Ad

Rezeki Datang Dari ALLAH

Rezeki Datang Dari ALLAH

Rezeki Semua Datang Dari ALLAH 


Assalamualaikum , Jodoh , Rezeki , dan Ajal semua datang dari Allah .. sebagai hambanya , kita hanya mampu untuk berusaha dan berdoa . Ada yang ditakdirkan untuk jadi orang miskin tapi bahagia ada yang ditakdirkan kaya duit berkepuk-kepuk tapi hidup tak bahagia ,ada sahaja yang buat dia rasa tak tentram . Ada yang dapat kerja dalam satu company yang  mungkin perlu menghadap boss yang cerewet , gaji pula rasa tak pernah cukup . Mungkin ada yang pilih bekerja sendiri , tapi alhamdulillah cukup untuk keperluan rumah tangga dan mampu untuk menyimpan lebihan , bagaimana dengan korang pula ? 

Petang tadi tertengok video seorang usahawan terlajak laris marah-marah berkaitan dengan rumah yang baru dibangunnya, usahlah disebut nama dia kerana kebanyakan dah tahu siapa dia . Dahulu uangnya dicuri dan dilarikan oleh pekerjanya , kali ini masalah dia ..tak puas hati dengan rumah banglow dia yang katanya hasil kerja pekerja tu macam rumah kampung , dan buat kerja lembab sampai 4tahun tak siap lagi . Walaupun kaya , tapi tak sepatutnya keluarkan kata kesat seperti itu , jangan la menghina.. apa salah rumah kampung sampai masuk dalam script tomahan dia tu . Kaya ... tapi riak dan ego , kalau ditegur... tak terima pula.

Pendapat aku , Alangkah lebih baik kalau diselesaikan dengan berbincang face to face . Dan walaupun berharta ,  tak sepatutnya dia keluar kata yang menghina  . Korang rasa akan selesai ke kalau hina , maki macam tu ? tak boleh cakap elok ke ?  Buat apa kaya tapi hati tak pernah tenang . Kalau ditegur , dikomen negative ,,, lagi la suka dia. Marketing sampah... bukan dia kesah , janji pemes... kan tu la yang Lisa rasa .


Kawan... Ingatlah ,,, ucapan yang keluar dari mulut itu akan diminta pertanggung-jawapan kelak kalau kita dah meninggal . Awak kaya ., bagila contoh yang baik-baik sahaja . Bila tak reti nak bercakap elok , lebih baik diam.




5
( Hide )
  1. takutnya.. takut sungguh sungguh bila tengok orang macam ni jadinya.Moga kita semua terhindar dari sikap sebegini.Thanks lisa..remind

    ReplyDelete
  2. takutnya.. takut sungguh sungguh bila tengok orang macam ni jadinya.Moga kita semua terhindar dari sikap sebegini.Thanks lisa..remind

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa yang rezeki itu adalah pemberian tuhan.

    ReplyDelete
  4. kalau tak puas hati pun, perlu ke nak rakam video & share ke nitizen..tu yang tak faham..

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo