Ad

REVIEW AQUAMAN 2018

REVIEW AQUAMAN 2018 - HOME IS CALLING


Hujung tahun ni banyak pula movie yang best-best .  Tengok dalam facebook ramai kawan yang cakap Aquaman BEST , Lisa jadi teringin nak tengok pula .   Aquaman dilakonkan Jason Momoa dan director movie ini ialah James Wan , Pengarah kelahiran Malaysia yang terkenal menerusi franchise Saw, Insidious dan filem seram yang lainnya.


SINOPSIS AQUAMAN : 

Perebutan kuasa untuk menjadi ‘King Of The Ocean’ antara puak-puak di Atlantis menyebabkan Arthur Curry (Aquaman) perlu ke Atlantis untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia dalam laut dan juga dunia daratan. Jadi apa yang menarik tentang filem Aquaman ini?



Dah macam cerita melayu pula berebut tahta harta untuk jadikan sapa yang paling berkuasa . Hahaha. tapi serious best cerita ni .

REVIEW LISA : 

Awalnya Lisa takut tak sampai kepala cerita ni , sebab first time tengok kan . Tambah pula movie midnight , penat balik kerja kang tertidur dalam pawagam . Tapi guest what .. dari awal sampai la ke movie ni habis , cerah mata Lisa sebab AQUAMAN ni memang best weih tak rugi tengok . Movie aksi , ada jenaka , diselitkan persahabatan yang bertukar ke cinta , memang best la .

Tempat untuk shooting movie ni pon best best . Sebab ni lah lisa suka tengok movie atau drama luar negara , boleh tengok keindahan negara lain .

Banyak babak aksi dalam ni sebab tu tak bosan, meskipun tak heavy seperti movie aksi yang lainnya ,menurut lisa sesuai nak bawa budak . Tak la kejam and keras sangat movie ni ... just light light je .. tapi ada rasa nak nangis time terpisah and dapat berita yang ibunya telah meninggal ,.. betul ke meninggal ?

 Lisa bagi 4.9/5bintang . Harap lepas ni ada next sambungan la . hehehe...


BuyandShip Servis Penghantaran AntaraBangsa Murah ,Cepat dan Selamat

BuyandShip Servis Penghantaran AntaraBangsa Murah , Mudah dan Selamat

Semua orang ingin memiliki barangan berjenama, sampai terbawa ke mimpi. Barangan berjenama ni lebih berkualiti dan tahan lama. Lebih-lebih lagi kalau barangan tu dari luar negara. Memang mahal tapi kalau pandai survey, anda boleh dapat dengan harga berpatutan. Tapi kelemahannya , kalau nasib baik, barang yang dibeli tu sampai dan berkeadaan seperti yang diidamkan dan ada seller yang boleh hantarkan sampai ke tempat kita , ada seller yang hanya boleh hantar ke tempat tertentu je jadi kena bayar tuk 2 kali penghantaran untuk sampai ke rumah kita . Banyaknya kos nak dibayar.. ? :(  Jangan risau.. Lisa dah jumpa servis penghantaran yang jimat iaitu BuyandShip  , servis   penghantaran antarabangsa yang  yang jimat ianya hanya RM15/ lb tanpa cas tersembunyi . Woww murah bukan ? 



Sebelum beli barang online (oversea) pastikan buat kiraan harga barang termasuk kos sampingan berbanding harga jual kat sini. Ringkasannya Harga Barang beli online (oversea) =
  • Harga asal barang.
  • Kos penghantaran.
  • Duti import (kalau ada).
  • GST (kalau kena).
  • Kos Pos Malaysia.
  • Currency conversion fee.


Mesti garu kepala bukan ? semua jadi lebih mudah dengan BuyandShip sebab selain tiada cas tersembunyi , barang dihantar terus sampai ke rumah kita . Jimat banyak dah dari situ tak perlu bayar beberapa kali .

MENGAPA PERLU MENGUNAKAN SERVIS BuyandShip Malaysia ?

Sebelum Lisa cerita lebih banyak , mesti korang tertanya apa itu BuyandShip ? BuyandShip adalah servis penghantaran antarabangsa yang cepat , murah dan selamat . Bermula di Hong Kong dan sekarang dah mempunyai beberapa warehouse di 7 negara iaitu : Amerika Syarikat , United Kingdom , Japun , Korea , China dan Taiwan untuk memudahkan pembeli dari Malaysia , dan negara sekitarnya . Penghantaran sampai ke depan rumah dengan tiada kos tambahan tersembunyi dan cas penghantaran yang murah , sebab ni la servis BuyandShip Malaysia ni lain dari yang lain .

Dengan ini, korang  akan dapat tidak hanya menjimatkan expensive middle man cost atau  international shipping tetapi juga dapat berbelanja semasa jualan antarabangsa seperti Jualan Black Friday yang menakjubkan, Boxing Day dan banyak lagi. Kos penghantaran parcel akan dikira berdasarkan berat sebenar dan bukan berat volumetrik.



Dalam website BuyandShip juga dipaparkan website shopping  yang tengah buat Sale atau bagi diskaun barangan .
Barangan yang korang beli  boleh disimpan dalam masa 30 hari di warehouse BuyandShip Hong Kong , jadi bagi yang nak shopping lebih lagi dari negara lain.. korang boleh add cart dan tinggal gabungkan barangan tadi menjadi satu untuk dihantar serentak walaupun dari negara yang berlainan . Woww bestnya  , boleh berjimat tanpa mengeluarkan kos lebih untuk penghantaran , sekali jalan je ! untuk lebih detail boleh tengok di pautan " BuyandShip Pricing " 

Bukan semua seller di luar negara tu akan menyediakan tracking number , kadang kita tak boleh check status barang yang dibeli . Jadi terpaksa menunggu sebulan dua gitu , menyusahkan bukan ? Tapi berbeza dengan servis penghantaran lainnya , pengguna BuyandShip boleh mengesan status hantaran yang terbaru dari laman sesawang BuyandShip pada bila-bila masa , di mana-mana saja . Status terbaru juga akan dihantar ke emel korang . Dah tak perlu risau lah .

DAFTAR MEMBERSHIP BuyandShip MALAYSIA


Cara untuk daftar senang je , korang hanya perlu masuk dan isi detail dalam link ini :


Lepas daftar , korang akan terima email pengesahan . 10 Mata credit akan dimasukkan dalam akaun korang selepas buat verify akaun membership BuyandShip tadi . 1 mata credit = rm1 , korang boleh gunakan untuk pembayaran servis penghantaran .


Bagi Lisa yang suka shopping dari luarnegara , BuyandShip ni memang sangat berbaloi  , selain dari murah ,,, barang pun boleh disatukan dari berbagai negara. Jadi tak perlu lah kan nak bayar banyak kali , fuh dah boleh jimat banyak untuk shopping barangan lain . Nak gunakan servis ni pun mudah je , dan yang paling penting selamat ! Ha... yang satu ni memang wajib diperhatikan sebab iyelah barang dari luar negara huiii .. sapa yang tak risau jika barang rosak , hilang atau tak sampai . tapi dengan BuyandShip semua masalah tu tak kan terjadi .

Apatunggu lagi  , jika korang seorang suka shoping dari site luar negara, pilihan bijak dengan gunakan BuyandShip : Servis penghantaran antarabangsa yang murah , cepat dan selamat . Penghantaran terus kepada anda !


Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh lawati web dan platform media sosial .

Instagram: @ BuyandShip.My

PELAKON KAN KU KEJAR CINTA KAMU

Pelakon Kan Kukejar Cinta Kamu

Kan Kukejar Cinta Kamu ,mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Menemukan gandingan Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Bakal menemui penonton bermula 17 Disember 2018, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Ria HD saluran 123. PELAKON KAN KU KEJAR CINTA KAMU diantaranya : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, Husna Mustaffa, Oktovia Manrose, Fadzilah Mansor

WATAK PELAKON KAN KU KEJAR CINTA KAMU


PELAKONWATAK
Amyra Rosli Alma Hakim
Fendy Bakry Mukramin Raiyan
Delimawati Nek Bonda
Hafidz Roshdi Huzail
Elya Miera Dilaila
Syamim Farid Kalsom
Doria Rachel Jolly Adelea
Natasya Mahyan Marlisa
Mia Nasir Qistina
Safwan Nazri Faris
Shah Hazvee Raid
Hafizuddin Fadzil Datuk Seri Hakim
Zarynn Min Datin Seri Dhiya
Mahmud Alibashah Muzzamil
Rosnah Johari Nazurah
RJ Zack

LAGU TEMA / OST

Hael Husaini - Hajat

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU

Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

GAMBAR PELAKON






Senarai Pelakon PUJAAN HATI KANDA

Senarai Pelakon PUJAAN HATI KANDA

Drama Seribu Rindu dah sampai penamatnya semalam , kini digantikan pula dengan drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Watak hero dan heroin dalam drama ni , Remy Ishak dan Mira Filzah , wah bang REMY huuii .. mesti korang suka .Senarai Pelakon Pujaan Hati Kanda diantaranya : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor .  Ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula 20 Disember 2018, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. 

WATAK PELAKON PUJAAN HATI KANDA 



PELAKONWATAK
Remy Ishak Megat Danish (Danny)
Mira FilzahTiara
Sarah Hildebrand Nadine
Syazwan Zulkifly Pali
Elisya Sandha Reena
Mustaqim Bahadon Kashah
Azar Azmi Fatimah
Omar AbdullahDato Megat Aiyub
Dian P Ramlee Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim Suria
Taufiq Hanafi Naim
Qazem Nor Rizman

Pelakon kanak-kanak


PELAKON
WATAK
ADIK AYDEN MIKHAEL
BAYI 6 BULAN - RIZQI @BABYRIZKYOFFICIAL
ADIK ADAM AQEL
BAYI 2 BULAN
ADIK IRFAN
HADIF

LAGU TEMA / OST

Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

SINOPSIS PUJAAN HATI KANDA

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

GAMBAR PELAKON








Macam best je ! Selamat menonton ... :D

REVIEW Cetaphil UVA / UVB Defense SPF 50

REVIEW Cetaphil UVA / UVB Defense SPF 50 


Selain dari cuci muka , wajah juga perlu diberikan perlindungan dari sinar jahat yang boleh merosakkan, penuaan dan juga jeragat. Gunakan Cetaphil UVA / UVB Defense  sebelum terdedah dari sinar matahari yang teruk . Cetaphil UVA /UVB Defense very high sun protection , dengan SPF 50+/UVA 28 .


CARA PENGGUNAAN :

Sapukan secara menyeluruh pada kulit wajah , badan dan bagian yang sangat sensitive terdedah dengan UV . Applykan dengan kerap , walaubagaimanapun.. jangan terlalu lama berada dibawah sinar matahari walaupun korang dah pakai produk sunscreen. Pededahan terhadap sinar UV yang tinggi boleh menyebabkan kanser kulit . So... be carefull kayh .

+ Meresap cepat ke kulit
+ Tidak melekit
+ Sangat melembabkan kulit
+ Krim yang ringan dikulit
+ Mudah digunakan
+ Mudah dibawa travelling
+ SPF50 Moisturizer
+ Tidak berbau
+ Sesuai untuk kulit sensitif
+ Hypo-Allergeni


Oh ya.., Cetaphil UVA/UVB Defense ni juga water resistance tau , boleh juga digunakan untuk bermain dalam taman tema air atau berenang . 

Itu saja review dari Lisa kali ini, sebenarnya ada banyak produk Cetaphil ini.. korang boleh cari di laman www.cetaphil.com.my . Atau boleh kunjungi  dimana-mana drugstore terdekat untuk dapatkan produk ini. Sayangi Kulit Anda sebelum terlambat. Selamat mencuba !

Dakwa Barang Tiruan , Tapi Sebenarnya ...


Dakwa Orang Lain Jual Barang Tiruan , Tapi Sebenarnya Barang TIADA di Daftarkan Hak Cipta MyIPO


Assalamualaikum ! Dah lama rasanya tak tulis entri pribadi melibatkan perasaan dan sekeliling kehidupan seharian . Eh apa Lisa merepek ni hahaha. Kali ni ada sebagian yang Lisa tertarik nak kongsi dan ni lebihnya untuk yang berniaga.



Baru ni Lisa ternampak di Facebook , peniaga berbalah dengan peniaga berkaitan produk yang mereka jual .  Sama produk , tapi jenama lain .Si A claim yang si B ni jual barang fake . si B pula jawap , yang di jual barang hampir sama tapi kemasan dan nama yang berbeda tu bukan fake namanya . si A suruh orang share dan bagi tau yang si B ni jual barang Fake , jangan tertipu . Si A rasa tak puas hati la kot sebab dah lama dia jual dan promote barang tu , tetiba ada orang lain yang jual barang lebih kurang tapi nama lain . Tu yang dia claim barang tu FAKE . 

Lisa nampak status tu dari si kawan si A , dedua ada dalam list friend FB . Nah.. agak-agak siapa yang salah ? si A , si B ? si kawan si A ?


LINDUNGI HAK CIPTA 

Pendapat Lisa pula ,, tiada yang benar , tak da yang salah dalam kes ni . Sebab produk tu bukan dah didaftarkan hak paten di ( MyIPO ) pun , jadi produk tu bukan milik sesiapa . Senang cerita , korang buat resepi minuman dan orang lain  pun buat tapi guna nama yang lain , lebih kurang . Nah.. takde hak paten so semua orang boleh buat la kan ? Kalau nak saman pun elak si B yang saman balik sebab dah kira kes saman Fitnah . 

Tapi itulah dia , EGO . Semalam dah bagitau komen yang kalau produk tu tak dapat hak paten semua orang masih boleh jual dengan nama lain ke apa ke .. Dah tunjuk sekali artikel Lisa yang lepas berkaitan dengan my IPO , baca disini Cara Lindungi Hak Cipta dengan MyIPO . Post yang di share tu telah dipadam , dan digantikan dengan share je tanpa komen . 

Yang untung si B jugak sebab dapat marketing free dari kawan si A . 

Hati panas , memacam boleh terkeluar di media sosial seakan-akan diri kita yang betul. Perlu diingat juga , apa yang kita tulis tu kelak boleh memakan diri kita sendiri ... nasib lah tak sampai kes masuk dalam mahkamah dan tindakan undang-undang berkaitan fitnah atau cemarkan nama baik. 

Bercuti ke DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark

Bercuti ke DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark

Assalamualaikum ! Setelah dua tahun berturut-turun meluangkan masa di LOTUS DESARU , Tahun ni berbeza pula... Lisa luangkan masa bercuti ke Desaru Coast Adventure Water Playpark Malaysia , masih sama di Johor juga berdekatan dengan Lotus Desaru .  Masa Lisa datang ni water playpark dah dibuka sepenuhnya ,  berbanding masa bulan Oktober lepas yang masih belum boleh naik The Tempest ( Alaa.. yang macam corong tu ha  ) 

DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark

Perjalanan dari tempat Lisa memakan masa 2 jam , campur dengan berhenti makan di Ayer Hitam . Disepanjang perjalanan , sekejap hujan sekejap tak .. hahaha. Main cak cak gitu ... Arrgh Lisa tidur je bukan yg drive  pon  kah kah kah . Sampai sana dalam pukul 11 gitu .. lepas tu pusing-pusing nak cari jalan masuk . Tersesat sampai depan HardRock  Desaru Johor . Oh ya .. ada  Hotel ternama disekeliling Desaru Coast Adventure Water Playpark ni , iaitu Westin Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort and Villas, Hard Rock Hotel Desaru Coast, and an exclusive 6-star luxury Aman Resort and Villas. Senang kalau korang jauh and nak menginap disini . 



Lisa datang untuk berseronok jadi memang tinggal Handphone dalam locker yang disediakan la . Ada tempat penyimpanan barang , ofcoz la SEWA . Locker kecil seharga rm 20 dan locker besar seharga RM40.00 . Mesin tu nanti korang tekan-tekan je ikut arahannya . Perlu diingat ya , kena bagi duit cukup.. sebab tiada pemulangan baki . Kalau korang masukkan rm50 , maka telan la RM50 tu tiada baki rm10 lagi . Kalau ada masalah ke apa , boleh minta staff tolong ye . Nah sedikit banyak yang Lisa akan share 5 Zone yang menarik dalam DESARU COAST ADVENTURE Water Playpark . 



ZONE 1 , PENAWAR FALLS 


Di penawar Falls korang boleh menikmati permainan Swinging Ship . 


SWINGING SHIP . 

Pertama kali korang masuk dalam Desaru Coast Adventure Water Playpark ni korang akan nampak kapal besar dibelah kanan ni ha . Swinging Ship ,  kapal buaian yang bergerak ke udara mungkin sampai 180 darjah . Puas hati tapi Lisa naik sekali je , sapa yang ada penyakit jantung better takyah naik . Hahaha. Lisa naik ni pon dah tutup mata dah ,. jantung rasa macam nak tercabut . Tapi fun gila weih .,  yang lain pula naik sampai 3 ,4 kali . Hamboi seronok nau kan . 




ZONE 2 , PENAWAR RIVER


Ada beberapa permainan yang korang boleh nikmati disini , diantaranya :  Super Twister , Giant Water Slide - Wild Whirl , Riptide , & The Tempest . 


Penawar River Huts

Disini disediakan sekali pelampung dah life jacket ( tak tau eja betul ke tidak )  , yang ini untuk budak budak sebab kalau masuk dalam pelampung tu agak besar untuk size budak . Korang bersantailah atas pelampung tu ikut arus air mengalir , sambil bawa budak ( pakai life jacket ) , tak perlu risau terjatuh or tenggelam . Paras kedalaman dalam satu meter kot , agak-agak je . Di tepi penawar river ni disediakan cabanas economy , Sejenis locker juga tapi dia macam kemah yang lebih private . Boleh simpan barang berharga juga tau sebab ada peti besi sekali . 


The Tempest 

Yang ni ibarat meluncur dari atas dan kemudian jatuh menjunam ke corong besar , tak silap 55 kaki kot diameter dia . Jatuh kebawah tu dekat 45 darjah weih . Memang rasa sport jantung gila time ni . Lisa tutup mata tapi seronok la juga , kejap pejam mata dan kejap buka mata tup tup dah sampai ke bawah hahaha. Best.. tapi Lisa naik 1 Kali je . kahkahkah.. takut siot. Sejak dah mula tua ni kan dah tak berani dengan permainan macam ni . Nak naik lagi boleh tapi kena dengna orang berbadan besar la , risau time tu Lisa melayang je . Nak naik permainan ni korang tak perlu bawa pelampung tu , sebab diorang dah sediakan diatas .



RIPTIDE .  

Tempat naik permainan ni lebih sama tempat The Tempest tadi .  Bezanya kalau dah meluncur dari terowongan tu , korang akan lalui 3 corong yang berbeza lepas tu baru keluar ke kolam air di bawah tu . Lisa naik sampaii 3 or 4 kali gitu kot . Best weih. Tapiii.. sakit badan ke esokan harinya sebab duduk depan and terhentam dengan air tu , boleh tahan sakit sebab badan ni bukan la besar mana pun hahaha. Time kena air tu memang tak rasa pape , rasa seronok je .. terbang ke kanan ke kiri kedepan .. ( Hampir terlepas pegangan tangan lisa dari pelampung ) ... memang BEST la ! 



SUPER TWISTER 

Super Twister, awal je terkawal... ikut flow  air yang berjalan dengan lengkung radius sebelum jatuh tak dijangka ke corong di mana mereka berayun ke belakang dan kemudian keluar dari terowong tertutup dan ke set seterusnya ikut lengkung & corong yang menarik lah . Untuk naik Super Twister , korang kena bawa pelampung sendiri dari bawah dan angkat sampai naik ke atas ye , Nak dua orang boleh .. nak singgle pon boleh . 

Giant Water Slide -Wild Wirl 

Lebih kurang macam The Tempest , besanya yang ni korang masuk dalam2 orang je ... tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jerit la korang sepuasnya ye . Hahaha.. lau ada masalah jantung jangan berani-berani nak masuk permainan ni . Sama je macam Super Twister , korang kena bawa senndiri pelampung tu naik keatas . 



Zone 3  ,  SHIPRECK REFF . 


Agak cukup lama tungu mereka buka untuk permainan SHIPRECK REFF ni , sebab time Lisa dari awal masuk pon memang dah hujan . Sebab tu mereka tak nak ambil resiko kot kot jadi accident tergelincir tayar ke apa kang dah jadi naya dibuatnya , Tunggu dah tak hujan baru SHIPRECK REFF ni beroperasi . Lisa naik sampai 3 kali , hahaha seronok wooo. macam rooll coaster tapi terjunam dalam air . BEST BEST . Oh ya sebelum naik nanti korang akan diputarkan movie pendek , tentant gurita yang rosakkan kapal sampai terbelah jadi dua . Baru la naik ke train tu . SERONOK ! 





ZONE 4 ; TIDAL WAVE BEACH 


TDAL WAVE BEACH Salah satu kolam gelombang terbesar didunia , berkeluasan sekita 3 ekar dan mengandungi tiga sampai empat juta gelen air . Memang betul besar dan luas weih , setakat 3 tempat yang Lisa pernah pergi .. TIDAL WAVE ni lah yang paling besar . korang boleh bermain dengan air , disediakan dengan pasir juga sambil menunggu gelombang ombak . Nah boleh tahan dalam juga air dekat sini . Korang perlu memakai life jacket untuk keselamatan , dan juga kalau tak nak kena halau oleh safeguard pantai disana ye . Bukan hanya di pantai , tapi di tengah air situ pon ada juga yang jaga , untuk elak dari pengunjung masuk kawasan larangan . Dalam juga woo air kt situ .. Ombak pun boleh tahan kuat. Kalau duduk tepi tunggu pon boleh kena sapu ombak , terguling-guling dibuatnya . 





ZONE 5 , KIDS AHOY 

Zone ni disediakan khusus untuk budak-budak kecil. Ada banyak permainan yang boleh mereka nikmati . Main gelosor , main air terjun dan banyak lagi la .



Sebelah tu pon ada cafe , jadi kalau budak-budak atau korang lapar boleh terus makan . Menu yang dihidangkan seperti pasta , pizza , dan donut . Sedap , gebus , lembut weih Donut situ . 








Kalau korang baru first time nak datang and datang balik hari .., cari je tanda ni .. kat sini la dekat pintu utama nak masuk  Desaru Coast Adventure Waterpark . Nampak parking luas tu korang park , letak kereta and masuk ikut pintu sebelah kiri dari tanda atas ni . 





HARGA TIKET Desaru Coast Adventure Waterpark 


Sebelum masuk tu mesti lah kena beli tiket dulu kan , Nah untuk desaru coast adventure waterpark ticket , ada beberapa pilihan yang korang boleh pilih  .  Harga normal untuk orang dewasa ialah RM151 , Kalau guna MYKAD boleh dapatkan serendah RM121 , untuk yang ada IC Johor boleh nikmati tiket tahunan unlimited masuk percuma sepanjang tahun seharga RM 271 . ah menarik bukan  ? >> BOOK TIKET ONLINE DISINI <<

TIPS : Nak dapatkan tiket murah korang boleh beli secara online , ada 20% Diskaun weih ... lepas tu rerajin la pergi Mata Fair , situ lagi la murah .. silap silap boleh dapat RM88 gitu . 








Actually kitorang pergi sepuluh orang , and dua orang diantara kami  is singaporean . Haha terambik tiket dia dah . ala bukan diorang check pon sebenarnya , means bukan minta ic ke apa ke . Just time beli tiket je minta IC . tersalah tiket boleh je masuk hahaha.. patutla pelik kenapa RM128 . baru perasan.. hamboi kan dah excited nak main jadi tak perasan terpakai orang punya tiket. 










REVIEW LISA ; 

Puas hati jelajah dan rasai permainan di DESARU COAST ADVENTURE WATER Playpark . Lisa pergi weekdays haritu so boleh la jelajah merata semua permainan di sana sampai 3 - 4 kali naik permainan tu . Staff pun ramah dan sangat membantu , tandas bersih dan letak berdekatan dengan locker tempat menyimpan barang . 

Mungkin pihak Desaru boleh letak papan tanda untuk masuk dalam Desaru Coast Adventure Water Park tu , sebab first time kami datang tersesat pusing sampai ke HardRock Desaru Hotel , Padahal awal kami tiba tu memang dah nampak parking yang masih kosong dan lenggang . Car Park tu luas gilos weih , sebab tu kitorang ingatkan yang tu untuk Park Homestay situ . Kalau korang tidur di Hardrock tu tinggal turun je , tapi bagi yang datang tak menginap di Hotel situ memang agak susah nak cari jalan masuk .

Jangan Lupa datang dan nikmati sendiri permainan di DESARU COAST ADVENTURE WATER PLAYPARK . 

DETAIL : 

Location Desaru Coast
No. 4 Jalan Danau, Desaru Coast,
81930 Bandar Penawar, 
Johor Darul Ta’zim, Malaysia

CALL : +603-2203-9696
(Daily 9am - 6pm, Malaysia time)


FACEBOOK  : Desaru Coast Malaysia

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Review


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Review 


Actually selama ni Lisa tak pernah pakai CC cream , biasanya pakai alas bedak atau selalu dipanggil foundation . Rutin makeup step-step asas seperti Toner , Moisturizer , Sunscreen dan kemudian alas bedak , tapi problemnya kalau pakai foundation ni rasa berat je dekat muka .  Kawan sugest untuk tukar ke cc cream sebab lebih ringan . Kali ini Lisa nak cuba pakai , S+RECOVER GOLD NANO CC CREAM  from Hansaegee Nature Bagus Untuk Kulit Berminyak di Malaysia. Wahhh rasa teruja pula kali ini .



Hansaegee Nature S+Recover Gold Nano CC Cream

CC cream dari Hansaegee Nature ini atau  dikenal sebagai  Color Control Cream atau Complexion Corrector adalah formula yang lebih ringan dibandingkan krim BB atau alas bedak pada umumnya. Sebagian besar krim CC memiliki tekstur krim lebih lembut yang sangat ringan dan halus. Berfungsi untuk meratakan tona wajah yang tak sekata , baik kekuningan atau kemerahan . Tekstur yang lebih ringan dari pada memakai Foundation. Nah,. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni juga boleh digunakan sebagai makeup Primer tau . Best kan !


Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream


  • Perlindungan UV Sun SPF30 PA ++
  • Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
  • Kurangkan penilaian liang
  • Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
  • Mencerahkan
  • Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
  • Glowing Skin, Smooth Skin
  • Pastikan kelembapan
  • Melegakan masalah kulit


Back to topik awal tadi ,  Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini salah satu produk dari Hansaegee Nature ,  salah satu jenama produk kecantikan yang bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 ,dan  mengimport produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi & asal dari Korea. Jangan risau , semua bahan produk tu telah diluluskan secara sah dan selamat digunakan. 


Sungguh ringan di wajah . Tak berminyak dan tak melekit . Rasa gebu



First Pam keluar Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream , korang akan nampak krim tu berwarna putih , dan korang akan nampak krim tadi menunjukkan butiran coklat kecil dalam krim warna putih, . 


Kemudian bermula dari  sapu dan blend dengan jari , ia akan berubah warna  sesuai warna kulit , menjadikan tona wajah sekata secara semula jadi.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 Bahan Kandungan Utama iaitu :

  • Mineral Water - yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit 
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit 
  • Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi 










Warna yang tak putih sangat dan tak gelap sangat , sesuai untuk semua jenis warna kulit wajah . Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini akan meresap dan kemudian bertukar warna sesuai kulit korang agar nampak jadi bersinar dan cerah semula jadi . 


Cara menggunakan -  Sapukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dengan tangan / jari  , senang je bukan .. takaperlu gunakan berus atau span .




Awalnya krim warna putih, selepas korang  menyapukan pada  muka secara merata, lama kelamaan warna itu  akan berubah dan menyamakan warna tona kulit korang secara semula jadi,  jadi ia kelihatan cerah secara semulajadi. Tak perlu risau nampak putih sangat atau coklat sangat . 

ahakss.. Lisa pernah dengar kawan pakai cc cream tapi wajah dia nampak lebih kusam atau gelap dari warna kulit wajah asal . Seraaammmm ! 



REVIEW Lisa tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Totally i love it ! Review Lisa tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream  miliki tekstur yang ringan di wajah , siap ada perlindungan sunscreen  SPF 30 ++ , tak melekit dan tak berminyak . Yang paling penting , produk  ni adalah bebas dari sumber haiwan , paraben - free , sulfate - free , dan alcohol-free .  Lisa pun jenis bukan suka sangat makeup tebal ni , rasa macam pakai topeng je . 
Sangat berguna untuk penggunaan harian yang mudah dan cepat. Sesuai la untuk lisa , kadang lepas solat time kerja ni malas nak tepek terlalu banyak step makeup lagi . Tapi dah namapun kerja menghadap orang , kena makeup juga walaupun light je . Korang boleh juga try tau ! Silap-silap boleh jatuh hati .. auwwchh. 


Semua produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream HANYA boleh didapati di laman web rasmi di www.hansaegee.com/shop .Tidak dijual dari mana-mana kedai runcit atauonline shop channel . Detail selebihnya ada dibawah ini .  


Hansaegee Nature 





© all rights reserved
made with by templateszoo