Tahniah di ucapkan kepada calon yang layak menduduki peperiksaan online pegawai kawalan trafik udara bagi gred A41 dan penolong pegawai kawalan trafik udara gred A29 yang dijadualkan pada 3 Oktober 2017 nanti. Untuk memastikan yang anda betul-betul layak, anda akan menerima pesanan SMS daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang di hantarkan terus ke telefon bimbit anda untuk menghadiri peperiksaan online.
Semakan Calon Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29
Setelah itu, anda boleh membuat semakan untuk pengesahan tersebut melalui link http://e-semakanbcc.spa.gov.my/pktu. Jika and tidak menerima sebarang SMS dan pernah memohon jawatan pegawai kawalan trafik udara gred A41/ A29, anda juga boleh menyemak melalui link yang sama dengan mengikuti langkah berikut :
1. Terus ke link semakanbcc.spa.gov.my/pktu
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
3. Keputusan akan dipaparkan pada skrin samada anda layak atau tidak.
Tarikh Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29
Exam online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan di adakan pada waktu yang sama dengan exam online Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.
Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM
Daripada pengumuman tawaran pengambilan pada Julai 2017 yang lalu, jawatan ini mempunyai sebanyak 80 kekosongan iaitu
Gred A41 : 40 kekosongan
Gred A29 : 40 kekosongan
Tugas Utama Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Kawalan Trafik Udara A29
Sebelum anda menduduki exam online, seharusnya anda telah bersedia dan memahami skop kerja yang telah anda mohon terlebih dahulu untuk memastikan anda betul-betul sedia untuk menerima jawatan ini sekiranya anda telah layak dan lulus.
1. Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41
Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara Bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kawalan trafik Area Control di ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang termaktub di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya. Caranya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur, cekap dan pantas.
2. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29
Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan Aerodrome/ Approach Control kepada semua juruterbang/pesawat di ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.
Format Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29
Format exam online sama seperti peperiksaan online untuk kemasukan jawatan yang lain. Peperiksaan ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menilai kemahiran berfikir calon dalam menginterpretasi maklumat yang diperolehi melalui latar belakang akademik, bacaan dan pengalaman masing-masing.
Setiap calon yang layak menduduki peperiksaan online hendaklah menajamkan kemahiran dan pengetahuan multidisiplin mereka kerana peperiksaan online sebegini adalah berbentuk umum, mengambil kira faktor ia diduduki oleh calon-calon daripada pelbagai bidang yang diceburi.
Secara umumnya, objektif utama peperiksaan ini adalah untuk menyaring calon-calon yang bukan saja layak dari aspek akademik tetapi juga mempunyai kematangan fikiran dan serba boleh layak dengan ciri-ciri seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred 41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.
Jadi, jika anda sudah layak mendapat dan menerima tawaran menduduki exam online. Anda perlu ambil tahu tentang beberapa maklumat tentang exam online tersebut untuk memastikan anda tidak menghadapi sebarang masalah ketika menjawabnya nanti.
Format Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Terbahagi Kepada 2 Bahagian
Apa yang perlu anda tahu tentang format exam online pegawai kawalan trafik udara adalah mengandungi dua seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B.
- Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan) 40 minit
- Seksyen B – Daya Menganalisa Masalah (40 Soalan) – 45 minit
Seksyen A ( Pengetahuan Am)
Dalam ujian seksyen A terdapat 50 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Soalan tentang pengetahuan am ini merangkumi hal-hal umum yang berkaitan dengan Negara Malaysia, alam sekeliling, teknologi maklumat, komunikasi, perkembangan semasa dan lain-lain lagi.
Tempoh : 40 minit
Jumlah soalan : 50
Jenis soalan : Aneka pilihan
Contoh Soalan Seksyen A (Pengetahuan Am) :
Yang manakah antara berikut merupakan Bahasa rasmi yang digunakan semasa Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu
A. Rusia
B. Jepun
C. Perancis
D. Jerman
Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah)
Dalam ujian seksyen B pula mengandungi 40 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Calon akan di uji dari segi kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami setiap permasalahan dan boleh membeza kan antara pertalian dan symbol abtrak yang diberikan. Berkemungkinan dalam seksyen ini, calon juga akan di uji di dalam Bahasa Inggeris.
Tempoh : 45 minit
Jumlah soalan : 40
Jenis soalan : Aneka pilihan
Contoh Soalan Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah):
If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X A, then A = ?
A 64
B 4
C 8
D 48
Tips Persediaan Sebelum Menduduki Exam Online Trafik Kawalan Udara
Sebelum menduduki exam online, terlebih dahulu anda perlu semak butiran yang penting seperti berikut :
1. Tarikh dan masa peperiksaan online dijalankan
2. Nama jawatan yang anda ditawarkan
3. Nombor angka giliran anda
4. Link/pautan web peperiksaan online
Pastikan segala maklumat tersebut tepat dan tiada sebarang kesilapan.
1. Persiapkan Mental Dan Fizikal
Faktor persediaan mental dan fizikal calon sangat memainkan peranan yang paling penting dalam kejayaan calon menduduki peperiksaan online. Anda perlu pastikan kesihatan tubuh badan dan emosi dalam keadaan yang baik menjelang peperiksaan online mahupun semasa menjawab peperiksaan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya calon memaklumkan kepada ahli keluarga terdekat dan mengatakan kepada mereka bahawa anda bakal menduduki peperiksaan. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan daripada mereka dan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menjawan soalan peperiksaan. Jika anda telah bekerjaya, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil cuti supaya anda dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan lebih fokus pada peperiksaan online tanpa sebarang gangguan dan masalah.
2. Sambungan Internet Yang Baik
Untuk menduduki peperiksaan online dengan lancar tanpa gangguan atau masalah, anda perlu pastikan sambungan internet yang bakal anda gunakan dalam sambungan yang stabil dan baik. Pastikan juga keadaan komputer yang di gunakan dalam keadaan baik juga serta suasana persekitaran perlulah dalam keadaan tenang dan selesa. Ini kerana semua faktor yang disebutkan itu akan mempengaruhi tumpuan anda semasa menjawab soalan peperiksaan yang sedang berlansung. Jika semuanya tidak berada di dalam keadaan baik, mungkin akan menganggu situasi anda semasa menjawab soalan peperiksaan online nanti dan tidak dapat fokus dengan baik.
3. Pengetahuan Am Yang Secukupnya
Sebelum menduduki peperiksaan online tersebut, setiap calon perlu ada usaha diri sendiri dengan bekalkan diri dengan pengetahuan am secukupnya. Calon perlulah dapatkan segala maklumat tentang skop kerja jawatan peperiksaan yang di pohon serta latar belakang kementerian ataupun agensi yang berkaitan. Ambil tahu juga tentang perubahan terkini dalam kementerian yang berkaitan. Ini termasuklah jawatan-jawatan rasmi kerajaan. Contohnya seperti Raja-Raja, Permaisuri, Yang di Pertuan Agong, menteri kabinet dan lain-lain lagi. Jangan ambil remeh tentang pengetahuan am yang kadang kala soalan mudah pun calon tidak dapat menjawab dengan baik.
4. Persediaan semasa Peperiksaan Online
Anda perlu bersedia secukupnya semasa peperiksaan online. Ini termasuklah membawa dan menyediakan bahan rujukan sebagai rujukan semasa menjawab soalan nanti. Sediakan juga kalkulator untuk menjawab soalan seksyen B yang berkaitan dengan kira-kira. Untuk persediaan lain, sediakan beberapa nota ringkas untuk lebih memudahkan akan membuat rujukan semasa peperiksaan berlansung. Dengan cara ini dapat menjimatkan masa dan secara tidak lansung tidak membuang masa anda dan lebih fokus untuk menjawab soalan-soalan.
Rujukan Lengkap Dan Contoh Soalan Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29
Adakah anda telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan online? Jika anda masih belum bersedia. Sebaiknya anda perlu membuat persediaan yang rapi untuk menempuhi peperiksaan tersebut dengan cemerlang dan berjaya melayakkan diri di peringkat seterusnya.
Hanya ada beberapa hari sahaja lagi menjelang peperiksaan online. Apakah persediaan anda? Jika anda tidak mahu membuang masa lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rujukan lengkap dan Contoh soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 & Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 SEKARANG!
Rujukan lengkap beserta panduan, tips dan contoh soalan ini sangat berguna sebagai persediaan anda untuk menduduki peperiksaan online kerajaan nanti dan berjaya dengan cemerlang. Bertindaklah sekarang dan dapatkannya SEGERA! Jangan buang masa lagi kerana masa terus berjalan tanpa menunggu anda.
Cara Untuk Mendapatkan Rujukan Lengkap dan Contoh Soalan Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29
Anda hanya perlu hubungi nombor telefon di bawah atau boleh whatsapp terus untuk dapatkan rujukan lengkap dan contoh soalan dengan lebih cepat.
TEKAN LINK www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)
Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29
Beribu-ribu calon telah berjaya menghadapi peperiksaan online setelah mendapatkan rujukan lengkap dan contoh yang diberikan sebelum menduduki peperiksaan. Sekiranya anda berusaha dan mengikut panduan yang betul, sudah pastinya kejayaan milik anda.
Semestinya anda ingin berjaya bergelar penjawat awam yang menjadi impian setiap ramai orang. Sedia maklum kita ketahui yang kerjaya dalam sector awam kerajaan mempunyai banyak keistimewaannya berbanding sektor lain. Jadi, usaha yang gigih perlu di tingkatkan lagi dalam sektor ini kerana persaingannya terlalu sengit di antara calon-calon yang terpilih dan hanya calon-calon yang benar-benar layak sahaja yang akan terpilih. Jadi, berikan dan lakukan yang terbaik. Semoga berjaya.
Dulukan cita cita k.sal nak jd pilot @ air controller tau..hehhe..rezeki ku di laut..
ReplyDeletehehe dlu lisa pun dapat tawaran kt situ . tp tu la... lisa tk pergi time iv
DeleteKenapa selalu promote link org hahaha.
ReplyDeleteaqdvertorial :)
Deletetahniah pada yg dapat exam ni.. :)
ReplyDeleteya..semoga dapat berjaya
DeleteTq sharing .. sape yg brminat leh buat rujukan no
ReplyDeletewelcome mek
DeleteSalam maal hijrah cik sepet
ReplyDeleteBikan main seronok kerja airport kan
jadi pegawai trafik
lawa view dari menara kawalan
salam maal hijrah
DeleteNice sharing lisa.. Mudah rujuk sini
ReplyDeleteya good luck untuk calon2
DeleteWahh siap ad tips lagi... Hahhaa skema jwpn ade x? :p
ReplyDeleteKak, Nak tanya bagaimana Nak semak keputusan exam?
ReplyDelete