Hai Assalamualaikum , hee.. baru-baru ni Lisa dapat bungkusan "Parcel Of Joy " dar. Wahh...macam menarik je kan . Boss pun dah geleng kepala tengok banyak sangat barang sampai ke tempat kerja , kuat shopping katanya . Apa la ye agaknya dalam kotak merah ni ? Let's OPEN IT !
Nescafe white coffee rasa pandan .
Ha... mesti tak pernah nampak lagi kan kopi tapi rasa pandan . Lisa pun baru pertama kali jumpa nescafe perisa pandan ni . Untuk penggemar kopi , boleh la try dengan Nescafe Pandan . Rasa kopi bercampur rasa pandan memang umphhh... tak dapat nak tuliskan rasa kesedapan nes ini.
Maggi Oat Mee
Apa agaknya kalau kita masukkan oat kedalam maggi ? selalunya nampak di iklan TV sahaja ... terasa nak cuba juga la , tak nak ketinggalan gitu . Lisa tak sempat masak lagi , kalau dah masak nanti akan share rasa dan bau , sedap ke tidak kepada korang ye . Tak sabarnya rasa.
Food Cooper Tefal
Food cooper ni memudahkan kerja kita di dapur . Terutama kalau nak potong bawang tu ha .. tak perlu berpedih mata. Tarik-tarik dah siap .. juga tak perlu gunakan lektrik .
Rambang mata dengan banyaknya barangan yang SALE. adeh ... Time seperti inilah yang pastinya akan ditunggu-tunggu setiap tahun . Seperti jualan gudang , memang tak akan rugi weyh.. Semuanya korang boleh tengok di link Online Revolution .
Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia
Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution”
Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.
Mengenai “Online Revolution” Lazada
“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.
Mengenai Lazada Group
Lazada Group mengendalikan Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).
So apa tunggu lagi.. Jom la ramai-ramai serbu Lazada , setahun sekali je Online Revolution dengan diskaun gila-gila seperti ini.
wahhh .. menarik nihhh !!
ReplyDeletelisa tefal tu best gilerrr
ReplyDeleteWow. Nescafe rase pandan 😍
ReplyDeleteNak beli maggi pun boleh dalam lazada ya. 😅 Hebat betul e commerce sekaranh
ReplyDeleteala... kita terlepas nak dapat box ni...huhuhu... oat mee tu sedap tak lisa?
ReplyDeletetak dapat pun :(
ReplyDeletesyok betul ada sales macam ni..rambang biji mata tau
ReplyDeletesempat juga shopping hari tu
ReplyDelete