DEODORAN PROTECT & CARE NIVEA
Assalamualaikum ! Dari banyak-banyak deodoran , NIVEA dah jadi favorite Lisa . Sesetengah dari deo tak tahan lama , dan buat baju jadi kuning . Yes.. masa sekolah dulu , baju putih memang kuning-kuning la bagian dalam , masa tu memang tak pandai pilih lagi . Untuk pengetahuan korang , sebenarnya masa kita cukur atau cabut bulu bawah lengan tu ,, sedikit banyak kulit kita pun akan terkikis dan menjadi rosak . Jangan risau , kini NIVEA hadir dengan DEODORAN PROTECT & CARE NIVEA , perlindungan berpanjangan dengan penjagaan kulit yang lembut
Perlindungan Berpanjangan dan Kulit lebih lembut dengan NIVEA PROTECT @ CARE
Ada orang cakap la , kalau taknak ketiak hitam ,, kena cabut bulu halus bawah lengan tu . Tahukah anda , jika cabut bulu kemungkinan .pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh kedalam kuliti dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan . Kaedah alternatif juga tidak sempurna, apabila korang mencukur bulu .. tekanan pencukur pada kulit yang tidak rata pula akan mengakibatkan luka-luka kecil , pernah tak korang spray atau letakkan deodoran selepas mencukur , mesti pedih bukan ? sebab mencukur dan mencabut bulu bawah lengan menyebabkan kerosakan kulit. Serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit, Kini korang boleh di atasi dengan Deodoran Protect & Care Nivea. Yang lagi best ia kekal berpanjangan selama 48 jam dan terasa sangat segar , kulit bawah lengan jadi lebih lembut dan licin .
NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care , deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème ,warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Deodoran Protect & Care NIVEA memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam. Memberikan korang kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan berikan bawah lengan yang lembut dan licin. No more kasar-kasar lagi ! Nasib baik bertudung , kalau tak ..Lisa dah tunjukkan lengan bawah yang halus dan putih ni .. #ehh gurau je hew hew .
Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml |
Antara Deodoran Protect & Care NIVEA Spray dengan roll-on , Lisa lebih suka deodoran yang spray sebab cepat kering dan lebih mudah digunakan . Tapi jika Lisa pergi travel atau bercuti pula , Lisa akan pilih yang roll-on . Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml , korang boleh dapatkan dengan harga RM 11.30 sahaja . Sedangkan untuk Deodoran Protect & Care NIVEA spray 150ml , dijual dengan harga RM 17.50 .
Deodoran Protect & Care NIVEA spray 150ml |
“Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulubawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,”kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.
NIVEA CARE RUN
Bagi korang yang sukakan sukan larian , JOM sertai juga NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA pada 29 Oktober 2017 ( Ahad ). Larian sejauh 5 kilometer bakal berlangsung di Presint 6 Putrajaya . Dan setiap peserta akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakanpada hari yang sama ,Yuran pendaftaran RM65.00 sahaja , korang boleh daftar online je di website nivea , www.niveacarerun.com.my .
PSTT : Pendaftarana kan ditutup 30 September 2017 ini.
More Info :
www.niveacarerun.com.my
busyra pakai nivea jenis lain. tp nivea mmg the best lah
ReplyDeleteyang ni yang terbaruuuu lagi best
Deletesuka juga pakai nivea mencerhkan kulit terutama deadoran tu
ReplyDeletelisa mmg pakai prdk nivea.. bgus kan
DeleteMemang suka pakai deodoran Nivea, best! Bila pakai tak rasa melekit dan kering je.
ReplyDeletetahan lama juga kan
Deletesuka dengan bau nivea ni..wangi sangat
ReplyDeleteha ah wangi
DeleteMiera guna Nivea dari dulu.. memang puas hati..
ReplyDeleteyes betul tu . best pakai nivea ni
Deletekita pun try jugak ,dulu pakai yg warna pink tu hehehhe
ReplyDeletebese lisa pakai yang putih tu
DeleteDari dulu memang pakai brand nivea. Best!
ReplyDeleteOk..nti ai beli..
ReplyDelete