Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41
Tahniah! Anda telah terpilih untuk menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Jika anda telah mengisi borang untuk jawatan tersebut, anda pasti mengetahui tentang cabaran yang anda bakal hadapi sekiranya anda terpilih untuk menduduki ujian ini. Anda telah menyemak nombor kad pengenalan anda di laman web LHDN di http://e-semakanntt.spa.gov.my/ dan maklumat seperti di bawah terpampang di skrin anda;
Nampaknya anda perlu bersiap – sedia kerana ujian tersebut pasti tidak mudah untuk anda lakukan melainkan anda berpengetahuan tinggi dalam pelbagai subjek dan juga berpengalaman dalam bahagian ini. Peperiksaan Online LHDN untuk tahun 2017 akan dilakukan pada 20 September 2017 jadi masih tidak terlambat untuk anda membuat ulangkaji sebelum peperiksaan sebenar dijalankan. Akan saya kongsikan beberapa contoh soalan peperiksaan online pegawai lhdn dan jawapan untuk peperiksaan ini supaya anda terbiasa dengan soalan yang bakal ditanya nanti. Tetapi, ingat saya ingatkan bahawa ini hanyalah contoh soalan, bukan ramalan soalan. Jangan keliru ya!
Apa Itu LHDN?
LHDN atau nama panjangnya Lembaga Hasil Dalam Negeri merupakan salah satu agensi utama di bawah kementerian kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara. LHDN ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian. Definisi dan juga tugas LHDN adalah perkara pertama yang anda perlu tahu sekiranya anda mahu bekerja di bawah agensi ini.
Pembahagian Soalan Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41
Soalan peperiksaan online akan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu;
- Seksyen A (Pengetahuan Am)
Tempoh masa: 40 minit
Masa peperiksaan bermula: 8:00 malam
Masa peperiksaan tamat: 8:40 malam
- Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
Tempoh masa: 50 minit
Masa peperiksaan bermula: 8:55 malam
Masa peperiksaan tamat: 9:45 malam
- Seksyen C (Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) – Seksyen baru untuk 2017
Tempoh masa: 20 minit
Masa peperiksaan bermula: 10:00 malam
Masa peperiksaan tamat: 10:20 malam
Nampak seperti sukar kan? Tetapi ia akan menjadi mudah sekiranya anda melengkapkan pengetahuan anda dan jangan risau, saya akan terangkan satu demi satu maksud serta contoh soalan dan jawapan bagi setiap bahagian.
Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41 ;
Seksyen A: Pengetahuan AM
Seksyen A merupakan bahagian di mana calon – calon peperiksaan akan diuji dengan daya kesedaran terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber Malaysia/ infrastruktur, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah, keselamatan dan pertahanan negara.
Untuk menjawab soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDN, anda perlu mengetahui aspek – aspek berikut ;
● Pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya jawatan Pegawai Eksekutif LHDN
● Hal Ehwal yang berkaitan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
● Pengetahuan AM mengenai pentadbiran dan pengurusan LHDNM
● Peka terhadap isu semasa dalam dan luar negeri terutamanya melibatkan pihak LHDNM
Contoh Soalan dan Jawapan Seksyen A: Pengetahuan Am
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian?
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Jawapan: A
- Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada
I. Kanak-kanak
II. Balu askar dan polis
III. Orang kelainan upaya
IV. Mangsa bencana alam
A. I, II dan III.
B. I, III dan IV.
C. I, II dan IV.
D. II, III dan IV.
Jawapan : A
- Cukai Jualan Diperkenalkan pada:
A. 03 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 01 April 2015
D. 29 Februari 1972
Jawapan: D
- Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?
A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang
Jawapan: B
- Di antara berikut, yang manakah BUKAN ditadbir oleh Kementerian Kewangan?
A. Bank Negara Malaysia dan Bank Simpanan Nasional
B. Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji
C. Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
D. Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti
Jawapan: B
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B mengandungi soalan – soalan yang mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara seperti kemahiran menggunakan logik, kemahiran mengintepretasi data, dan konsep matematik.
Contoh Soalan dan Jawapan Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
- Dalam sebuah Jabatan yang mempunyai 1500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setiap hari ialah;
Jawapan: A
- Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
A. 20 orang
B. 40 orang
C. 60 orang
D. 80 orang
Jawapan : B
Penerangan:
Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 - 160 = 240
Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200
Beza pelancong Bulan April :
240 - 200 = 40
- Dalam satu pertandingan sukan, Syafeeq menyertai acara larian pecut 100 meter. Dia berjaya mengejar dan memintas peserta kedua dalam pertandingan tersebut. Syafeeq telah menduduki tempat
A. Pertama
B. Kedua
C. Ketiga
D. Keempat
Jawapan: B
- Pilih nombor yang terakhir dalam susunan di bawah
25 24 22 19 15 ?
A.13
B.10
C.7
D. 5
B.10
C.7
D. 5
Jawapan: B
Penerangan:
25 – 1 = 24
24 – 2 = 22
22 – 3 = 19
19 – 4 = 15
15 – 5 = 10
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Calon – calon peperiksaan akan diuji dengan pemahaman didalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di seksyen C ini. Calon bakal disemak dari segi kemahiran memindahkan maklumat, tata bahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan.
Contoh Soalan Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Contoh soalan yang akan diberikan kepada anda berdasarkan petikan adalah;
- Mengapakah ada individu yang masih belum memiliki rumah?
- Harga hartanah di Malaysia sentiasa meningkat, apakah tindakan yang anda lakukan sekiranya masih belum memiliki hartanah?
- Berapakah kadar Base Lending Rate (BLR) yang paling rendah pernah dicatatkan?
- Apakah kekurangan yang bakal berlaku jika anda membeli rumah permulaan?
- Jika anda mahu membeli rumah, apakah jenis rumah yang terbaik sebagai permulaan?
Tips: Pastikan anda menjawab soalan subjektif ini dengan baik kerana anda bukan sahaja diuji dari segi pengetahuan, tetapi juga diuji dari segi penggunaan bahasa. Elakkan menggunakan bahasa rojak dan penggunaan tatabahasa yang tidak tepat.
Kenapa Anda WajibLulus Peperiksaan Online Pegawai Esekutif LHDN Gred 41 ini?
Jawapan kepada soalan ini adalah sangat mudah sekiranya anda seseorang yang mahu gaji yang lebih besar dari yang anda dapat sekarang. Dengan kenaikan pangkat dan juga kenaikan gaji, hidup anda akan menjadi lebih mudah dengan keadaan ekonomi yang agak tidak stabil. Anda akan memikul tanggungjawab yang agak besar di dalam agensi LHDN tetapi anda juga akan mendapat ganjaran yang lebih memuaskan sekiranya anda lulus peperiksaan ini.
Kenapa Anda Perlu Bekerja Dengan Kerajaan Malaysia?
Sesetengah orang lebih suka bekerja dengan agensi – agensi swasta kerana peraturan – peraturan mereka tidak begitu ketat dan mereka juga mendapat gaji yang agak tinggi sehingga mereka tamat perkhidmatan. Tetapi, anda harus tahu bahawa berkhidmat di bawah kerajaan Malaysia juga mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Kerajaan Malaysia menawarkan kelebihan kenaikan pangkat dan juga gaji sehingga anda sampai umur berpencen dan anda akan dapat merasai elaun – elaun yang khas untuk pekerja kerajaan serta pencen yang telahpun dijamin agar anda akan berasa senang di hari tua. Di bawah akan saya sertakan beberapa kelebihan sekiranya anda bekerja di bawah agensi – agensi kerajaan.
Kelebihan Bekerja di Bawah Agensi Kerajaan Malaysia
- Elaun
Telah saya sebutkan di atas bahawa anda akan mendapat elaun sekiranya anda bekerja di bawah kerajaan Malaysia. Elaun – elaun yang diberikan dapat mengurangkan beban anda di dalam sesuatu perkara seperti kos pengangkutan dan juga kos – kos yang lain sekiranya anda ditempatkan di kwasan – kawasan yang asing bagi anda. Antara elaun yang anda akan dapat adalah elaun rumah dan juga elaun sara hidup. Lebih tinggi jawatan anda, lebih tinggilah elaun rumah yang bakal anda dapat. Elaun sara diri pula diberikan untuk anda yang tinggal dikawasan yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Jadi, buatlah pilihan yang tepat dengan bekerja dengan sektor kerajaa.
- Bonus Tetap
Setiap kali Perdana Menteri mengumumkan bonus di dalam televisyen, setiap kali jugalah anda akan menerima bonus sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan. Sesiapa yang bekerja dengan kerajaan, mereka dianggap sebagai berkhidmat untuk masyarakat dan anda akan menerima Imbuhan Tetap Khidmat Awam. Pekerja sektor swasta tidak akan menerima kelebihan ini kerana bonus yang mereka terima adalah berdasarkan keuntungan syarikat persendirian dan mereka tidak dianggap sebagai berkhidmat untuk masyarakat.
- Kenaikan Gaji
Kenaikan gaji adalah wajib bagi sesiapa yang berkhidmat dengan kerajaan. Setiap tahun pasti akan ada kenaikan gaji sekurang – kurangnya sekali. Jika anda dinaikkan pangkat atau gred jawatan anda berubah, anda juga pasti akan menerima kenaikan gaji dan elaun. Sektor awam mempunyai kadar kenaikan gaji yang bagus dan anda pasti tidak akan menyesal andainya anda bekerja dengan sektor kerajaan.
- Cuti yang Fleksibel
Anda akan mempunyai masalah sekiranya anda mahu meminta cuti di dalam sektor swasta kerana kadang – kadang mereka tidak mempunyai pekerja yang cukup. Pasti susah untuk mereka menjalankan kerja sekiranya anda bercuti. Anda tidak perlu risau tentang cuti sekiranya anda bekerja dengan kerajaan kerana anda akan mempunyai cuti yang boleh diubah. Cuti tahunan minum yang anda bakal dapat adalah 14 hari dan 25 hari untuk pekerja bidang professional. Anda juga akan memperolehi cuti untuk kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Para wanita akan mendapat cuti bersalin selama dua bulan untuk berehat dan juga berpantang. Ini belum termasuk cuti umum ataupun cuti kecemasan. Untung kan?
- Simpanan Masa Depan
Kemudahan caruman KWSP adalah amat berguna sekiranya anda mahu mempunyai simpanan di hari tua. Setiap pekerja kerajaan akan mempunyai simpanan KWSP di mana wang tersebut dikumpul dari potongan gaji setiap bulan dan ditambah pula wang dari majikan. Wang ini tidak dapat dikeluarkan sehingga anda berumur 50 tahun dan ia akan memudahkan anda di masa hadapan. Pekerja kerajaan juga akan mendapat pencen tetap selepas anda bersara pada umur 50 tahun dan anda akan mendapat separuh dari gaji anda tanpa perlu melakukan apa – apa pekerjaan. Anda boleh bersenang – lenang di hari tua anda sekiranya anda bekerja keras untuk kenaikan pangkat anda pada umur yang muda.
- Kemudahan Mendapat Pinjaman
Salah satu kelebihan yang anda bakal dapat dengan bekerja di sektor kerajaan adalah kemudahan untuk mendapat pinjaman. Dengan pekerjaan yang tetap di agensi – agensi kerajaan serta gaji yang stabil di mana gaji anda hanya akan naik tanpa menurun, anda akan mudah mendapat pinjaman untuk membeli aset – aset seperti rumah dan juga kereta.
Kelebihan Bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Jika anda berpeluang untuk bekerja dengan LHDN, anda seperti telah berjumpa dengan lombong emas. Hal ini kerana, LHDN menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding sektor – sektor awam yang lain. Agensi ini berada di tempat pertama yang menawarkan gaji yang tinggi melepasi Imigresen dan lain – lain. Anda berpeluang untuk mendapat gaji sebanyak RM 2,600 hanya dengan menggunakan kelayakan pendidikan diploma.
Selain itu, anda juga akan mendapat kemudahan meminjam komputer dan kenderaan. Kelebihan ini amat berguna sekiranya anda masih baru bekerja di dalam sektor kerajaan dan juga berada bukan di kampung halaman anda. Gaji yang bakal anda dapat di hujung bulan dapat disimpan dahulu kerana anda masih boleh meminjam komputer dan kenderaan mereka sebelum anda mengumpul duit untuk membelinya sendiri.
Anda bakal mendapat cuti tahunan mengikut kelayakan dan cuti bersalin seperti yang telah dijanjikan sekiranya anda bekerja di sektor kerajaan. Cuti – cuti ini adalah fleksibel dan boleh ditetapkan oleh diri anda sendiri. Anda juga boleh mendapat pinjaman kerajaan yang pastinya lebih mudah dari pinjaman bank di mana kadar faedahnya adalah lebih tinggi.
Ada Lagi Maklumat Tentang Peperiksaan Online untuk Jawatan Pegawai Esekutif LHDN Gred 41?
Untuk sebarang maklumat lanjut tentang peperiksaan online pegawai esekutif LHDN dan tips – tips yang berguna sebelum anda menduduki peperiksaan tersebut, anda boleh merujuk artikel Prof Hariz dengan klik link di bawah;
https://profhariz.com/contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-eksekutif-lhdn-gred-41/
Artikel tersebut menyediakan maklumat serta perkara yang anda boleh lakukan untuk penyediaan peperiksaan online. Selamat berjaya!
soalan objektif memang feveret saya untuk menjawab...
ReplyDeletesoalan subjektif..agak kurang sikit.
Uihh.. soalan bocor ni.
ReplyDeleteGood tips lisa
ReplyDeletePastikan line intenet cukup kuat kalau nak jawab soalan dalam talian sebab kawan pernah frust, tengah syok menjawab intenet dia tenat..kesian..
ReplyDeleteInfo menarik ni lisa.. sapa2 yang dapat temuduga tu boleh laaa duk ulangkaji sikit2 nanti..
ReplyDeletegood sharing lisa!
ReplyDeleteBoleh membantu mereka yang akan mgambil ujian kelak. Pendedahan yang bagus.
ReplyDeleteInfo yg sgt berguna. Selamat Maju Jaya pd mereka yg akan menghadapi exam dan interview...
ReplyDeleteBagusnya. Mesti dapat bantu ramai yang nak ambek periksa ni..
ReplyDeleteWahhh.. info bagus ni...senang la pd sesiapa yg nk g interview lpas ni kan...
ReplyDeleteUntung skrg semua ada di internet.tapi kena line internet kuat la....
ReplyDeleteWah ade contoh dah..bagus ni..boleh share ngan kawan-kawan
ReplyDeleteInfo & perkongsian yg bagus ni
ReplyDeleteHaa.. jawab soalan elok2 nanti. Sekarang dah makin susah dah nak masuk kerja gomen. Peluang tak datang banyak kali
ReplyDeleteWahhh.. Untungbau dapat berkerja dalam kerajaan ni.. Hihihi
ReplyDeleteWahh soalan bocor hihi
ReplyDeleteHahahah kenapa link affiliate org...org tu yg untung ...hwhe.
ReplyDelete