Ad

Mitos Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi

Mitos Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi

Mitos Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi


Pengalaman Lisa cabut gigi bongsu  memang rasa menyesal sebab tak jaga gigi betul-betul . Mungkin pemilihan ubat gigi yang salah dan penjagaan sebabkan gigi bermasalah . Lepas dari tu memang Lisa rajin 6 bulan sekali check dan cuci gigi di klinik swasta , sebab busy kerja takde masa nak pergi klinik goverment. Bercakap tentang ubat gigi ,  Sebenarnya dah lama kan pernah terdengar atau viral  tentang tanda warna yang terdapat pada tube ubat gigi.  Tadi Lisa terbaca di twitter Dr ib shah | ayiem‏ , wahh ternyata selama ini ramai yang tertipu dengan mitos tanda warna pada tube ubat gigi . Ishh.. kalau ramai yang buang ubat gigi hanya sebab gambar viral tu , sebenarnya korang dah melakukan pembaziran . 


Periksa ubat gigi di rumah dan pastikan tiada toxic! 

Selalu dapat message macam ni di whatsapp? Dah tiba masanya untuk hapuskan terus mitos tanda warna pada tub ubat gigi. 

Betul ke Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi Mengandungi TOXIC ? 

Warna pada hujung tub ubat gigi tu dinamakan “eye mark” . ia digunakan oleh machine sebagai tanda untuk lipat dan “heat stamp” . Bukan sebagai tanda kandungan ubat gigi ! Hampir semua tube yg menggunakan teknologi dan mesin memproses yang sama ada tanda eye mark ni. bukan hanya ubat gigi.  Kadang2 di tengah,kadang2 di tepi. Kan.. kalau perasan di skincare atau cosmetik dan banyak lagi , ada tanda yang sama juga. Betul ke Tanda Warna Pada Tube Ubat Gigi Mengandungi TOXIC ?  bawah ini jawapannya 



Tapi kenapa kena ada warna yang berbeza doc? Guna satu colour je la sebagai eye mark? 

Ini jawapannya : Sebab mesin lain pengeluar pilih warna yang lain. juga banyak saiz tube dan bentuk tube. Sekali lagi bukan untuk tentukan bahan dalam ubat gigi tersebut . 

Jadi kenapa wujudnya “hoax” ni?  ianya tujuan marketing. Bila kita takutkan orang lain dengan mengatakan ubat gigi pesaing mengandungi chemical, dan ubat gigi keluaran syarikat sendiri lebih natural, jualan akan meningkat. Pada pendapat Dr. Ib Shah , ini marketing murah dan tak beretika . 



Betul juga kan , selalu je nampak iklan saling menjatuhkan pesaing . Hahaha... jenama X mengandungi bla bla bla... bukan hanya ubat gigi sahaja , banyak lagi produk lainnya yang guna marketing seperti itu .

Yang penting semasa memilih ubat gigi adalah lihat bahan2 didalam “ingredients” Pastikan mengandungi fluoride utk menguatkan gigi dan menghalang bacteria  ( bagi dewasa ) Gigi sensitif dan gusi berdarah juga ada jenis tertentu, boleh pilih ikut kesesuaian .

KESIMPULAN :
Jadi kesimpulannya janganlah buang ubat gigi dirumah semata mata kerana penipuan ini. Jadilah pengguna yang bijak.lagipun membazir itu amalan syaiton
Lisa pun baru tahu juga hari ini , hahaha.. naseb baik Lisa bukan jenis membazir dan buang ubat gigi yang ada tanda warna pada tub ubat gigi . Adeh... kan dah jadi membazir . Betul tak ..

Zaman gajet dengan tehnologi canggih sekarang ini ,mudah je berita yang belum tentu kesahihannya tersebar dengan cepat. Jadi bijak sebelum percaya dengan mitos mitos yang tersebar. 

4
( Hide )
  1. haaa sib baik tak terpengaruh ,lama dah agak sama macam roti massimo la gardenia la hahahhaha

    ReplyDelete
  2. Aduhhh...mitos rupanya...hmmm rajin plak mitos2 tak betul ni di reka kan...sian la company penat2 keluarkan produk...tq lisa akak dh baca

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo