Agak tertinggal kali ini . .. biasa rajin je kalau tengok drama Astro ni . Mungkin sebab tajuk tak berapa nak umph kot? Haa... tak kenal tak cinta.. tak tengok tak tau la jalan cerita best ke tidak . Lepas tayangan Isteri Tuan Ihsan , sekarang digantikan dengan drama terbaru adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul. Gandingan Hero dan Heroin iaitu Hisyam Hamid dan Emma Maembong . Hisyam hero dalam abangbomba I love You dulut u .. Ramai lagi pelakon-pelakon lain seperti Aida Khalida, Wan Sharmila, Luqman Hafidz, Eleena Sui, dan ramai lagi. Drama bersiri Sayang Papa Saya Tak? dah tayang minggu lepas, 9 Januari 2017, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.
Senarai Pelakon SAYANG PAPA SAYA TAK?
PELAKON | WATAK |
---|---|
Hisyam Hamid | Farish |
Emma Maembong | Raisya |
Seri Aileen | Qalish |
Aida Khalida | Puan Rogayah |
Wan Sharmila | Azyan |
Luqman Hafidz | Yusri |
Sweet Qismina | Fathiya |
Eleena Sui | Aleeya |
Izara Aishah | Kasih |
Fahad Iman | Khairul |
Haleeda Mazlin | Latifah |
Adam Lee | Adam |
Syafiq M. Nazri | Shahrir |
SINOPSIS SAYANG PAPA SAYA TAK
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.
Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.
GAMBAR PELAKON
Review tak dak lagi , nampak gayanya kena marathon dulu la ... baru Lisa kan share dalam ini. Jangan lupa tengok tau.... ada si comel Emma ..hehehe
erm.. kakak tengok 1 episod jek.. lepas tu tak bleh nak layan.. hahahaha~ mungkin sebab Emma Maembong.. kot.. kot laa..
ReplyDeletealahai comelnya gambar budak kecik tu ;)
ReplyDeletesuka tgk iklan.. mcm best je tp kita xde astro..huhu
ReplyDelete