah ada media sosial seperti Facebook , Instagram , Wechat.... , anaklahir je ada segelintir parents yang dah buka akaun media sosial untuk anak-anaknya . Sekeliling pun ada effect juga , dengan siapa dia berkawan ... kawasan tu macam mana . 



Teringat pula kisah siang tadi , budak kecil mengadu dia diejek kawan sekolah sebab tiada MAK . Mata berkaca-kaca ketika ceritakan tu . Budak darjah pun dah tau cakap macam tu .. nak salahkan siapa ? So ai cakap la dengan dia , bagitau kat cikgu kawan dia ejek gitu dan suruh minta maaf . Budak kecil mana yang nak dibesarkan dengan status tiada mak / ayah . Bukan mereka yang minta . 



Ajar budak ni dari kecik-kecik kena bezakan mana baik mana buruk , tapi yela.. bukan senang nak jadi orang tua . Susah.. ( ceh .. macam la awak dah kawen dan ada anak sendiri  ) . Ye la.. Lisa pun pernah alami masa kecil juga .

PENDAPAT AKU 

Mungkin budak yang hina tu cakap macam tu sebab terpengaruh dari media sosial atau TV , jangan terlalu menghina , mengejek di budak tu ... boleh pengaruhi emosi dan minda dia . Parents pula jangan buat diam gitu je , minta maaf dan didik anak , ajar anak mana yang baik dan buruk. Ya ya parents mana yang tak ajar anak buat baik , betul tak . Semua dah ajar, tapi tak ada salahnya kalau selalu ingatkan dekat anak-anak tentang perkara yang baik .

Untuk parents budak yang kena ejek pula , shouldbe nasihatkan macam atas tadi .. cakap dengan cikgu untuk suruh budak tadi minta maaf . Jangan pergi sekolah bawa parang pula.. hehee. mungkin anak kita akan meniru cara kita dikemudian hari . Membela anak sendiri tanpa menggunakan kekerasana tau melenting tinggikan suara . 


Ni pendapat peribadi aku la , terima atau tak tu terpulang masing-masing ..

RESEPI SUP TEPUNG

RESEPI SUP TEPUNG


Assalamualaikum ! Dah lama rasanya tak menulis tentang resipi . Iyela.. bukan Lisa pandai sangat bab bab masak ni .. baru nak berjinak-jinak . Kali ini nak kongsi resepi Sup Tepung . Tak sure la korang pernah makan ke tidak , kalau chinese biasanya dipanggil " Mian Fen Gao ". Famous oo makanan ini !  Lisa selalu nampak Lady boss masak , senang je rupanya  . Cara masak senang je dan bahan-bahan pun men campak-campak je. 


BAHAN SUP



1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 buku kiub pati ayam
1 keping dada ayam dihiris-hiris
seikat sayur manis , korang boleh gantikan dengan 1 ikat sayur sawi kalau suka :)
* Bawang dtmbuk atau dihiris pun boleh

BAHAN UNTUK TEPUNG


1 @ 2 cawan tepung gandum
Sedikit air
Scubit garam

CARA-CARA MEMBUAT SUP TEPUNG


  1. Tumiskan kesemua bawang tadi sehingga garing
  2. Masukkan ayam dan letakkan kiub pati ayam sekali
  3. Letakkan sedikit air untuk lunakkan ayam tadi
  4. Kemudian masukkan sayur manis atau  sawi ( Dalam gambar ni Lisa letak sayur manis )  dan letakkan lagi air sehingga bersesuaian untuk dijadikan sup . 
  5. Tepung tadi dicampurkan sedikit demi sedikir air dengan garam tadi. Jadikan sperti doh dan blh dicubit-cubit. 
  6. Kemudian cubit dan carikkan tepung tadi dan masukkan kedalam sup tadi .
  7. Biarkan mendidih selepas diletakkan sup tadi
  8. Kemudian matikan apinya dan siap dihidangkan 
    Taburkan ikan bilis goreng , dan hidangkan dengan potongan cili dalam kicap . Siap ! 
 Resepi sup tepung sangat mudah untuk disediakan .  Selamat mencoba... 



Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam


Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam.  Berikut merupakan Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM). Semoga dengan adanya tarikh pembayaran gaji 2018 ini membantu korang untuk merancang tahun 2018 dengan baik.


Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2018 Penjawat Awam

Walaupun Lisa bukan seorang penjawat awam , tapi tarikh gaji Penjawat awam / kakitangan kerajaan ada kena mengena dengan kerja Lisa.. so nak tak nk memang kena ambek tahu juga.
Berikut ialah Jadual tarikh pembayaran gaji  2018 Penjawat Awam .


Selamat Tahun Baru 2018


Selamat Tahun Baru 2018


Bunga api dan tahun baru memang tak dapat dipisahkan . Malam tadi pastinya ramai yang berpusu-pusu pergi dataran untuk count down dan tengok bunga api ,menunggu tahun baru 2018 . Awal pagi  , Lisa dapat gambar bunga api ini dan ucapan selamat tahun baru 2018 dari kawan yang juga seorang photographer, abg Dayat . No wonder la kan lawa gambar dia .... hehe .. 

Tahun baru korang sambut  kat mana pula ? Mungkin ada yang pergi Dataran , pantai , berkonvoi ? , atau tidur dirumah . Lisa sendiri dalam pukul 11 lebih dah tidur , lagi-lagi dari Natal hari tu kat sini memang hujan tak berhenti . Sebenarnya , Lisa  tak pernah rasa countdown New year , dari kecil sampaila besar macam ini. Mak ayah tak bagi.. sob sob..susah sikit nak kuar, lagi-lagi keluar malam hari . Tunggu dah kawen nanti kot boleh keluar malam , dengan suami la for sure . hahaha tu pon kalau masih ada hasrat nak countdown kat tengah orang ramai . 

Azam dan Harapan pada 2018 

Apa azam dan harapan aku pada tahun 2018 ini ? hmm.. menunaikan azam tahun lepas ( hampir semua orang akan ada perkataan ini sebab azam tahun sebelum sebelum ini tak sempat nak tunaikan hahaah ) Waktu , pengalaman telah mendewasakan Lisa .( walaupun masih ada aura kebudak-budakkan ... dan tetap mempunyai wajah budak lepasan SPM hihiihi ) . Yang aku harapkan untuk tahun ni semoga lebih baik dari tahun sebelum-sebelum ini  . Buang yang negative dan ambik pengalaman yang positive. Semoga dipermudahkan urusan yang akan datang. Untuk azam baru  , Lisa rasa lebih baik cakap dalam hati je ... hehehe.. mana tau kalau simpan dalam hati nanti jadi kenyataan , Kalau dizahirkan nanti jadi susah pula nak tertunai . SOMETHING BIG WILL HAPPEN THIS YEAR ... tunggu je nanti Lisa update semula . cewahh speaking pula ye .. 


Selamat Tahun Baru untuk sahabat ciksepet.com yang sudi meluangkan masa untuk baca cerita budak sepet selama ini . Semoga dipermudahkan urusan kalian semua pada tahun-tahun yang akan datang . 


Tak lupa.. kami warga KBBA9 mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018. 

BIODATA INTAN NAJUWA

Intan Najuwa , Lisa macam pernah nampak wajah ini di TV sebelum ini tapi tak tahu nama la kot . Kekasih Paksa Rela , ya.. drama yang tayang mengisi slot Akasia setiap Isnin sampai Khamis baru ni macam menarik pula  . Intan Najuwa jadi watak utama digandingkan dengan Remy Ishak . Anyway sebelum berlakon si Intan ni ternyata seorang blogger juga , Wah.. tiru jejak Hanis Zalikha . Biodata Intan Najuwa selengkapnya ada dibawah ini . 

Biodata Intan Najuwa

Nama penuh : Intan Najuwa Binti Abdul Wahid
Nama komersial: Intan Najuwa
Tarikh lahir : 18/08/1997 (20 Tahun)
Adik beradik: 3
Anak ke : 2
Asal : Johor Bahru
Kerjaya : pelakon
Drama/filem: Hantu punya bos , Khabar Dari 
Casablanca , Kekasih Paksa Rela 
Warna Kegemaran : Pink
Aktif sejak : 2015 - kini
Instagram : @intannajuwa


GAMBAR INTAN NAJUWA 





© all rights reserved
made with by templateszoo