Ad

Petua Bila Tercekik Tulang Ikan



Sungguh tersiksa aih kalau tercekik tulang ikan ni . Kemarin Lisa baru terkena , fuhhh.. rasa macam nak keluar anak tekak ni . Panik pun ye juga , nasib baik time tu kerja berdua dengan pekerja lain , boleh la suruh dia tolong jaga sekejap sambil aku berlari ke HQ .  Cara atau petua jika tercekik tulang ikan ni sebenarnya tak senang tak susah .. haha meh la Lisa kongsikan . 

Petua Bila Tercekik Tulang Ikan 




Elok kalau korang baca dan ingat petua ni , kalau dah tercekik tulang ikan ni sakit dia memang takleh nak terangkan . Nak keluarkan bukan senang , kena korek2 anak tekak tu pun kalau boleh keluar. Oh ya..kemarin tu Lisa tercekik tulang ikan keli yang halus bagian tepi-tepi tu . Halus je tu ... sakit woii . Rasa boleh , nak keluarkan tak jumpa pulak tulang tu kat mana . Tulang ikan yang besar boleh tarik atau cabut , tulang ikan yang halus.. korang baca petua ni  : 

1. Nasi kepal-kepal  lepas tu telan kat mulut . Jangan kunyah tau , kena telan sebijik nasi kepal gitu. Takdela kepal yang besar , kepal kecik dah . Lisa takreti telan makanan yang besar , jadi terrrkunyah pulak nasi tu , tak menjadi la. 

2. Pisang , kupas pisang and telan . Caranya sama seperti telan nasi kepal tadi. Lisa kat tempat kerja , kat mana pula nak cari pisang. Hahaha.. so next ! 

3. Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas. 


4.Celup jari dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari yang ada madu tu.. Insha Allah, tulang akan keluar katanya


5. CUKA , Ambil 1 sudu cuka dan terus minum... Hahhaa.. cara ni yang Lisa guna semalam . Aduh... minum cawan penuh dalam 250ml gitu, teguk.. muntah . Rasa jangan tanya la. masam and mencucuk2 kat tekak oih. Tekak masih rasa ada tulang ikan tu , so minum semula jadi 2 cawan la. Hahah nasib baik tak biol kepala ni ha. Boss suruh minum sebotol gitu . Matilanakkk...  rasa piawww . 

Lepas minum tu masih rasa muntah dekat mulut tu tak ilang, Lisa minum ais krim, minum ais lemon pun sama je , rasa loya lepas muntah tu tak ilang lagi . . Perut dan dalaman tubuh ni rasa panas semacam . Nak muntah balik pun ada.,. mana tak nya , Lisa kan perut sensitive gitu . So putuskan untuk tidur sekejap . Dulu husband boss yang tercekik tulang ikan ni , tu yang tahu cuka memang cepat lembikkan tulang ikan . 

Alhamdulillah lepas 2 jam , tulang tu dah lembik dan ilang dari mencucuk tekak. Untuk rasa cuka dalam mulut tu pula kena tunggu 24jam baru elok . 

8. If masih tak ok lagi , sila rujuk doktor terdekat .
Nota : 
Perlu korang tahu ye , kalau korang pergi hospital pun tercekik tulang ikan ni bukan dalam kes emergency . So kena tahan sampai turn sampai ... 2 -3 jam gitu la paling cepat kalau tak ramai orang . 

Doa bila tercekik tulang


Selain itu cara yang lain bila tercekik tulang ialah dengan baca Doa , seperti berikut :



Menang RM100 di A-Maze-Ing Promo Shurah Malaysia



Assalamualaikum ! Haii... Jalan-jalan kat Mall banyak pula barangan yang dah mula ' SALE ' , contohnya time pergi Pasific Kluang , nampak ada promo dari Shurah .  . Shurah Malaysia ada banyak produk dari hujung rambut, sampai hujung kaki .Seingat Lisa , akak pun pakai jenama ni dah dari time sekolah dulu, boleh tahan lama juga la kan jenama ini

Menang RM100 di A-Maze-Ing Promo Shurah Malaysia 


Kalau  nak tahu, Jetaine Corporation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat di Malaysia yang memasarkan rangkaian produk penjagaan diri yang lengkap dan disahkan halal oleh JAKIM di bawah jenama Shurah. Produk-produk Shurah terdiri daripada produk-produk penjagaan kulit muka, rambut, badan, solekan muka dan rangkaian produk wangian. Selain jenama Shurah, Jetaine Corporation Sdn Bhd juga memasarkan rangkaian produk yang lain di bawah jenama Tracia, Irise, Forum dan Loving Touch. Semua rangkaian produk dipasarkan ke pasaraya-pasaraya utama, pasaraya-pasaraya besar dan kedai-kedai runcit di Malaysia Barat dan Timur serta di Brunei. Jetaine Corporation juga mengekspot produk-produknya ke luar negara. Wahh... sampai keluar negara tu ., mesti kualiti bagus ni , kalau tak ... tak mungkin boleh sejauh ini. 

Jetaine Amazeing Promo bermula 15 Mac -15 Mei 2017 



Beli Jetaine boleh menang RM100 ? eh biar betul... 
Betul ... tak tipu , hanya dengan beli barang Jetaine produk minimum rm20.00 dalam single resit , korang berpeluang untuk  menyertai Amazeing Game dan juga Facebook Photo Contest . Mana tahu dapat menang hadiah sebanyak RM100. Jetaine Amazeing Promo bermula 15 Mac -15 Mei 2017 sedang berlangsung dan menyediakan banyak aktiviti dan hadiah menarik kepada pengguna produk ini.



Aktiviti di rak Shurah :
Untuk sertai aktiviti dan permainan yang korang boleh menang hadiah,caranya kena beli produk Shurah bernilai RM20 ke atas dalam satu resit,pastu korang nampak tak rak macam dalam gambar kat atas haaaa korang pi je situ ,cari salesgirl atau sesapa orang berkenaan dan korang boleh sertai permainan dan menang hadiah yang di sediakan.



Photo Contest :
Selain permainan di rak ,korang juga boleh sertai :- "photo contest" dengan props yang di sediakan di rak itu,korang snap gambar yang paling kreatif dan super duper awesome,agak-agak wow la kan pastu upload ke Facebook dan Instagram,pastu buh la hastag #AmazeingPromo . Hadiah diberikan setiap minggu tau sebanyak RM100 . Cuba la , mana tau rezeki ! 



Tak semua orang rajin untuk join contest , contohnya Lisa la. Hahaha memang mood down awal kalau contest sebab dah selalu tak menang . If korang pun sama kes macam Lisa atau malu-malu kucing nak join , taknak masuk contest #AmazeingPromo tapi nak hadiah? Boleh! Yang beli barangan Shurah lebih dari RM70, RM100 dan RM150 layak dapat hadiah :- 

1. Pembelian melebihi RM70-boleh dapatkan beg Nylon Foldable ekslusif.
2. Pembelian melebihi RM100-boleh dapatkan botol 400ml dengan pouch.
3.Pembelian melebihi RM150-boleh dapatkan payung.



Jadi cepat-cepat serbu pasaraya atau mall-mall yang menjual produk Shurah dengan Jetaine Amazeing promo ni ye, check senarai outlet dan Mall yang terlibat > DISINI


Kalau anda nak beli produk Shurah tapi anda tiada masa, jangan risau kerana anda boleh beli produk Shurah di dalam talian je. Bukan sahaja produk Shurah, tapi semua produk-produk lain juga di sini : http://www.jetaine.com/product-category/shurah/shurah-body-care/

Jadi, jom follow Instagram dan Facebook Shurah ramai-ramai untuk tahu pelbagai promosi menarik okay?

Website     :  http://www.shurah.com.my/






Berbelanja online secara Jimat Dengan Shopcoupons


Hye ! pejam celik dah dekat nak masuk bulan ramadhan dan  cuti sekolah yang panjang pun tak lama lagi . Selalunya masa seperti ini akan lebih banyak keluarkan duit dari poket . Jangan risau ..,  Lisa akan bagi tips untuk menjimatkan uang anda ,  iaitu berbelanja online melalui shopcoupons

Cara Jimat Berbelanja Online Dengan Shopcoupons 

Awalnya Lisa ingat shopcoupons ini hanya menawarkan untuk shoping barangan baju , kasut , alaaa.. yang biasa perempuan windows shopping tu.. Tapi buka je web ini , banyak sale dan diskaun sampai rambang mata . Haa... satu lagi , di web ini anda  juga boleh memilih web shooping online , makanan , travel , gadget ataupun menempah hotel untuk percutian semuanya hanya secara online dengan harga yang lebih jimat. Banyak weih ! 

Apa itu Shopcoupons ? 

Shopcoupons ialah sejenis laman web kegemaran di Malaysia yang menawarkan berbagai Coupon Code dengan baucar diskaun exclusive dan code promo terbaik . Wahh mesti menarik dengan banyaknya pilihan kod promo dan baucar diskaun . Tinggal pilih dan klik saja mana yang berikan kod promo terbanyak . Kena cepat ni , jangan sampai terlepas peluang . 



Cara Shopping di Shopcoupons : 

Memang senang je guna shopcoupons ni , nah berikut Lisa bagi step by step la cara jimat berbelanja dengan shopcoupons : 

1.  Buka laman web https://shopcoupons.my/  dan Login , di kanan atas website . Login guna Facebook je , senang . 





2.  Pilih jenama windows shopping yang kalian nak , contohnya Lazada Voucher , Zalora , Althea , Adidas.. dan banyak lagi la.. Lisa pula pilih dekat Tops Deal , Adidas . Hehehe.. memang sedang cari kasut untuk joging ni dari tempoh hari tak dapat lagi . 





3. Nampak tak senarai-senarai diskaun yang ditawarkan . Ada yang 30% , ada diskaun 45 % juga boleh trus pilih harga dalam rm200 ,scroll kebawah dan anda akan nampak lebih banyak diskaun . 




4. Tekan get deal mana-mana yang kalian nak pilih , dan ternyata tak perlu masukkan kod promo untuk dapatkan diskaun tu . Mudah bukan ? 


5. Dan lepas klik go to adidas malaysia tu , kalian akan terus masuk di barangan yang ada promo tersebut . Senang je kan ? 





Lepas dah cuba sendiri bershopping online di Shopcoupons , komen Lisa ialah shopcoupons lebih menjimatkan masa Lisa tanpa membuka satu persatu website windows shopping kemudian mencari satu demi satu barangan yang ada diskaun , anda sendiri pun taknak terlepas peluang kan ?. Pusing-pusing cari barang yang diinginkan dengan harga paling murah tapi lepas tu terpaksa kecewa sebab stock dah habis . So jangan bazirkan masa dan wang anda jika ada pilihan yang bijak iaitu shopcoupons . Ada info bagus mestila Lisa share kat anda semua . Betul tak ? Jimat masa , jimat wang , jimat duit minyak ,.. dah rambang mata dengan diskaun yang sangat banyak beb ! 

OK la hanya itu yang Lisa nak kongsikan dengan kalian . Berbelanjalah dengan bijak, dah gaji kan? apa tunggu lagi.. jom leh sambung windows shopping . 

See you

NEW! CELCOM FIRST GOLD PLUS GBSHARE 44 GB

Assalamualaikum , agak lama tak berkongsi cerita tentang pelan celcom . Minggu lepas celcom dah keluar pelan baru , tapi semalam Lisa baru berkesempatan untuk pergi training. Jadi dah boleh story mory dengan korang la . Pelan  Celcom Postpaid  terbaru iaitu Celcom First Gold Plus GBShare dan Celcom First Platinum GBShare. Tiada split data (Weekday dan weekend)  , GB data Internet  lebih banyak , boleh share internet  ke subline , serta unlimited call to all network untuk supplementary . Macam menarik je . Jom Lisa story lebih detail ! 


CELCOM FIRST GOLD PLUS GBSHARE 


Untuk pelan Celcom First Gold Plus , menawarkan 40GB internet dengan 20GB internet untuk weekdays dan 20GB untuk weekend, secara detail korang boleh baca di artikel ni : CELCOM FIRST GOLD PLUS .  Apa yang berbeza dari pelan sebelum ini? Kali ini First Gold Plus GBShare 98 , kalian boleh share data dengan subline kalian . Bukan hotspot tau , tapi share ke bawah line dari mainline . Wah best la kan, contoh si emak tak guna banyak data.. anak yang guna banyak data.. boleh la transfer ke anak tu . Menarik bukan ? Bill pun tak separate , bill akan disatukan dengan main line , Kiranya main line + 2subline .


Apa yang dimaksudkan dengan GBShare ?  

untuk lebih paham.. boleh baca detail dibawah ini.


Kelebihan Celcom First Gold Plus GBSHARE 98


1. Nikmati 44 GB data internet dengan full kuota 24/7 setiaphari tanpa menunggu weekend dan weekday. 


2. Sharing Data dengan family plan , ada 2 jenis iaitu Group Sharing dan Allocated Sharing . Kalau sebelum ini 1 number Main Line hanya boleh gunakan data tu seorang, untuk pelan ini pulak boleh share dengan family yang mendaftar subline GBshare dibawah no. Main line atas tadi .





-Group Sharing : semua orang boleh gunakan GB kuota internet dari total 44GB untuk First Gold Platinum dengan sesuka hati . Ibarat pintu rumah tak kunci , maka semua orang boleh ambek  semua barang yang didalam tu . Siapa cepat guna banyak , dia dapat la.. yang last tak merasa gitu.

-Allocated Sharing ,,, Main line / Admin  boleh control penggunaan share ke 2 subline GBshare bawah  . Dah share tu boleh ambil balik kalau rasa GB Internet admin tak cukup .


Contoh ; PAGI , Ayah bagi kat along 10Gb dan Angah 10GB ... lepas tu ayah rasa macam tak cukup guna je ayah 20GB tu sebab guna untuk kerja .  so tengah hari tu ayah tarik semula GB kuota data internet yang dibagi ke Angah sebanyak 5Gb. Maknanya angah hanya boleh guna 5GB . Boleh bagi boleh tarik balik .



3. Unlimited call untuk supplementary kesemua rangkaian
Sebelum ini hanya free 2000 minit dan 2000 sms ke main line ,, 50 sms dan 50 minit call ke semua rangkaian. Tapi untuk yang baru ini supplementary atau GBShare boleh call unlimited tanpa had kesemua rangkaian. jimat banyak lah !

 Caj untuk sms /video call / mms : 20sen .

 4.Bill combine , maksudnya 3 bill akan disatukan Supplementary GBShare seharga rm48.00
Bill setiap bulan ialah rm194 (tidak termasuk gst ) : RM98 untuk mainline + 2 subline < 48+48> = rm RM 194.00 

Kelemahan :
*Celcom First Gold Plus GBShare hanya boleh apply untuk 1 admin dan terhad  2 Supplementary GBShare. Taklebih tak kurang.
*Untuk pendaftaran pun sama , kena terus daftar serentak ., jadi kena terus bayar rm194 (tak termasuk gst ) untuk number baru .



Cara Menggunakan  GBShare via MYcelcom POSTPAID apss . 


Oh ya lupa.. untuk check kuota data internet sebelum ini ialah dengan cara manual SMS  " BAL STATUS " ke 28882 caj 20sen kan ?  Sekarang ada apps untuk pengguna postpaid iaitu " MYcelcom POSTPAID apss " yang mudahkan kita untuk check bill , check penggunaan data dan log in online customer service tanpa dikenakan caj.  Cara untuk share data internet dari Main ke Supplementary pun guna apss ini . Mudah je kan ?

1. Muat turun aplikasi MYcelcom POSTPAID di Google Play atau App Store.
2. Log Masuk ke MYcelcom POSTPAID
3. Pilih  < First platinum with GBshare or First Gold Plus GBshare > dan klik " VIEW THIS NUMBER "
4. klik " MY SERVICES" dan pilih  " Manage Your Internet "
5. Klik " Confrim to enable allocated sharing " dan PROCEED " untuk bagi kuota internet .
6. pilih individu untuk memperuntukkan kuota internet .





Celcom FIRST PLATINUM GBShare


Untuk pelan ini pula celcom menawarkan kuota internet sebanyak 70GB untuk total keseluruhan . Supplementary masih sama boleh free call ke semua telco , yang membezakan dengan First Gold Plus GBshare ialah untuk Platinum boleh sub sampai 5 line dibawah. 


KELEBIHAN FIRST PLATINUM GBshare 
- Kuota internet up to 70GB 
- No split kuota , Full kuota internet dalam erti kuota tak asing weekend dan weekdays. 
- Boleh share data internet ke Supplementary . 
- Unlimited call untuk subline dan mainline . 
- Bill bercampur dengan Main Line . 
- Supplementary boleh tambah dari 2-5 number . 

Kelemahan : 
Walaupun untuk pelan First Platinum unlimited call dan sms tapi untuk supplementary tetap dikenakan caj 20sen ye . 





















Senarai Pelakon Menanti Februari


Baru-baru ni perasan ada iklan produk minuman yang di promokan fathia latiff dan Zul Ariffin , biasanya mesti ada lakonkan drama dekat TV . Ohh...rupanya diorang berlakon  Samarinda TV3 bertajuk Menanti Februari. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari dah mula tayangannya mulai 3 April 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3. Pelakon lainnya seperti : Wan Nor Azlin, Riz Amin, Juedian Omar, Dato Rahim Razali, Kirana Batrisya, Nurman Salleh, Helvera Susanti . 


Senarai Pelakon Menanti Februari 


PELAKONWATAK
Nur Fathia Latiff Fiza
Zul Ariffin Arie
Afiq MuizEdi
Riz AminHisyam
Juedian OmarLia
Wan Nor Azlin Pn Sofea
Dato Rahim Razali En Haris
Kirana BatrisyaIntan
Nurman SallehEn Fuad
Helvera SusantiPn Asmah

Senarai Pelakon Menanti Februari 


LAGU TEMA / OST MENANTI FEBRUARI

iamNeeta - Sakit
Forteen - Apa Ini Cinta
Aiman Ismail  - Cinta Palsu

SINOPSIS MENANTI FEBRUARI

Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bula Februari. Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.


GAMBAR PELAKON

credit gambar : myinfotaip.com



Macam menarik je , korang dah tengok belum ?

Cara Pasang Banner di Blog

Untuk pasang header biasanya senang je kan, masuk bagian Layout kemudian masuk Header dan upload image disitu . Tapi macam mana kalau nak pasang banner iklan memanjang atau logo di side bar blog ? sebab memang takda gadget untuk upload image tu . Kena la cara manual iaitu guna coding . Cara pasang banner dan logo di blog ni tak susah manapun, yang penting kena tau coding nak letak . Kalau tak tahu juga.. jangan risau . Lisa buat totorial di bawah ini from A to Z ! Check it out ! baca sampai habis tau .

Cara Pasang Banner  Di Blog 

Dalam artikel ini Lisa hanya akan share cara untuk pasang banner di blog ,Banner ni ada banyak seperti banner iklan  atau, banner kelab . Untuk kali ini Lisa akan bagi contoh cara pasang banner kelabbloggerbenashaari atau KBBA9 . Kalau korang perasan Lisa memang dah pasang di sidebar kanan blog PC view , dan bahagian atas untuk mobile view . Caranya :-


1. Masuk di bahagian LAYOUT blog .
2. Pergi  Header
3. ADD Gadget . Pilih HTML/JavaScript ,


4. dan korang akan nampak popup untuk letakkan coding dari banner tadi , isikan .
Untuk Coding Banner KBBA9 Boleh dapati di http://kbba9.com/code/ 


<a href="http://kbba9.com" target="_blank" rel="Banner KBBA"><img class="aligncenter" src="http://kbba9.com/bannerKBBA" alt="Logo KBBA" width="728" height="90" /></a>





5. Tekan SAVE .

Ok dah siap .



Cara Pasang Logo Sidebar di Blog 
Untuk pasang logo sidebar pula langkah-langkah sama seperti pasang banner ni . Just kena tukar dari LAYOUT - SIDEBAR - ADD GADGET - HTML/ JAVASCRIPT . dan masukkan code seperti diatas.

Selamat mencuba ! 

Menang Contest Tyzara !


Ingat lagi tak contest bulan lepas bertajuk "Kenapa Aku Pilih Tyzara ? " . Agak lama dan tak sabar sebenarnya tunggu keputusan siapakah yang menang contest ni . Jujur Lisa katakan yang memang tak target menang tempat pertama kategori artikel terbaik , hehe memang lemah sikit kalau join contest ni ,rasa percaya diri tu kureng . Tapi berharap tu ada la ... rezeki tak pernah salah tempat , mana tau menang iphone 7 tu (still berharap) Agak-agak sapa yang menang ye ? . 

Pemenang Share Terbanyak

Semalam terbaca entri teaser pemenang contest ini dah diumumkan di blog Ben Ashaari , fuh debor-debor gitu .  Potong mood betul la kan , diumumkan sekerat jekk lain tajuk lain yang diumumkan . Adeh .. dan Lisa nampak ada backlink di entri tu. Yeyy.. alhamdulillah Lisa menang Share terbanyak . Dan dapat wang tunai rm500+ Tyzara . Syukur sangat.. terimakasih kepada pihak tyzara dan penganjur , terimakasih aBen , Terimakasih kat korang yang dah tolong Lisa share di facebook !



Pemenang yang lainnya : korang boleh check DISINI 

Tahniah untuk kesemua pemenang! 

Cara Pasang Google Analytics Di Blog

Cara pasang google analytics

Assalamualaikum , walaupun nama Google Analytics dah tak asing lagi di telinga.. namun ternyata ramai je blogger yang tak tahu atau tak pasang lagi G.A (Google Analytics ) di blog mereka . Yang belum pasang tu harap cepat pasang ye , G.A ni penting tau! Untuk apply google adsense , Innity ,juga penentu harga market  pengiklanan blog kita kepada company pengiklanan . Return of Investment (ROI) bagi setiap kempen itu adalah sangat penting. Total PageView di Dashboard blog tu tak valid tau kalau bagi kat P.R sebab dah bercampur dengan robot.  Cara pasang google analytics ni senang je , entri kali ini semoga boleh jadikan pedoman kayh .


Apa Itu Google Analytics ?

Google Analytics adalah salah satu perisian yang memboleh pemilik laman web dan blog melihat dan mengetahui data yang lebih lengkap berkaitan pelawat-pelawat laman web dan blog mereka dan bagaimana setiap pelawat ini bertindak balas terhadap setiap kempen pemasaran yang sedang dijalankan.

Cara Pasang Google Analytics Di Blogspot .

1. Langkah pertama korang kena daftar dulu akaun google analytics . Masuk google analytics , di website  https://analytics.google.com/analytics/web/provision/?authuser=0#provision/SignUp/

2. Isi kan detail yang ada. website URL tu letak nama blog korang ye :) 




3. Dah isi semua sampai habis , Klik GET TRACKING ID 


4. Lepas tu akan keluar pop-up seperti dibawah ini . Klik i Accept . 


5. Akan keluar result Tracking ID dan Website Tracking . Pasang dalam dashboard blog korang di www.blogger.com , jangan lupa masukkan coding tu di html template blog ye .


6. Dah dapat tracking code Google Analytics , korang kena pasang dalam blog . Step ini untuk blogpost ye . Masuk dalam www.blogger.com , kemudian pergi ke Setting -Other - Google Analytics .

Masukkan tracking ID tadi dalam kotak tanda panah bawah ini :  UA-971***-1  .
Tekan Save. 





7. Haip.. belum setell lagi . Masukkan script code google analytics dalam template blog kalian . 
Masuk Theme - pilih edit html - dan paste coding script dalam google analytics tadi. Pastekan bawah head dan sebelum footer ya . Nak senang korang boleh cari tekan  ctrl + f  , search isi : head /body . kemudian paste dimana-mana tempat. 


Dan SIAP ! try masuk dalam akaun google analytics dan tengok la , ada bergerak ke tidak . Kena tunggu sekepa ye .. dan tadaa..... dah gerak . Senang je kan nak pasang ni . Better pasang sekarang dari nanti-nanti , mana tahu dah beribu-ribu viewer dalam blog korang . 




Selamat mencuba !




Senarai Pelakon SHH... I LOVE YOU

Lama tak tengok si Elvina ni berlakon , ke memang Lisa dah lama tak tengok drama kat TV ? Drama Akasia yang baru adaptasi novel Shh... I Love You , gandingan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Drama ini akan ditayangkan bermula 3 April 2017, disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang di TV3. PELAKON lainnya seperti  : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

Senarai Pelakon SHH I LOVE YOU



PELAKONWATAK
Gambit SaifullahKapten Aidan
Elvina MohamadNur Nadia Omar
Tash YongSumayyah
Hafreez AdamNaufal
Aien ZahalanDiana
Hani NazrinaAin
Bella NazariSumaira

SINOPSIS SHHH I LOVE YOU

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. 

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

GAMBAR PELAKON





Senarai Pelakon SHH...I Love You

credit gambar : Myinfotaip 
© all rights reserved
made with by templateszoo