Manusia kebanyakan akan lebih cenderung kepada pemikiran negative dari positive. Lisa pun lebih kurang je dengan sekeliling yang kerap dengan kes bunuh dan culik , lagi-lagi dengan parents yang agak selalu mengingatkan tak boleh keluar sensorang ,, luar sana ada ramai orang jahat . Huh..! contoh paling senang ,,, coba tengokgambar diatas , apa yang akan korang fikir ? 2 Orang ni akan berniat jahat .. merompak ,, membunuh ? sebenarnya gambar atas ni screen shoot dari video di Youtube bertajuk " I Am Muniandy " , iklan sampena hari perayaan Deepavali hari ini oleh Petronas . Cuba tengok video sepenuhnya dibawah ini.
Dalam menyambut perayaan Deepavali, warga Malaysia sepatutnya saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan di antara kita. Jangan tengok dari luaran sahaja , nampak jahat tak semestinya orang tu jahat . Mungkin muka garang atau gengster , tapi hati mereka siapa yang tahu .
Dari video atas tu , memang kena la dengan masyarakat sekarang , Deep sungguh kan ?. sedikit banyak orang akan berfikir sama macam watak dalam video tu , negative !
Pengajaran dari video I Am Muniandy Iklan Petronas sampena Deepavali :
Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat kita lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. Semoga cahaya ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.Tak kisah kulit coklat atau putih , atau sawo matang pun.. yang penting hati kita ikhlas .
Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Berfikir positive dan cuba jangan beza-bezakan antara satu sama lain , barulah satu Malaysia . Ye tak ?
Senyap-senyap masuk dalam rumah |
Langkah kaki peralahan-lahan |
Muniandy dan kawannya sebenarnya datang untuk tolong aunty dan uncle yang duduk pusat jagaan orang tua . Bukan nak mencuri atau merompak .
Rindu pula dengan ex-staff sharmini.. sekarang dah jadi cikgu dah .. .
Good Joob Petronas , video yang beri kesan mendalam dan pengajaran untuk semua orang .