10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil
Menghias ruang yang kecil agak mencabar apabila kita mempunyai terlalu banyak barang yang hendak diletakkan di ruang tersebut. Untuk melengkapkan sebuah bilik tidur, semestinya anda akan memerlukan katil, almari pakaian, meja solek, dan macam-macam barang keperluan dan perhiasan lain lagi.
Jadi, untuk membantu anda menghias bilik tidur anda agar ia selesa dan mudah untuk dikemas, jom baca beberapa tips yang menarik dan senang untuk bilik tidur kecil.
1. Jadikan pintu almari baju dwi fungsi dengan menempah pintu jenis gelangsar yang bercermin. Cermin tersebut akan bantu untuk memantulkan cahaya, dan membuatkan bilik tidur nampak lebih cerah dan luas.
2. Gantung langsir rapat ke siling untuk memberi ilusi seolah-olah bilik tersebut mempunyai siling yang tinggi. Oleh kerana langsir itu akan menutupi ruang yang agak besar, pilih langsir berwarna cerah dan lembut agar bilik tidur itu kelihatan lebih luas.
3. Jika anda ingin menjadikan sesuatu ruang itu 2-dalam-1, iaitu sebagai bilik tidur dan juga ruang kerja, gunakan perabot yang praktikal seperti katil sofa atau sofa bed. Tambah rak atau kabinet gantung di dinding simpanan agar ruang lantai bilik itu lebih lapang dan kemas.
4. Jadikan bahagian bawah katil sebagai ruang simpanan tambahan. Tempah katil berlaci atau gunakan kotak untuk simpan barang yang hendak diletakkan di ruang itu.
5. Gunakan rak gantung bertingkat sebagai meja sisi katil yang sekaligus boleh dijadikan rak buku. Pasang rak yang lebih panjang untuk tingkat bawah agar anda mempunyai ruang untuk meletakkan lampu meja atau perhiasan lain.
Sumber
6. Jadikan kepala katil anda dwi fungsi dengan menambah rak buku padanya. Rak itu juga boleh digunakan untuk menyimpan cermin mata dan ubat-ubatan yang perlu dimakan sebelum tidur.
Sumber
7. Gunakan juga daun pintu sebagai ruang simpanan tambahan di bilik tidur anda. Anda boleh menjadikannya sebagai tempat untuk menggantung baju atau aksesori peribadi anda.
8. Bagi bilik yang mempunyai ruang dinding yang terhad, gabungkan kabinet pakaian dengan katil. Dengan pelan sebegini, anda akan dapat menggunakan ruang dinding yang ada sepenuhnya, dan mempunyai lebih banyak ruang lantai untuk meletakkan perabot lain.
9. Untuk bilik tidur yang dikongsi pula, gunakan katil bertingkat untuk menjimatkan penggunaan ruang lantai. Bahagian bawah katil pula boleh ditambah rak dan laci untuk menyimpan pakaian dan buku.
10. Selain perabot, lampu hiasan seperti lampu lantai atau lampu meja juga akan menggunakan ruang lantai bilik. Untuk bilik yang kecil, anda boleh menggunakan lampu gantung kecil di sisi katil atau lampu LED yang disorok di bahagian bawah katil.
Setelah meneliti tips mudah di atas yang dikongsi oleh pereka hias dalaman tempatan, anda pasti rasa teruja untuk menghias bilik tidur anda, bukan?
Dapatkan nasihat daripada pereka hias dalaman yang berpengalaman di Recommend.my untuk menjadikan bilik tidur impian anda satu kenyataan.
Kongsi maklumat ringkas seperti saiz bilik tidur, lokasi rumah anda dan tema yang anda suka secara online, dan anda akan terima anggaran sebut harga dalam tempoh beberapa jam oleh pereka hiasan dalaman profesional di Malaysia.
Menarik tips ni... Boleh cuba...
ReplyDeleteBilik akk pun kecik jugak..
Idea semua best2... ada bbrapa yg a.lan mmg buat pun..
ReplyDeleteCantik laaa... Kalau dapat ni, lena sampai pagi
ReplyDeletekalo ada rumah sendiri, teringin gak deko macam ni. Cantik
ReplyDeletewahhh..bestnya..semua cntik2..teringin..
ReplyDeleteWahh menarik jugak idea2 ni.. boleh laa cuba nanti ..tq lisa ..
ReplyDeleteSuka gambar nombor 9..idea macam ni memag menarik..bilik kecik jadi luas
ReplyDeleteKinda great superb info...
ReplyDeleteWahhh menarik, nanti boleh ikut tips ni bila nak hias bilik.
ReplyDeleteTengah mencari idea juga untuk hias bilik anak dara 2 orang ni
ReplyDeletecantik dan tips bagus untuk hias bilik tidur
ReplyDeleteRasa nak tidur tgk deko2 tu ..
ReplyDeletehi jemput join n meriahkan segmen GA kt sni
ReplyDeletehttp://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
tips menarik boleh la nak apply dekat bilik nt.nak kna minimakan brg2 bru cantik kot simple
ReplyDeletenice. memang tengah cari idea tuk hias bilik pun sekarang ni hehe
ReplyDelete