Tang Yuan , Bola Beras Pulut
Tangyuan ini sejenis makanan atau mudah dipanggil bola beras pulut . Selalunya Lady boss akan masak TangYuan pada hujung tahun ( 21-23 Disember setiap tahun ) , sebab Festival Dongzhi ini merupakan masa untuk keluarga untuk berkumpul sampena pergantian musim / Tahun . Di Taiwan , China , Korea ... terkenal dengan festival Dong Zhi ini . Katanya kalau makan sebiji bola beras pulut ini melambangkan dah bertambah usia 1 tahun , harus berkelakuan lebih baik pada tahun yang akan datang ( yang ni Lisa google ) hahaha.
Pengertian Tangyuan
Menjadi antara juadah musim perayaan 'Dong zhi' atau Winter Solstice. Terdapat kepelbagaian tang yuan iaitu berinti mahupun tanpa inti. Tang yuan tanpa inti (unfilled) selalunya bersaiz lebih kecil dan lebih berwarna warni. Bagi tang yuan berinti (filled) pula, saiznya lebih besar sedikit sebab inti di dalamnya ( yang ini paling disukai anak kecil sebab manis ) . Antara inti yang paling popular ialah black sesame, peanut, kacang merah, pandan kaya, coklat, dan lain-lain. Tang yuan dihidangkan bersamasup manis/ air syrup. Juga terdapat pelbagai jenis seperti sup halia dengan gula batu (paling popular), sup kacang merah, dan banyak lagi .
.
Resipi Bola Beras Pulut , Tangyuan
Bahan-bahan
• 2 cawan tepung pulut
• 1 sudu besar gula kastor
• 200 ml air
• Pewarna makanan (ikut citarasa)
Untuk warna Hijau tu , biasanya kami akan gunakan daun pandan yang di tumbuk untuk dapatkan air pati .Cara-cara memasak Bola Beras Pulut
• Gaulkan tepung pulut bersama gula di dalam mangkuk.
• Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan (lebih lama menguli, ia semakin kurang melekit)
• Kalau nak tang yuan bewarna warni, bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnakan.
• Uli lagi setiap satunya sehingga warna rata.
• Bentukkan bulat-bulat seperti bebola kecil bersaiz 1-2 cm.
• Masukkan bebola tersebut dalam air mendidih. Bebola yang dah masak akan timbul di permukaan air.
• Bila bebola dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi sweet broth.
Tips
• Ketika merebus bebola, bila bebola dah masak dan timbul di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam air (suhu bilik) sebentar. Kemudian, barukah dihidangkan dalam mangkuk berisi sweet broth. Langkah ini adalah untuk menyejukkan bebola dan supaya bebola tidak overcooked. Juga untuk membuatkan teksturnya lebih kenyal dan sedap.
• Tang yuan ni sesuai dimakan bersama sweet broth yang sejuk. Sekiranya kurang sejuk, masukkan beberapa kiub ais dalam mangkuk bila ingin menikmatinya.
SWEET BROTH (sup manis / air syrup)
Bahan-bahan
• 1 liter air
• 2 helai daun pandan (simpul)
• ½ cawan gula batu/ gula perang/ gula melaka/ gula kastor/ gula pasir
• 2 inci halia (hiris)
Cara-cara
• Rebus air sehingga menggelegak
• Masukkan daun pandan dan halia. Didihkan selama 5 minit.
• Masukkan gula, perlahankan api, dan reneh selama 15-20 minit.
• Sejukkan di dalam peti sejuk.
Tips
• Adjust rasa manis ikut citarasa. Tambah sukatan air kalau nak air banyak. Tambah sukatan gula kalau nak manis.
Untuk yang warna orange tu , dibuat dari ubi yang berwarna orange , mungkin kalau ubi yang warna purple tu ada .. akan jadi purple pula hehehe . Kupas ubi , kemudian stim dah lembik ... baru pukul rata supaya senang buat bebola .
Lisa bukan chinese , tapi nak buat macam mana .. dapat boss Chinese .. jadi boleh la rasa . Hehehe.. pandangan orang atau siapa je yang dengar makanan cina mesti akan tanya , halal ke ? hehehe. Halal wakk... sebab Tangyuan atas ni buat kat dapur tempat kerja je ni ha .. Jadi tahu la apa je bahan , peralatan , kebersihan dan halal sebab kegunaan untuk staff , tak pernah masak dan makan babi oink oink ditempat kerja . Actually i made tangyuan tu juga( cewah speaking pula ) .. hahaha... tak salah untuk menguji skil memasak hihihi.
Rasa ? Lebih kurang seperti makan kuih gula melaka , onde-onde , sama je la bahan dan cara buat nya .
Dengarnya beras pulut ini boleh juga untuk jadikan muka lebih cantik , tadi Lisa google keluar gitu .. nanti nak cuba kalau berjaya Lisa kongsikan .
So terjawap sudah soalan yang selama ini membelengu , kisah disebalik makanan bola beras pulut tang yuan .
Rasa ? Lebih kurang seperti makan kuih gula melaka , onde-onde , sama je la bahan dan cara buat nya .
Dengarnya beras pulut ini boleh juga untuk jadikan muka lebih cantik , tadi Lisa google keluar gitu .. nanti nak cuba kalau berjaya Lisa kongsikan .
So terjawap sudah soalan yang selama ini membelengu , kisah disebalik makanan bola beras pulut tang yuan .
macam bubur jawa tu..tapi tu warna coklat je
ReplyDelete