Musim cuti sekolah dah hampir tiba , tak silap Lisa dalam hujung bulan November ini . Setahun sekali mesti ramai yang akan bawa anak-anak dan keluarga untuk rancang Family vacation . Korang dah pilih atau belum destinasi percutian kali ini ? . Untuk Lisa pula , Desaru dah pergi tempoh hari .. Cameron , Sunway Lagoon , Legoland , Melaka , hmm.. agaknya mana lagi eh tempat yang menarik ? cuti sekolah mesti ramai yang book dan biasanya harga hotel akan naik jadi mendadak jadi mahal . Uhuks.. nak cuba tengok di web traveloka la , boleh la bandingkan harga hotel dan flight , dengar cerita ada diskaun untuk promosi untuk percutian murah di akhir tahun.
Promosi Percutian Akhir Tahun Murah Traveloka
Percutian bersama family kali ini mesti akan lebih spesial , sebab boleh sekali raikan hari jadi Lisa hujung bulan ni . Yeyy ... ! Ada lebih dari 100 hotel di Malaysia , Indonesia , dan juga Singapore yang menawarkan harga hotel dengan diskaun yang cukup banyak ..woww.. korang kena tengok sendiri di Promosi percutian Akhir Tahun . Rasa nak pergi Langkawi je la , tak pernah pergi lagi, yeah.. Lisa suka dengan pantai ,, boleh la snorkling dan menikmati keindahan alam sana . Mungkin korang berminat dengan entri sebelum ini Hotel di Kuala Lumpur dan Lokasi Menarik disekitarnya .
Dengan kemudahan zaman sekarang ni .. semua dihujung jari , korang boleh pilih dan survey hotel dan tiket penerbangan yang murah hanya dengan menggunakan smartphone , laptop atau PC . Kena bijak memilih dan bandingan tempat dan hotel yang selesa juga tak koyakkan duit poket . Maklumlah hujung tahun ni banyak pula nak kena beli , tak termasuk peralatan sekolah untuk tahun depan lagi . Family vacation akan lebih seronok jika percutian di tempat yang best , hotel selesa dengan kemudahan yang banyak , flight yang murah ..wahh mesti boleh bercuti dengan tenang !
Bukan hanya hotel , bahkan korang boleh juga dapatkan diskaun untuk tiket penerbangan holiday bersama keluarga tercinta . Kedengaran menarik bukan ? Jom teroka lebih dalam lagi .
Tips untuk memilih hotel murah pada musim cuti sekolah :
1.Pilih hotel yang mempunyai rating tertinggi .2.Bandingkan harga satu hotel dengan hotel yang lain .
3.Tengok pada kemudahan hotel dan yang last sekali ,
4.Pilih hotel yang terletak ditempat strategic untuk mudahkan korang berjalan .
Yang pastinya korang akan lebih mudah survey dan bandingkan semua itu hanya di traveloka.
Hanya perlu pilih destinasi pilihan untuk bercuti - pilih tarikh - dan tekan pada kotak Search . Korang akan nampak senarai hotel yang lengkap dengan rating , harga , dan juga kemudahan yang ada. Rambang mata dibuatnya , pilihlah yang korang rasa sesuai dengan poket masing-masing ye . Boleh la guna duit selebihnya untuk bershopping pula nanti disana.
Contohnya seperti hotel diatas ini, Lisa dapat harga sesuai dengan poket .. tapi cantik . Kira murah juga la untuk harga di musim cuti sekolah ini book untuk 30 hb November sampai 2 hb Disember. Kalau main terjah ke hotel dan book rasanya tak dapat harga seperti itu, silap-silap 2 kali ganda ! Murah ..kemudahan seperti swimming pool , wifi , restaurant , parking , kaunter pertanyaan yang 24 jam akan bantu kita. Tersiksa juga kalau dah holiday tapi dalam bilik tak ada line internet pula atau wifi tak disediakan.. boleh rosakkan mood holiday .
Nikmati cuti-cuti malaysia dengan pakej murah promosi hujung tahun ini dengan luangkan masa bersama keluarga tercinta , ditempat idaman yang korang idamkan selama ini. Tiada salahnya untuk rewardskan diri dengan pencapaian satu tahun ini. Huuuhhh... tak sabarnya nak tunggu cuti sekolah . Kalau orang ada tempat menarik lain nak kongsikan , jangan ragu untuk bagitau Lisa tau . Jangan lepaskan peluang YEAR END HOLIDAY PROMOTION !
Our warmest wishes for a happy holiday season!
hjung thn banjir..mereput kat umah jer la..hihi
ReplyDeletehehe jom la plan g bercuti. alaa tk bnjir laaa
DeleteOn planing nak ke desaru. Tggu monsun ok 😆
ReplyDeleteokayhhh ... lisa dah pergi 2 kali. hehe memang best kat situ
Deletetak sabar nak bercuti ni.. dah usha2 website tu dah. moga dpt yang tbaik. hehehe
ReplyDeletepergi korea lah tuuu
DeleteTengok tempat pun dah menarik. Boleh lah singgah sini nanti.
ReplyDeleteMudah kan dengan traveloka.cik en pun suka survey..
ReplyDeletetu la.. senang ak survey . hrga pun not bad.
Deleteharap2 dpt ler best price dgn traveloka,
ReplyDeletebnyak gak plan ujung tahun ni.
senang nak cari hotel tak perlu nak walk-in, booking siap-siap kat sini
ReplyDeleteOk memamg pcl planning cuti bersama family hujung tahun ni, boleh la cari traveloka. Tq lisa.. emm baru perasan dah xde "kalian" dlm entri lisa :)
ReplyDeletedkna pernah bandingkan harga kat traveloka, so far memang murah dan berbaloi walopon hari minggu..
ReplyDeletetak pernah try traveloka lagi..
ReplyDeleteboleh try. sneang je nak check harga hotel atau flight dan bandingkan dengan yang lain .
DeleteAkak dok tgk gak, nak bercuti belah utara je disember nanti
ReplyDeleteHeheh dh tukar ☺️
ReplyDeleteplannya nak ke Kundasang hujung tahun ni..inshaa Allah
ReplyDeletemmg tgh plan utk cuti sek nanti
ReplyDeleteselalu lalu je..tak pernah pun singgah lotus tu..ingat nanti nak bawa anak2
ReplyDeletemenarik ni..nak bercutijuga..
ReplyDeleteMenarik tempat ni nak bawa keluarga bercuti
ReplyDeleteboleh try juga ni, nak bercuti kemana sahaja skrg mudah dengan banyak pilihan tempat bercuti yang murah dan menarik.
ReplyDeleteWah boleh book hotel ni. Ermm plan pcutian yeahh...
ReplyDeleteYanieyusuf.com
ni macam trivago jugak ke?
ReplyDeleteharitu sempat room inspection je kat lotus desaru. tak sempat nak bermalam lagi
ReplyDeleteBila tengok gambar tu rasa mcm nak pi travel pulak...tp ntah la mood hujung tahun ni lain sikit...
ReplyDelete