Ad

Tips Percutian Bajet

Tips Percutian Bajet

Assalamualaikum , macam mana dengan cuti sekolah kali ini ? mesti sibuk dengan percutian dan luangkan masa dengan keluarga tercinta . Cuti 1 bulan memang lama la katakan , boleh berjalan sakan cuti-cuti Malaysia ! Yeayyy.. . Jadi destinasi mana yang kalian pilih ? Cuti-cuti jugak.. tapi kena fikir juga lepas naik sekolah nanti kena kuarkan duit lagi untuk belanja sekolah anak . So... apakata korang baca beberapa tips bercuti secara jimat . Jom baca .

Tips Percutian Bajet

Untuk memudahkan dan menjimatkan percutian korang , berikut beberapa tips yang insyaallah akan berguna . 


1. Tempah Hotel  Awal .
Tempah bilik hotel awal 1bulan dari tarikh percutian atau tempah masa ada promo . Yang ini memang akan jimatkan duit poket korang la. Selain itu juga elak dari kehabisan bilik. Maklumlah kalau time cuti ni memang hotel selalunya penuh, cuti-cuti Malaysia lah katakan 😄. Nak lagi senang .. guna je aplikasi atau web untuk tempah hotel dan flight bisanya berlambak diskaun yang korang boleh dapatkan .


2. Tinggal di Homestay
Atau boleh juga kalau nak tinggal di Homestay. Homestay ni besar, ada bilik tidur ,ada TV , ada tempat BBQ , juga ada dapur haa.. nampak tak dah macam rumah sendiri . Korang boleh masak , boleh guling-guling .. ruang yang besar , boleh masak makanan sendiri sebab biasanya homestay ni ada dapur dan tong gas yang memang dah disediakan . Puas hati weii..

Sesuaikan tujuan percutian korang dengan keperluan penginapan. Jika masa percutian korang lebih banyak dihabiskan di luar, elak menginap di hotel mewah bagi mengelakkan pembaziran. Pilih bilik asrama, motel mahupun jenis bed dan breakfast adalah pilihan yang terbaik.

3.Bijak tempah tiket kapal terbang. 
Tips dari Lisa , kalau nak tempah tiket kapal terbang .. better buat time ada promo . Kadang Airasia ada promo ke destinasi tertentu dengan harga yang lumayan murah beb.. ! satu lagi tips, pilih atau buat perbandingan harga sebelum tempah . Pilih penerbangan diwaktu tak sibuk , pagi hari contohnya  .

4. Bawa Makanan sendiri . 
Ini biasa Lisa amalkan kalau bercuti , tak kisah dekat seperti Desaru , Villa Melaka , atau jauh seperti Genting Highland or Cameron ... kami sekeluarga mesti akan bawa makanan dari rumah seperti , Maggi , Roti , Kaya jem , Air mineral , jajan , atau bahan steamboat . Bukan sebab tak makan di Restoran , tapi sebab lebih jimat , mana tau tengah malam lapar atau jauh dari kedai makan , 7 Eleven . Apalagi kalau lapar diperjalanan... beli jajan di stesen minyak atau R n R mahal ooo.. air mineral pun dah beza berapa hengget dah. Pagi hari sebelum bertolak Lisak sekeluarga akan isi perut atau sarapan dirumah . Boleh kira sendiri la berapa banyak jimat .

Jika mahu, cuba elak menikmati sarapan di hotel kerana ia lebih mahal dan kadangkala kurang menyelerakan. Anda boleh keluar awal pagi dan berjalan di kawasan sekitar mencari kafe tempatan yang menghidangkan sarapan resipi tradisional dengan harga yang jauh lebih murah.

5. Kos perbelanjaan ketika bercuti . 
Maksud kos disini , berapa kos untuk masuk taman permainan , masuk muzium , bayaran untuk masuk ke tempat yang korang nak pergi tu . Untuk yang mahu berjimat, buat kajian betul-betul berapa kadar teksi, tuk-tuk atau becak untuk ke satu-satu destinasi. Jangan sampai kena ketuk.



 6. Membeli-belah
Kebanyakan lapangan terbang menawarkan kedai bebas cukai. Ambil kesempatan ini untuk membeli barangan tempatan mahupun import.
Tahukah anda, cukai yang dikenakan ketika anda berbelanja di beberapa negara lain boleh ditebus? Hanya isi beberapa borang dan tunjuk bukti pembelian bagi mendapatkan wang korang kembali. Periksa dengan kaunter pembayaran mengenai polisi pemulangan kerana ianya berbeza di setiap negara dan tertakluk pada jumlah belian tertentu.Jangan takut untuk membeli dan mencuba barangan tempatan kerana harganya lebih murah. 
Haiga-Sophia Istanbul

7. Tempat Lawatan
Pusat tumpuan pelancong tidak semestinya menarik untuk dilawati. Tambahan pula, harga barangan di kawasan sekelilingnya lebih tinggi daripada biasa. Penting untuk buat rujukan sebelum korang ke tempat percutian. Lawati tempat yaang bertepatan dengan kehendak .Jika tempat dituju just beberapa kilometer daripada tempat penginapan, apakata korang try pula untuk berjalan kaki bolehlah nikmati pemandangan sekeliling dan bergambar sepuasnya.

Tak salah untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan ataupun pemandu teksi dan bas. Kongsi pengalaman dan pengetahuan mereka. Jika korang bertuah, mereka boleh tunjukkan tempat menarik untuk dilawati dan tumpuan makanan yang lazat dengan harga yang menjimatkan!

Ambil perhatian ya… berlibur pada waktu cuti sekolah mahupun perayaan akan jadiakn percutian lebih mahal daripada hari-hari biasa.

Semoga tips ini berguna untuk korang yang bercadang nak bercuti , tanpa keluarkan kos banyak . 😁
11
( Hide )
  1. Tq for the tips lisa. Bab bawak makan minuman sendiri tu wajib, tambah bila ada anak anak kecik yg kelaparan sentiasa hehe

    ReplyDelete
  2. hehe bagus tips ni. pasti ramai yang nak tau dan tercari cari tips macam ni

    ReplyDelete
  3. lama tak bercuti,kita cuti balik kampung ,tido makan je hahhaha

    ReplyDelete
  4. book homestay guna airbnb lagi jimat dri stay kat hotel...

    ReplyDelete
  5. boleh tambah lagi satu, gunakan website yang ada bagi diskaun dan rebate untuk tempahan hotel atau flight. contoh yang bagus shopback

    ReplyDelete
  6. Kebetulan hujung bulan ni nak bawa anak2 bercuti. Boleh apply tips cik lisa 😊

    ReplyDelete
  7. Orang kata, kalau nak tempah hotel better call aje pihak hotel berbanding booking di web, sebab katanya boleh dapat diskaun lagi murah. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak... booking kt web lagi murah :) kenapandai plih web

      Delete
    2. Oh ye? Web ape yang offer murah tu?? hihi, cer kabor :)

      Delete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo