Biar Aku Jadi Penunggu
Sapa agaknya yang menunggu.. Janna Nick atau Ashraf Muslim ? Cerita macam sedih je kat trailer.. kena maraton tengok la jawapnya nanti . Drama akasia TV3 pukul 3adaptasi daripada novel karya Arsha. Arahan daripada pengarah terkenal Michael Ang.Selain dari Janna Nick dan Ashraf Muslim .. akan ada banyak pelakon Biar Aku Jadi Penunggu yang memeriah kan drama ini seperti : Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Shah Tapaw, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah . Drama Biar Aku Jadi Penunggu dah tayang pun mulai 26 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di TV3.
SENARAI PELAKON BIAR AKU JADI PENUNGGU
Pelakon | Watak |
---|---|
Janna Nick | Iffat Hamani |
Ashraf Muslim | Afeef Adwan |
Nik Adam Mika | Aqil |
Miera Leyana | Damia Hani |
Fahmy Reza | Rafaal |
Octovia Manrose | Hayati |
Shah Iskandar | Fazree |
Azar Azmi | Afia |
Mahmod Ali Bashah | Dato Azman |
Wilma Muhammad | Datin Maimon |
Amir Rahim | Luthfi |
Jasmine Ashraff | Afwan |
Shah Sulaiman | Lokman |
Roy Azman | Pak Rahim |
Alex Davies | Hadith |
Azhar Amir | Haji Ramli |
Dilla Ahmad | Zubaidah |
Ziha Salleh | Alia |
Fieza | Atika |
LAGU TEMA / OST BIAR AKU JADI PENUNGGU
Tajuk Lagu : Menanti JanjiPenyanyi : Ronnie Hussein
SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU
Ifaat Hamani (Janna Nick) dan Afeef Adwan (Ashraf Muslim) ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan.
Ifaat Hamani sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara.
Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.
Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.
Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.
Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.
Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.
Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.
credit gambar : myinfotaip.com |
adeh..tak tengok drama nih
ReplyDeletebusyra layan jugak cita ni. best! kesian Iffat :(
ReplyDeleteApa tajuk lagu yg liriknya cukup sudah sakiti aku ?.?
ReplyDelete