Ad

Merawat Kulit Kusam Dengan Bluebell Radiance Skincare Series

Cara Merawat Kulit Kusam Dengan Bluebell Radiance Skincare Series
Assalamualaikum , Hai .. apakabar ?, lama rasanya tak tulis mengenai produk penjagaan kulit muka ni . Kali ini Lisa nak share pengalaman pakai produk muka dari Bluebell Radiance Skincare Series baru baru ini . Dari first tengok packing je Lisa dah rasa tertarik sebab pek yang comel and senang dibawa kemana sahaja. Lisa pula memang dah lama suka tengok kulit Reen Rahim , Duta Bluebell Radiance ini. Tak sabar nak try lepas terima parcel ni . 

Bluebell Radiance Skincare Series 

Kandungan dan Fungsi Utama Bluebell Radiance Skincare Series :

Bluebell Radiance Skincare Series diformulasikan dari ekstrak semulajadi yang suci lagi Halal, Collagen dan Stem Cells seperti Olive Oil, Argan Oil, Aloe Vera, Hamamelis Virginia Witch Hazel, Fruit Oil, Collagen, Shea Butter dan banyak lagi.

Bluebell Radiance Skincare Series dapat membantu dan merawat masalah kulit, dalam masa yang sama juga menyihatkan lagi kulit kita supaya cerah berseri :)


Antara kelebihan menggunakan Bluebell Radiance Skincare Series ialah :
*Merawat jerawat dan jeragat 
*Mengatasi masalah kulit berminyak 
*Membuang blackheads 
*Merawat kulit kusam
*Menjadikan muka glowing
*Melembapkan kulit
*Merawat sunburn
*Merawat kulit sensitif
*Melindungi dari sinar UVA dan UVB
*Melambatkan proses penuaan
*Menghilangkan tompok hitam 
*Menganjalkan kulit
*Mengelakkan liang roma tersumbat
*Mencerahkan kulit 
*Menjadikan kulit bebas cela.


Untuk pengetahuan semua, produk Bluebell mempunyai kelulusan KKM dan juga telah diuji 🔬oleh makmal SIRIM QAS bagi memastikan selamat digunakan oleh pengguna dan  terbukti bebas dari bahan yang memudaratkan.😊


CARA PENGGUNAAN  Bluebell Radiance Skincare Series 


BlueBell Halal Cosmetic's Cleanser
Harga RM 17.00
Cleanser , digalakkan dipakai 2kali sehari,pagi dan malam ataupun boleh juga kalau nak digunakan selepas mandi dan sebelum Wudhu. Cara penggunaan : Tuangkan di tapak tangan, gosokkan sedikit dan sapukan ke muka secara lembut serta bilas sehingga bersih . Bau cleanser ni wangi jek , korang mesti suka . Rasa nak belai pipi je lepas cuci muka dengan cleanser Bluebell ni .. lembut wei. 

Bluebell Halal Cosmetic’s Cleanser adalah Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. la mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid yang membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel mati di kulit anda tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat pada kulit muka. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih, berseri dan tidak berminyak.

BlueBell Serum Radiance
Harga RM35.00

Serum
dipakai sebelum Daily Defense Moisturiser dan Night Moisturiser untuk kesan yang lebih baik.
Cara penggunaan ;  biasanya kalau paling malas la , Lisa calit serum je kat muka , so nampak la kulit rasa lembab dan tak rasa kering . Tak perlu guna banyak , cukup 3 4 titis je dan ratakan keseluruh muka .

Serum Radiance dari BlueBell diformulakan bagi menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit secara dalaman dan semulajadi. Rumusan dari “Stem Cell” don “Collagen” ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.


Daily Defence Moisturiser
Harga : RM 37.00

Daily Defense Moisturiser boleh dijadikan foundation sebelum bersolek.1kali pam dah memadai utk diratakan seluruh muka. Direka khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta tekstur warnanya yang menyerupai warna kulit orang Asia. la dlperkaya dengan Licorice yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari. la juga bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda dari sinar UVA serta UVB.

Cara penggunaan : Lepas bersihkan muka dengan cleanser , korang calit beberapa titis serum dekat muka . Lepas tu baru gunakan Daily Defence Moisturiser ni , Tak perlu keluarkan banyak-banyak , cukup sekali pam je dan ratakan keseluruh wajah . Daily defence ni rasa ringan je je di wajah ,lembut dan menyerap kulit muka . sesuai sangat dengan Lisa , sebab bukan jenis yang suka pakai foundation kebanyakan . 
Night Moisturiser
Harga : RM 39.00

Night Moisturiser Pelembap malam yang diperkaya dengan “Stem Cell” dan “Collagen” ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. Stem Cell yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan adalah agen anti-penuaan yang amat efektif untuk merangsang sel-sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Kulit anda akan sentiasa kelihatan tegang dan anjal. dipakai sebelum tidur, pastikan muka bersih. 

Cara penggunaan : Bersihkan muka dan kemudian sapu Night Moisturiser Bluebell . Malam ialah masa yang sesuai untuk rehatkan muka , korang boleh gunakan Moisturiser ni untuk elak kulit wajah kering ketika bangun tidur nanti . Seronok je rasa sentuh wajah , rasa lembut walaupun tidur dalam bilik yang beraircond .

Nah Lisa tunjuk kan kulit muka tanpa secalit makeup time malam . Plowess kan... ( Ciss perasan pulak )


Testimoni Pengguna Bluebell Radiance Skincare Series : 






Untuk testimoni yang lebih banyak , korang boleh tengok di website bluebell- testimoni 


Harga Bluebell Radiance Skincare Series 


Harga PACK RM85 ( tanpa serum )
Harga SET RM113 ( dengan serum )
Jadi Better korang beli dengan serum sekali la.. lagi jimat dari pada beli asing-asing.

Harga Pack RM85 (tanpa Serum)
Harga Set RM113 (dengan Serum )



Review dan Komen Lisa : 

Lisa suka dengan set dari Bluebell Radiance Skincare ini sebab dari segi packing :  senang tuk bawa kemana-mana , packing dari botol plastik ini lebih selamat dari botol kaca . Lisa ni jenis cuai , pernah jatuhkan produk muka padahal baru beli dan baru pakai sekali... kecewa sungguh time tu . Dari segi produk ; produk ni tekstur ringan , lembut , cepat meresap ke kulit dan juga wangiii.. tu yang rasa jatuh hati tu ha. Pakai seminggu ni dah rasa lembab dan lembut je kulit muka Lisa. Ingat ye , tempoh untuk nampak kesan dari produk ini bergantung pada jenis kulit masing-masing . 



Maklumat selebihnya , korang boleh tengok dibawah ini :

Facebook : Bluebell Halal
Instagram : @bluebellhalal
Twitter : @BlueBellHalal

Alamat : Unit 26 Level 16, Plaza Azalea,
No. 6 Persiaran Bandaraya, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia

No Tel : 019-356 8850


31
( Hide )
  1. tertarik dengan serum dia. dah lama cari serum ni..

    ReplyDelete
  2. comelnya pek dia..memnag mudah dibawa kemana sahaja

    ReplyDelete
  3. Nmpak menarik.. suka klu de serum sekaliii

    ReplyDelete
  4. Ada Pengesahan Sirim QAS tu plg penting...pack dia mudah bawa ke mana saje..good!

    ReplyDelete
  5. Comelnye skin care dia! Cam best je daily defence moisturizer dia tu lisa....
    Harga pun takde la mahal...

    ReplyDelete
  6. murahnya dan byk pula kelebihannya.. sesuai la dgn Lisa

    ReplyDelete
  7. Kebetulan tgh cari skincare.. bleh masuk dlm list ni..

    ReplyDelete
  8. menarik pek dia..
    senang nak bwk ke mana saja..

    ReplyDelete
  9. Kulit kusam ni, antara puncanya pemakanan. 😉 Jaga kulit luar dan dalam supaya cantik. Lisa pun pakai produk yang sesuai dengan kulit.

    😍😍 Masa muda nak kena jaga kan
    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  10. Wajah makin berseri. Terbaek.

    ReplyDelete
  11. wahh ! Comel nya packaging diaaa ... senang ni kalau nak bawak gi travel mana2 ...

    ReplyDelete
  12. bestnya produk ni. kecik dan senang dibawa kemana mana . kalau jatuh pun boleh rileks je sebab botol plastik. lepasni mesti glowing kalau pakai

    ReplyDelete
  13. Salam Cik, boleh letakkan link URL laman web kami di posting ini sekali?

    www.bluebell-halal.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam . memang dah letak lama dalam artikel ni. :) cuba baca semula :D

      Delete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo