Ad

CENDOL DURIAN SMOOTHIE Menu Baru CoolBlog

CoolBlog menu promotion : CENDOL DURIAN SMOOTHIE


Musim durian ini ramai pula para peniaga makanan yang meletakkan Durian sebegai menu special , cendol durian , pulut durian , serawa durian , MCFlurry Durian dan sekarang menu baru dari CoolBlog iaitu CENDOL DURIAN SMOOTHIE . Lisa pula termasuk dalam kategory  penggemar durian juga la , sebab tu memang tak nk ketinggalan rasa semua minuman atau makanan yang berbahankan durian . Agaknya macam mana pula eh rasa CoolBlog CENDOL DURIAN SMOOTHIE ? sedap ke tidak ?

CoolBlog CENDOL DURIAN SMOOTHIE


Balik kerja Lisa order la satu Cendol Durian Smoothie CoolBlog ni . Dilayan dengan ramah oleh pekerja CoolBlog tu . Masa diorang blend tu ,  pheww...hidung ni dah terhidu durian  , aum ... tak sabar pula nak rasa , nasib baik tak meleleh air liur .  Letak susu atau letak cream ikut selera masing-masing . Biasa orang letak cream , rasa smoothies gitu  . Dah siap je , atas tu letak toping cendol . Baca doa baru sedut dan minum ... Sruupp...  Dari bau tu memang ada durian , rasa pun ada la rasa durian , boleh tahan sedap . Oh ya .. CENDOL DURIAN SMOOTHIE COOLBLOG ini dijual bermula dari 7 September 2017. Harga Cencol Durian Smoothie CoolBlog : RM 7.50 

Apakata Lisa 

Untuk rasa tu Lisa bagi rate : 3/5 bintang , Tak rasa durian sangat , tak nampak durian tu .. hehehe. Tak seperti MCFlurry Durian , ada la inti durian blend tu . Yang ini takde , uhuks... Mybe durian yang digunakan berlainan . Ye dak.. Tapi ini pendapat peribadi dari Lisa la.. mungkin tempat yang buat berlainan , sebab kawan bagitau sedap ! Sama halnya seperti McFlurry itu . Nak try Tea Live pulak , katanya ada perisa Durian . 



Korang juga boleh try CoolBlog Menu Promotion flavour baru  , sampena menyambut hari Malaysia 16 September 2017 : 

  • CENDOL DURIAN SMOOTHIE ; RM 7.50
  • COCO YAM PULUT HITAM SMOOTHIE : RM 6.50
  • COCO KACANG CHOCOLATE SMOOTHIE : RM 6.50


Selamat Hari Malaysia !! 😊

6
( Hide )
  1. macam macam plak cool blog ni!! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aritu nampak pezzo durian. mcm mne la rasa pizza tu

      Delete
  2. busyra tak makan durian tp suka cendol. cemana tu. hehe. coco kacang tu mcm best je. tp skrng tngh batuk plus demam.. nnti nk cuba la.

    ReplyDelete
  3. Wahh..nmpak sedap tu

    ReplyDelete
  4. kalau kak sue memang tak minat benda2 berperisa durian ni sebab dah tau tak kan rasa mana pun,diorg just gempak je lebih hehehheee...nak puas hati akan durian sebenar je la hehehhe

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo