PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Menangi Wang Tunai RM 1,400.00 !
Buku, novel dan Lisa memang tak dapat terpisahkan , tapi aku lebih suka yang kisah ada sejarah gitu la. Malam-malam memang selalu luangkan masa untuk baca , ala-ala ulat buku gitu . Ha.. biasanya kalau membaca ni mesti mulut rasa nak mengunyah je kan .. Tempoh hari cuba goreng sendiri keropok , masak panas-panas lepastu makan .. aum sedapp. Lisa try goreng keropok Mony Crackers , menghimbau kenangan zaman belajar dulu .Mony Crackers terdapat 5 Perisa
Sebenarnya keropok Mony Crackers ni ada banyak lagi perisa , tapi Lisa hanya try yang dua ni dulu la ; Sari udang dan Ceriping pedas. Ternampak time makan di beberapa kedai makan , macam sedap je yang perisa ceriping pedas tu . Keropok perisa udang memang kesukaan emak la, boss pun suka . Hahaha... Mony Crackers terdapat 5 Perisa , iaitu :
1. Sari Ikan
2. Sari Udang
3. Bawang Tersanjung
4. Bawang Bibir
5. Ceriping Pedas
Tersedia dalam paket @ 200gr, @ 500gr * dan @ 5kg * , untuk 2kg dan 5kg tu terhad pada perisa tertentu sahaja kayh . Antara pasar raya besar yang jual produk Keropok Mony ini ialah Giant, EconSave, MYDIN, NSK, UO dan banyak lagi.
sari udang |
MONY CRACKERS HALAL ?
Yang ni mesti akan jadi keutamaan sebelum pilih makanan , haruslah periksa halal atau tidak makanan yang kita ingin makan tu . Jangan risau MONY CRACKERS disahkan dengan HALAL oleh Majelis Ulama Indonesia . Ada logo halal di paket Mony .
Produk keluaran "Mony Crackers" (atau dikenali dengan Keropok Mony) ini mula diperkenalkan sekitar tahun 2009, dimana mereka menyediakan beberapa keropok dan kudapan yang mudah untuk dicari di Malaysia. Dengan tagline "Rangup nyer!", produk keluaran Keropok Mony dihasilkan dengan mengunakan resepi tradisi dan menggunakan teknik yang moden untuk memastikan ia berkualiti baik.
MONY CRACKERS menggunakan aditif yang berasal dari tumbuhan, sintetik dan haiwan (untuk ikan & udang)
Tada... dah siap goreng ! senang dan cepat je goreng keropok Mony Crackers ni . Goreng keropok ni kan selalunya panas , lepas tu tunggu lama , meletup dan kena jemur dulu baru nak rasa crunchy ... krak krik kruk gitu .. Awalnya nak minta mak je goreng sebab malas tunggu , hahaha ! Lisa gagahi juga menggoreng sendiri , dah besar panjang tak kan nak harapkan mak lagi kan .. ye dak ? Takde la sampai buat trick masak yang potong botol air then pasangkan ke Sudip elak kena panas tu . 😋 . Hanya perlu 5-10 saat je untuk tunggu keropok tu kembang .
Senang je weih , tak perlu tunggu lama . Berapa minit je dah siap goreng dua bungkus keropok ni . Ha. nak bagitau gak , MONY CRACKERS mudah digoreng (tidak perlu dijemur untuk dikeringkan dulu ). Mony juga cepat kembang supaya jimat penggunaan minyak .
PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Hadiah Wang Tunai RM 1,400.00 !
Ha... sambil makan tu , korang jangan lupa nak selfie atau ambik video yang kreatif tau . Lepas tu upload di Instagram atu Facebook . Sebab #MonyCrackers ada buat peraduan MONY CREATIVE CONTEST tau. Hanya perlu share gambar / video sekreatif yang mungkin bersama dengan keropok Mony ni.
Cara Join MONY CREATIVE CONTEST :
- Pastikan anda sudah "Like" page rasmi Keropok Mony.
- Selepas Like page, sila Like post INI dan Share dekat Facebook anda.
- Hasilkan gambar atau video mengenai Keropok Mony - Selfie bersama Keropok Mony, Video goreng Keropok Mony dan sebagainya.
- Jangan Lupa muat naik Gambar / Video anda bersama hashtag #monycrackers #monychallange #monycreativecontest . Ini WAJIB ya!
*Untuk gambar di Facebook korang kena tag Facebook : Indani Utama
NOTA :
- Contest bermula pada 17 Julai 2017 sehingga 31 Julai 2017
- Pemenang akan dihubungi melalui 'Direct Message'.
Haaa itu sahaja syarat-syarat penyertaan untuk anda sertai Mony Creative Contest ini.
Hadiah lumayan sebanyak RM1400 menanti tu , tak cuba tak tau .. mana tau kot-kot dapat menang bak kata pepatah rezeki tak pernah salah alamat. . Jangan tunggu lagi. Jom JOIN sekarang ! Upload cepat-cepat tau! Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Keropok Mony dan juga contest
Jangan lupa like :-
Facebook : Keropok Mony
Instagram : MONYCRACKERS.MY
tak pernah rasa... tp knape mcm tak pernah nmpak pun kat kedai/pasaraya... iklan jer pernah nmpak yg nyanyi lagu tu...
ReplyDeletekedai kurang kot ..tp pasaraya biasanya ada kt bahagian keropok2 gitu
Delete:D
Bestnya...baru tahu ada banyak variasi keropok. Selalu jumpa yang kaler² tu je.
ReplyDeletekat kluang ni dh bnyak kedai yang bgi keropok perisa ikan atau ceriping pedas tu . aritu nmpak dkt rail coffe ada. ha ah .. kropok kaler2 tu time dlu2 selalu nampak hihi
DeleteEh mudah je cara nak menang.. Nak try la.. Mana tau rezeki kan
ReplyDeletetry.. jgn tk try :D
DeleteWaaa lamanya tak makan keropok mony.. dlu2 suka sangat makan.. swdappp.
ReplyDeleteFuyoo ada peraduan lagi.. apalagi marilah kita pakat2 join peraduan ..
jom joinnn
DeleteTak perasan lak kepok ni kat mydin. Semua mydin ada eh?
ReplyDeleteada .. kalau tmpt dkna tkde tu mybe outofstock hehehhee
DeleteBetull .. kat Mydin ada ... :)
DeleteWow.. Ternyata macam Best juga peraduan wang tunai
ReplyDeleteJom try ... :)
DeleteKeropok mong sedap. Ehh! Ada contest lahh. Try lahh mana tau boleh menang 😋
ReplyDeleteJom try .. :)
DeleteBila baca automatik nak nyanyi... keropok mony
ReplyDeletehahah nyanyi smbil record , nti upload kt fb mana tau menang.. tp jgn lupa makan keropok monyy
DeleteMengimbau nostalgia betul keropok mony..hehehe
ReplyDeleteGood luck ye
ReplyDeletesedapnyaaaa keropok huishhh banyak gak hadiahnya
ReplyDeleteBanyak ... Hadiah 1 : RM 250, hadiah 2 : RM 200, hadiah 3 : RM 100 dan 17 pemenang hadiah saguhati. Jommm... cepat cepat jangan lepaskan peluang ini .. :)
DeleteSedap sangat ranguppp
ReplyDeletebetul tuu
Deleteyang versi pedas mesti mama dan ayah syafi suka
ReplyDeletesedap kan.. rangup rangup
Delete