Hai korang ! selamat hari Juma'at .. Before this Lisa ada share pengalaman cabut gigi bongsu di klinik pergigian Majestic, kali ini apa pula yang Lisa buat kat sini eh , cabut gigi lagi ke ?? Hola.,, Lisa cuci gigi , scalling dan polish sekali . Agak lama tak check gigi , jadi tergerak hati nak buat rawatan . Orang cakap cuci gigi ni sakit dan ngilu, dengan mesin yang bunyi berdesing.. betul ke macam tu ? Macam seram je kan nak pergi .
NGILU ATAU SAKIT TAK KALAU CUCI GIGI ?
Macam selalunya , sebelum datang klinik ..Lisa akan buat appoiment dulu . Senang je , Pm kat Facebook je .. punyalah malas kan . Korang boleh guna apps " book doc " di smartphone untuk memudahkan lagi , juga boleh pilih doctor mana satu . rujuk sini : https://www.bookdoc.com/ .
Sampai disana , kena tunggu doctor dulu.. lepas duduk je ada la 2 3 pesakit datang . Fuh naseb baik dah booking awal kan , mau lama juga kalau tunggu . Doctor dah sampai , then nama Lisa pun di panggil . Masuklah dalam bilik doctor tu ..kekeke perasaan jangan ditanya la.. dap dip dup macam tu.
Duduk di kerusi itu , then doctor yang lemah lembut tu pun tanya bila last cuci gigi , adeh.. mana nak ingat..sebab dah lama . (pemalas betul kan ) . Pastu dia tengok-tengok..kemudian buat la cuci , scalling dan polish tu . Nganga mulut dan bunyi zenggggggg zinggggggg.... macam tu . Ngilu atau sakit tak kalau cuci gigi ? ha.. tak pon. just bahagian gigi depan tu je la agak ngilu.. tapi sebenarnya tak seseram yang dibayangkan . Rasa macam ada besi melekat kat gigi .
Lisa memang ringan mulut tanya ini itu sebelum proses cuci gigi ni . Boleh tahu doctor kalian tu friendly ke tidak.. and boleh kurangkan nervous tau . Proses cuci-scalling- and polish ni memakan masa 20-30 minit gitu . Korang baring je dekat kerusi itu then biarkan doctor yang handle.
Doctor ada bagitau yang akan rasa ngilu sedikit time cuci bahagian depan , so korang kena tahan la . Yela,, 2 gigi depan kan kecik je..pastu kena scalling... memang ngilu gitu . Ha.. part last Lisa suka.. iaitu polish . Rasa mint sejuk-sejuk gitu ... gigi pun bersih blinkk blinkkk !!
Settle !
Yey ... Gigi sudah bersih dari segala khazanah !!
Uoll's bile lagi ? 😜 rase lapang je mulot ni !
***************************************
Harga Cuci Gigi Di Klinik Pergigian Majestic
Harga untuk kos cuci , scalling , dan polish gigi RM90.00 , lupa pula selit mana ntah resit tu . Mahal ? kalau nak murah korang boleh pergi ke klinik kerajaan , tak silap sama ada RM3 gitu . Tapii... scalling , cuci , polish kena berlainan hari . Tak boleh buat dalam hari yang sama .. almaklumlah..murah .. so korang kena ikut terms diorang la.
Bagi Lisa harga tu harga standart , sebab pergi klinik swasta check demam panas pun dah kena RM60 apalagi ni buat bersihkan gigi guna mesin selama berpuluh minit ( depends ketebalan kerak karang dekat gigi korang, lagi tebal lagi lambat la ) , layanan yang tiptop, dan memang Lisa ni kerja balik petang kalau pergi ke klinik kerajaan pun dah tutup. Tak boleh book awal kalau kat klinik kerajaan , gitu ... so terpulang korang la nak yang mana satu .
Korang yang ada masalah mulut busuk ke terutama perokok tegar , ha,., elok la bersihkan khazanah yang ada dalam mulut tu . Series beb.,. rasa lapang gitu . Jangan tunggu dah teruk pastu malu dah nak pergi check kat klinik gigi. IShhhh,,, bukan budak-budak dah .
Klinik Pergigian Majestic
No. 11 Tingkat 1 , Jalan Durian
86000 Kluang -Johor
07-7711246
email : majestiicdent@gmail.com
Facebook :
Fanpage :
WAKTU OPERASI:
ISNIN-JUMAAT: 9AM-5PM & 8PM-10PM
JUMAAT-SABTU: 9AM-5PM
* PH & SABTU MINGGU KE2&4 CUTI
Best2..harga berpatitan tu... Manjakan gigi sesekali.. Masih terasa juga tang buat operation buang gigi bongsu 2 thn lepas.. Ekekek.. Berlubang gusi dibuatnya.. Ada part, salah makan, makanan masuk dalam lubang tu.. Aduii.. Hehhe.. Naaib berani la jugak p buang sendiri 😂😂😂 masa nak buka jahitan, nurse suap gelak bila cerita..
ReplyDeletelisa gigi bongsu sakit ritu takde sampai operation sebab tumbuh normal je . biasa kalau menyenget kena operate kan.. mmg rasa sakit tuu hhuihihi
DeleteOops saya pun lama dah tak pi dental huhuhu
ReplyDeleteboleh pi check .. hihi doc gigi dah rindu tu
Deletehmm dah lupa bila buat treatment gigi.
ReplyDeletebetter check sebelum terlambat. kang kena tebas semua gigi.. hihi
Delete