Rangkaian produk baharu Shurah Pencerah
Assalamualikum .. ! Sebut pasal skincare ni dah berbagai jenis produk dan jenama di pasaran ... salah satunya , Shurah . Uish siapa la yang tak kenal dengan jenama ni , dari kakak Lisa dulu pun dah pakai shurah masa zaman-zaman belajar.. sekarang dia dah ada anak pun.. lama betul kan ? Dengar cerita kini rangkaian produk baru Shurah Pencerah dah keluarkan dengan packing baru dan produk baru yang ditambah dengan bahan aktif baru iaitu Clear White dan Shiny Glow. Wah.. macam menarik je , zaman serba canggih ni mestila kena jaga kuality produk ,, betul tak ?
Rangkaian Shurah Pencerah yang diperbaharui ini mempunyai bahan aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Set lengkap ini mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri. Wah.. tak sabarnya nak try ni ..
Rangkaian Shurah Pencerah yang diperbaharui ini mempunyai bahan aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Set lengkap ini mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri. Wah.. tak sabarnya nak try ni ..
Apa itu Clear White dan Shiny Glow?
Clear White : Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja.
Shiny Glow : Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada kulit , mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.
Rangkaian produk baharu Shurah Pencerah
1. Shurah Pencerah Pembersih Muka ( 50ml, 100ml)
Dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan lembapan semulajadi kulit. Kulit akan menjadi lebih bersih, lembut dan cerah berseri.
Cara penggunaan : Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar.
Harga 50ml RM7.31 , 100ml RM12.61
2. Shurah Pencerah Penyegar (120ml)
Ada beberapa penyegar di luar sana yang mengandungi alkoho .. , Berbeda dengan yang lain , Penyegar Shurah dirumus khusus tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Segarkan kulit korang setiap kali selepas membersihkan muka sebagai persediaan untuk menerima penggunaan produk yang seterusnya.
Cara penggunaan : Titiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran. Wajah akan rasa lebih lembap dan segar.
Harga Penyegar Shurah ini hanya RM10.49
3. Shurah Pencerah Pelembap (120ml)
Tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit korang . Juga mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri. yes memang ringan dan tak berminyak.. suka sangat.. baupun wangi je.
Cara penggunaan : Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar. Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.
Harga untuk pelembab ini : RM11.55
4. Shurah Pencerah Krim Siang (40g)
Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dan lembabkan kulit korang supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan SPF30, ia dapat melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahayakan.
Cara penggunaan : Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu siang untuk memelihara dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum.
Harga RM16.85
5. Shurah Pencerah Krim Malam (40g)
Krim muka yang dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa tidur dengan lebih intensif. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Ia diserap ke dalam kulit dengan cepat untuk memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah berseri.
Cara penggunaan
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar . Digunakan pada wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit korang semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum.
Harga RM16.85
6. Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan ( 140ml & 400ml)
Losyen tangan dan badan yang tidak berminyak ini dirumus dengan Pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang merbahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kuit anda untuk mencerahkan kulit dengna cepat dan berkesan. Gunakan selalu untuk kulit yang lembut dan cerah sekata.
Cara penggunaan Sapukan losyen pada tangan dan badan terutamanya selepas mandi.
Harga 140ml RM6.04, 400ml RM11.98
APAKATA LISA
Lepas beberapa kali pakai rangkaian produk Shurah Pencerah yang baru ni , review Lisa ... kulit rasa lembut je , dan memang rasa fresh gitu . OK ni review jujur ye ,,, 😍 lagipun harga memang mampu milik semua orang, tak koyak poket weih.. Lisa jenis kulit sensitive, dan lepas pakai set Shurah pencerah ni ok je .. tak keluar jerawat. Pandai la kan owner ni pilih warna untuk packing Shurah Pencerah ini , pink.. melambangkan kelembutan dan orang yang nengok tergoda gitu ... mostly perempuan tergoda dengan kaler pink... ye dak ?Korang kena try juga tau , kalau malas nak keluar... beli je secara online.. klik klik dan tunggu barang sampai dirumah . Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
dan follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah
Zaman sekolah dulu CCL selalu gna oecci muka shurah . Sekarang dah beralih ke produk lain
ReplyDeletetry la set yang terbaru ini pulak.. hehehe
Deletesebab color pink, maka rasa nak try, haha :D
ReplyDeleteby d way salam kenal
tau takpa... pink dia menggoda hati
DeleteCantik bekas dia.bagus ni utk cerah
ReplyDelete