Awalnya tak nak terjebak la dengan drama yang satu ini , tapi kawan semua asyik cerita pasal drama bersiri Andainya Takdir di slot Samarinda TV3. . Punyalah emo masing-masing di group geram tengok si shukri yahaya pukul bini dia dalam cerita tu , nak tak nak jadi terasa nak layan gak . Hahahah... Drama sangat nih. Selain Shukri Yahaya sebagai Airil (heroin ) dan Nina Iskandar sebagai fatihah (heroin ) juga ada Puteri Balqis sebagai anak diorang . Senarai pelakon yang lainnya : Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, dan banyak lagi. Drama Andainya Takdir dah lama ditayangkan start 29 Mei , setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di TV3
Senarai Pelakon Andainya Takdir
PELAKON
|
WATAK
|
---|---|
Shukri Yahaya
|
Airil
|
Nina Iskandar
|
Fatihah
|
Putri Balqis
|
Aleya
|
Sheila Mambo
|
Normah
|
Idris Md Diah
|
Jalal
|
Rosnah Mat Haris
|
Lemah
|
Erry Putra
|
Mushin
|
Adiba Yunus
|
Liza
|
Sabhi Saddi
|
Rahmat
|
Dian P.Ramlee
|
Salmah
|
Dilla Ahmad
|
Saidah
|
Putra Amaris
|
Rozali
|
Annie Ariffin
|
Norlin
|
Talha Harith
|
Zaki
|
PAUTAN ; SENARAI PELAKON ANDAINYA TAKDIR 2
LAGU TEMA / OST ANDAINYA TAKDIR
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
Mungkin - Potret
Permata Cinta - Aiman Tino
Tuhan Jagakan Dia - Ippo Hafiz
Dimanakan Ku Cari Ganti - Liza Hanim
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.
Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?
Dengar cerita penuh emosi kalau tengok drama ini , perghh mesti mak-mak geram tengok bini kena pukull.. mesti menyumpah2 haahaha.. kita tengok la malam ini ... yang takde TV boleh tengok juga di tonton.com.my
Gambar Pelakon
Dengar cerita penuh emosi kalau tengok drama ini , perghh mesti mak-mak geram tengok bini kena pukull.. mesti menyumpah2 haahaha.. kita tengok la malam ini ... yang takde TV boleh tengok juga di tonton.com.my
Saya pun suka cerita ni, kul 10 tepat terpacak depan tv. Tapi semalam termiss. Huhhu
ReplyDeleteAwk, tu typo nama heroin 'fatimah ' kat 1st paragraph... Hehe
ReplyDeleteKalau menonton tak jadi kerja. :)
ReplyDeletestress tengok drama ni.... geram jer tgk shukri yahaya.. tapi mmg ada jer org pesen gini.. adui doa laaa tak ditemukan org yg mcm nih
ReplyDeletetak sempat nak ikut cerita ni.nak tengok marathon online je nanti.
ReplyDeleteSedihla h kat fatehah Asyik Kena pukul dengan airil Nak Managis saya (Airil jahat) kata Aleya.
ReplyDelete