Ad

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson buat ku teruja

Assalamualaikum ! Salah satu dari wish list dah terpenuhi ,. yes!  dah lama Lisa sememangnya nak pergi LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON , tempat ala-ala Boracay di Philiphina tu . Private pool gitu .Lain dari yang lain kali ini Lisa bercuti di bulan ramadhan . walaupun begitu tetap ramai juga yang bercuti di Lexis Hibiscus . Teruja betul nak menaip kali ini.

Percutian di LEXIS HIBISCUS Port Dickson  Buat Aku Teruja !!


Dari banyak-banyak hotel , Lexis Hibiscus PD yang paling buat aku teruja . Dah terbayangkan ada Swimming pool private dalam bilik dan tak perlu berkongsi dengan orang . Ada Sauna , Katil besar.. private pool dan macam-macam la. Heavennya ! dah terbayangkan oih..

Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson menyediakan berbagai pilihan bilik , dari executive , sky pool , premium dan banyak lagi, Kali ini Lisa menginap di  bilik Executive  harga dalam RM1020.00 satu malam . tengok dari maps terletak di bahagian daun hibiscus ni .



KEMUDAHAN DI LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Turun dari kereta , akan ada orang yang buka pintu kereta , tolong bawakan barang  dan ya.. semua itu percuma saja tanpa caj  , terasa ala princes la pula .  Banyak kaunter pendaftaran so korang tak perlu risau menunggu lama , oh ya ..di LEXIS Hibiscus ni ada  sofa untuk tempat menunggu sementara korang nak check in , ada Live performance , ada minuman sejuk ,, dan aiskrim ..ya sama semua  diberikan secara percuma sahaja . Best kan ?



Sebelum naik Buggi (kendaraan disitu ) , kena beratur . Macammana dengan barang beg-beg besar pula ?part tu serahkan je dengan staff disitu ... hanya perlu bagitau dengan mereka number bilik korang nanti mereka akan hantar dengan selamat . So Jom kita menuju ke bilik pula 




Lisa bermalam di Executive Room Lexis Hibiscus Port Dickson , antara kemudahan yang Lisa dapat seperti :

  • Keluasan71 sqm
  • Terletak di  bahagian daun bunga raya / hibiscus
  • glass panel di lantai untuk melihat kehidupan laut dibawah.  to view the marine life below
  • 2 king beds
  • swimming pool peribadi  dan sauna di kawasan balkoni 
  • bilik air yang besar 



2 KATIL KING SIZE 



Meja yang luas dan selesa. Dibawah meja bahagian kiri dari gambar , yang berwarna putih tu dalam ialah peti ais bersaiz kecil , Setakat nak sejukkan minuman dalam tin dan menyimpan makanan tu boleh la .




Walaupun Lexis berada di tepi pantai , tapi tak menjejaskan line telephone dan juga internet . Lisa guna talian celcom , full barr 4G  (just masa di lobi hotel tu je la line bertukar ke E , sob-sob  nasib baik ada wifi percuma ) , haa kira ok la tu sebab biasanya kalau kawasan tepi pantai ni line telephone susah sikit dan ada pun tak berapa nak laju . Di Executive Room Lexis Hibiscus ni juga korang akan dapat FREE WIFI , laju juga lah . So tak menjejaskan kerja korang , almaklumlah Lisa ni kena sentiasa guna internet ... hehe 

Jom jelajah bahagian bilik mandi dan swimming pool pulak .



panel kaca di atas lantai untuk melihat kehidupan marin di bawah

Jangan risau , kaca ni boleh tahan untuk tampung berat badan korang .Hewww.. terbayang ada shark dibawah itu ..



 Bathroom Amenities

  • Shower
  • Hair dryer
  • Toiletries
  • Bathrobes


Peralatan untuk mandi memang dah biasa ada di mana-mana hotel , yang best disini disediakan sekali dengan hair-dryer dan juga tempat untuk iron baju tapi sayangnya takda iron disitu 😉 . Ha.. payung dan penimbang pun ada tau . Memang complete lah . 



Peti besi untuk simpan barang berharga .




Perempuan pantang tengok cermin , selfie kejap.. hew hewww 





 Private Swimming Pool 






Kedalaman kolam ni 1.2 meter . ada pelampung sekali jadi tak perlu risau untuk budak-budak .Yang pasti korang kena pantau la.. sebab bilik dengan laut hanya dipisahkan cermin. Hati-hati ye ,,,




Swimming pooll sea view 

Private pool di executive room ni dia tak berdepan-depan dengan bilik orang lain ,,, jadi aman la cik Lisa nak swimming disini without tudung , masih berpakaian sopan hehehe . Sebab gambar private so letak je gambar budak ni , see.. nampak tak betapa dia happy tengok laut ni . Memang release otak la..



Pemandangan di Lexis Hibiscus Port Dickson malam hari  . Ni tips untuk korang ye ,, lebih baik jalan kaki meronda-ronda disini daripada naik buggy car. Atau boleh je nak sewa basikal... ada tempat tuk sewa .




Design luar yang unik ! 
Kalau time pagi , angin kuat dan korang boleh menikmati ombak laut yang menghempas batuan tepi pantai.. ececece..  bermadah pulak . 


Oh ya Lisa dapat pakej room dengan Free sarapan  untuk 2pax / room 

Menu yang disediakan seperti : Nasi Lemak  yang dibungkus daun pisang , Nasi goreng , Daging rendang , Bihun goreng , aneka telur , Telur gulung , nuget , aneka roti ,aneka jus buah , salad , bihun sup , bubur dan banyak lagi . Ambek sedikit sudah , nanti boleh topup makan lagi . Hek hek...
Rasa untuk makanan ni 4/5 bintang. Sedap sampai menambah -nambah . opss .

Untuk sarapan ini korang boleh pilih sama ada Roselle coffee house  (yang ni kena beratur dulu ) atau masuk dalam lagi di UMI jappanese restaurant . Dua tempat ni sama je , boleh breakfast disini .




REVIEW LISA

  • Lisa sangat puas hati dengan service dan bilik disini. antaranya : 
  • Layanan / service yang mudah 
  • Check in cepat dan mudah je 
  • Staff friendly dan murah senyum 
  • Kemudahan buggi car untuk bawa kita kedalam bilik jadi tak perlu la nak berjalan kaki usung beg tu ha . 
  • Bilik  yang luas dan selesa 
  • Katil best sedap tidur weih . 
  • Private pool , korang boleh swimming sesuka hati pagi ,siang , bahkan malam pun boleh tau dan tak berkongsi dengan orang luar . 
  • Sauna dalam bilik sendiri  tak perlu kongsi dengan orang lain , korang juga boleh set temperature sesuka hati .
  • Sewa basikal untuk keliling dan bersiar-siar di Lexis .
  • Boleh naik Heli untuk tengok Lexis Hibiscus dari atas . 



Nota : .. lepas ni harapnya ada iron la dalam bilik tu , sesuai untuk kami yang nak iron tudung ni ha , tak kan nak bawa iron dari rumah . hukss.. 

Rating Lisa :-(1-5 bintang ) 

Kebersihan : 5/5 ,
bersih gila beb lexis hibiscus ni , dari mula lobi sampailah di semua sudut .


Makanan : 4.5/5
Hampir kesemua makanan disini sedap . Sayangnya ayam rendang tu dah habis awal .. harap lepas ni dapat di banyakkan lagi menu itu .

WIFI : 5/5,
Laju , dalam bilik , dalam private pooll atau dibilik sebelah pun still boleh guna . Laju weih.. walaupun ramai orang guna . 1 password wifi ni boleh digunakan disemua tempat area Lexis ini tak terhad di bilik sahaja .

Bilik : 4.5/5
Bilik luas weih , dan sayang just pada iron tu takde tapi tempat iron ada haha.

Keselesaan tidur : 5/5 
Selesa tidur sampai tak sedar dah pagi , takda ganguan bunyi bising .

Lokasi : 4.5 /5 
Senang cari , alhamdulillah tak sesat lagi hahaha.

Value : 4/5 


Korang boleh juga rasai tarikan yang special untuk naik Heli di Lexis Hibiscus ini, hanya beroperasi ketika hujung minggu dan juga cuti umum . Boleh ride dan tengok pemandangan Lexis Hibiscus dari atas . Macam best je kan ? tapi sayang time Lisa pergi tu cuaca tak mengizinkan nak naik , uhukss kecewa ! Lain kali la pergi lagi :p 



Untuk maklumat selebihnya :-

 Lexis Hibiscus Port Dickson 

Address: 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
Phone: +60 6-660 2626


Terimakasih Lexis Hibiscus Port Dickson , semoga Lisa ada kesempatan untuk datang sini lagi ..hehee





53
( Hide )
  1. terliur betul tgk bilik tu ngadap laut..
    pheww..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan view dia.. kalau ada ikan mesti lagi best

      Delete
  2. Menarik nya bercuti kat sini. Boleh plan siap2. Thanks for sharing Lisa

    ReplyDelete
  3. Bestnya!!!!!!!! 2 katil king...perghhhhhhh kalau dah masuk sini jangan harap nak balik lisa...akak baca semua kemudahan dia terbaik...kena menabung la cm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanfaatkan waktu dengan sebaik baiknya masa kt sini hahaha

      Delete
  4. menarik sangat! suka sangat tengok lexis hibiscus ni, InsyaAllah nak plan ke sana

    ReplyDelete
  5. Seronoknya!! Idaman juga nak kesini. Aaminn..

    ReplyDelete
  6. Bestnya, memang teringin nak pi sini. Dapat 1 malam pun dah puashati, moga ada rezeki nanti!

    ReplyDelete
  7. Bestnya oii. Haritu pi dengan uzu kolam kitorang menghadap kolam org lain segan sikit. Lisa punya more privacy hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tengok kat tempat lain mmg mcm kolam berdepan dengan orang lain

      Delete
  8. Wah seronoknya bercuti kat Lexis.. pergh cantik no bilik dia .. puas hati.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat bercuti di Lexis Hibiscus..

    ReplyDelete
  10. Wishlist akak gak ni. Bestnya kalau dpt bawa si kembaq pi situ, mesti enjoy mandi kolam sampai tgh malam hehe

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. hampir hampir cukup..tapi dah best laa hehehe

      Delete
  12. Ok dah lawo dah tempat nih! Tahun lepas abang inspection tempat ni ada isu... Hehehe Alhamdulillah dah ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah yeke tak tau pulak.. hehehe dah ok dah... hehe

      Delete
  13. Bestnya.... mmg btul2 blh tenangkan minda ni

    ReplyDelete
  14. perghh..mewah giler..ade rezeki nak pergi sini

    ReplyDelete
  15. Best nya...!! Baca pun teruja..
    Bill laaa nak dpt stay semalam dua.

    ReplyDelete
  16. Best gitu...tempat idaman percutian k.sal ni....

    ReplyDelete
  17. teringin nak pi yg dkt penang tu. tapi tak pi pi lagi. hehehe

    ReplyDelete
  18. menraik lisa. teringin nak pergi , tapi pergi ramai2 syok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITU LA... Kalau pergi berdua je rasa rugi lak katil besar hahahhaa

      Delete
  19. bestnyaaaa bila la nak merasa ni,dahhh pulak hotel ada cukai sekarang haihhhh

    ReplyDelete
  20. untung sangat dapat bercuti kat sini. rasa tak nak keluar bilik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah betul tu .. mmg rasa taknk keluar dr bilik

      Delete
  21. Lawa tempatnya ni.. 1 fine day.. simpan dulu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe simpan... lepas tu pi . harapnya tax tkde la

      Delete
  22. Best... teringin juga nak pergi ke sini

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo